Testimoni Pembaca SARKAS – Antologi Cerpen Santai Tapi Sentap

SARKAS
DISELENGGARA OLEH: KHAIRY TAJUDIN
KTR / 285 ms
Cerita yang terakhir; SARKAS menjadi penutup dan menjadi tajuk utama novel ini. dan lagi penulisnya tuan Khairy Tajudin Novelis sendiri. suka dengan dialog antara babi dan panda. amat bertepatan dengan tagline di hadapan novel; SANTAI TAPI SENTAP. alkisah babi yang sedih dan muram sebab asyik dipandang hina oleh manusia walhal 90% dari tubuh badannya boleh digunakan. amat berlainan dengan panda yang sangkar saja menelan belanja 25 juta tapi sekadar hanya untuk jamuan mata. Banyak lagilah antara kisah babi dan panda ini..

ogy3
24 buah cerpen termasuk sarkas tadi. 24 kisah santai.. tapi bila hayati terasa juga sindiran halus yang ada di setiap kisah.. KPOP karya HASANOF. 3 orang teman yang baik budi pekerti, yang baik kelakuan, yang baik serba serbi boleh bergaduh sebab kpop dan drama melayu. perkara yang melekakan tu yang boleh meretakkan persahabatan mereka… PAPA DAN KETAM hasil nukilan NORILLAH ABDULLAH HASSIM.. hmmm… yang ni memang agak tepat pada batang hidung sendiri.. yelah, dok ajar anak baik-baik, dok gitau anak-anak apa yang betul apa yang salah dalam kehidupan, dok bagitau anak-anak serba benda yang tak elok berdosa jika di buat, tup-tup sendiri pun banyak buat salah.. aduhai.. sentap jiwa makk ni ooiii….. ada lagi… ada lagi… SIMBOLIS karya MUHAMMAD FAIZAL… haaa….. yang ni kisah manusia yang bila tengok satu perkara suka hati terus jatuh hukum. walhal tak tahu kisah sebenar. macam dalam kisah ni, makcik yang dok mengata masa beli barang kat kedai . nampak budak merayau kat kawasan penempatan kata budak-budak tu mencuri walhal kisah sebenar budak berlima tu adik beradik dan punyala sopan bertanya jika ada kerja yang boleh dibuat sebab gaya seperti bantu mak ayah yang susah. budak ambik upah bekerja di kata mencuri.. tak tahu hujung pangkal terus mengata, terus jatuh hukum.. siasat dulu.. lagipun siapa kita ni nak jatuh hukum?.. kisah apa lagi ada? MAHU KURUS nukilan IBNUDDIN. sebenar bukan kisah nak kurus jer ni. sesuatu yang kita nak buat, nak lakukan memang adakalanya payah dan susah. tapi kalau tak mulakan, bila lagi ye tak?.. bila dah kurus, nak maintain pulak… haa… kenalah jