Sinopsis Novel: “Tariq United”

Judul: Tariq United
Penulis: Mohd Khairi Tajudin

Watak Utama:
  1. Ustaz Syamil (25 tahun) – Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Merangkap guru sukan, guru disiplin, warden dan lain-lain tugas khas. Sentiasa amanah memikul tanggungjawab sebagai pengurus pasukan bola sepak sekolah. Tinggi lampai. Berbadan kurus. Suka memakai kopiah tajam, berbaju kurtah dan berseluar. Ada janggut. Tiada misai.
  1. Safri (12 tahun) – merupakan seorang pelajar tahun enam, penyerang yang bijak menghidu peluang dan sering merembat menggunakan kaki kiri. Merupakan kapten pasukan bola sepak sekolah.Berbadan kurus. Berambut lurus.
  1. Fahmi  (11 tahun) – penjaga gol yang kadangkala cekap kadangkala tidak. Mempunyai sikap terlalu yakin (over-confident). Sentiasa senyum ketika dimarahi. Berambut cacak. Bermata sepet. Berbadan kurus.
  1. Taufiq (12 tahun) – pelajar tahun enam. Menjadi bek yang agak malas berlari. Berbadan gempal dan suka makan banyak. Anak orang kaya. Tidak mempunyai skil permainan yang menarik.
  1. Amar (12 tahun) – pemain bek. Agak kasar dan panas baran. Sering meninggalkan posisi bek untuk membawa bola sehingga ke atas. Berbadan tegap, berkepala botak (rambut pendek).
  1. Shahir (12 tahun) – Lembik dan sedikit lembut. Sentiasa berusaha untuk menjadi lelaki sejati. Tidak mudah berputus asa walaupun sering dikritik. Agak kurus.
  1. Zainudin (12 tahun) – Pelajar baru yang berpindah ke sekolah itu. Pemain tengah merangkap perancang. Tinggi lampai. Kurus. Low profile.
  1. Fawwaz (11 tahun) – pemain posisi tengah yang tenang dan bersahaja. Suka tersenyum ketika bermain, gemar menggelecek lawan dan mampu menjaringkan gol dari jarak jauh. Berambut petak seperti tentera.
  1. Cikgu Fasha (26 tahun) –Mengajar sains dan matematik. Workaholic. Terlalu skema, garang dan hanya mementingkan peperiksaan. Tidak berminat dengan sukan. Berkaca mata bulat. Bertudung bulat labuh. Agak pendek.
  1. Cikgu Ayu (25 tahun) – Seorang guru di sekolah lain. Kakak Zainudin Zaidan yang meminati bola sepak. Memberi sokongan padu kepada pasukan bola sepak. Menjadi perangsang tidak langsung kepada pengurus pasukan. Bertudung tiga segi.
  1. Nabila (12 tahun) – Sama kelas dengan Safri, Shahir, Taufiq dan Amar. Ketua pengawas perpustakaan. Suka mengkritik pelajar lelaki,mulut murai.
  1. Shahora (12 tahun) – rakan sekelas dan kawan baik Nabila. Perangai macam Nabila, suka mengkritik, mulut murai. Berkaca mata.
Sinopsis Keseluruhan
Ustaz Syamil, seorang guru baru yang bertugas di sebuah sekolah agama rakyat telah diamanahkan untuk melatih satu pasukan bola sepak bagi mengharungi sebuah kejohanan peringkat negeri dalam masa sebulan.
            Terdapat pelbagai masalah yang timbul sepanjang persediaan tersebut seperti:
          keadaan kewangan sekolah yang terhad
          guru akademik yang tidak membantu, mementingkan akademik sahaja.
          ketiadaan padang, fasiliti dan peralatan yang sempurna.
          ketidakmampuan pemain membeli kasut bola.
          para pemain mendapat kritikan rakan-rakan sekelas.
Walaubagaimanapun, Ustaz Syamil melihat semua masalah tersebut sebagai cabaran yang harus ditangani untuk melahirkan bakal juara. Berbekalkan pengalaman dan buah fikiran yang kreatif, dia telah merencanakan pelbagai rancangan bagi membangunkan pasukan bola sepak sekolah itu.
Walaupun pada mulanya usaha tersebut dipandang sepi oleh sesetengah guru, lama-kelamaan pihak sekolah dan para ibu bapa mula memberikan sokongan. Didorong pula oleh semangat pemain yang tekun menjalani latihan. Disamping itu, kehadiran Ayu (kakak kepada salah seorang pemain) yang sering menyaksikan sesi latihan membuatkan Ustaz Syamil bertambah semangat. Dalam diam-diam dia menyimpan perasaan tetapi sekadar dipendamkan kerana mentaati syariat.
Natijah daripada semua faktor itu, akhirnya tim bola sepak sekolah telah menjadi juara peringkat negeri. Kejayaan sekolah agama rakyat dalam sukan mula membuka mata banyak pihak. Para guru dan ibu bapa mula memberi galakan.
Bab 1
Ustaz Syamil menerima arahan daripada guru besar untuk menyediakan satu pasukan bola sepak sekolah bagi mengharungi Kejohanan Sukan Sekolah Agama Rakyat dalam masa sebulan. Pemilihan pemain mula diatur tetapi mendapat sedikit masalah disebabkan sikap Cikgu Fasha yang sering mengadakan kelas tambahan di sebelah petang sehingga menghalang pelajar turun menjalani sesi uji bakat dan latihan.
Bab 2
Para pelajar lelaki tahun enam yang telah dinafikan minat mereka oleh Cikgu Fasha mula mencari jalan keluar tetapi gagal. Mereka telah mengadu perkara tersebut kepada Ustaz Syamil dan satu mesyuarat diadakan untuk membincangkan masalah tersebut. Hasil perbincangan itu, pelajar tahun enam diberi peluang untuk menyertai pasukan itu.
Bab 3
Peluang yang diperoleh digunakan sepenuhnya oleh empat orang jejaka darjah enam iaitu Safi, Amar, Shafiq dan Shahrul. Mereka giat turun padang sehingga mereka terpilih sebagai wakil sekolah. Walaupun sering diperli oleh Nabila dan rakan-rakannya, mereka sedikit pun tidak berkecil hati. Kehadiran Zainudin Zaidan atau nama glamournya Zidan (pelajar baru) yang berbakat membantu menguatkan lagi barisan pemain.
Bab 4
Bakat terpendam mula dicungkil satu per satu. Masalah utama pemain dikenalpasti dan langkah penyelesaian dirancang dengan teliti. Disebabkan ketiadaan fasiliti dan padang bola, mereka terpaksa berlatih di sebuah padang bola di hujung kampung. Walaupun begitu, mereka terpaksa berebut padang bola itu dengan penduduk kampung yang bermain bola pada sebelah petang. Akhirnya mereka terpaksa mengalah.
Bab 5
Kehadiran Ayu (kakak Zidan) menyuntik semangat baru buat Ustaz Syamil yang hampir-hampir berputus-asa. Cuti penggal pertama dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pemain dengan mengadakan latihan intensif. Pelbagai skil baru dipelajari dan dikuasai.
Bab 6
Perlawanan persahabatan direncanakan dengan sekolah tempat Ayu mengajar. Tim sekolah tidak berputus asa walaupun kalah. Mereka berazam memperbaiki kelemahan.
Bab 7
Bagi menaikkan lagi semangat kesukanan, mereka telah merancang untuk membeli kasut bola dan membuat jersi. Mereka melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kasut dan jersi idaman mereka.
Bab 8
Hari pertandingan semakin hampir. Para pemain terus menjalani latihan walaupun hujan. Nama pasukan, motto, logo dan bendera mula dicipta secara bergotong royong. Rakan-rakan sepasukan hilang semangat tatkala mendengar berita bahawa salah seorang rakan mereka demam kerana bermain hujan. Ustaz Syamil lantas menenangkan keadaan dan mengembalikan semangat anak buahnya.
Bab 9
Hari yang dinantikan telah tiba. Mereka layak di peringkat kumpulan, suku akhir, separuh akhir dan akhirnya menjadi johan. Pihak sekolah terutama para guru dan ibu bapa mula membuka mata mengenai potensi anak-anak mereka. Pelbagai bantuan mula dihulurkan bagi membantu menaikkan nama sekolah agama rakyat.
Bab 10
Ustaz Syamil menceritakan kisahnya ketika di bangku sekolah. Dia pernah mewakili negeri dalam MSSM. Malangnya, dia mengalami kemalangan sehingga tulang kakinya patah dan tidak boleh bermain bola lagi. Kejadian itu dijadikan iktibar betapa pentingnya menuntut ilmu. Selepas tamat kejohanan, para pemain terutama pelajar darjah enam mula menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Mereka belajar secara berkumpulan. Hasilnya, mereka berlima mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Cikgu Fasha mengucapkan tahniah kepada mereka. Semenjak hari itu, Cikgu Fasha menjadi peminat nombor satu pasukan bola sepak sekolah.
_____________________________________________________________
Jangan lupa dapatkan Novel “Tariq United” di pasaran sekarang !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge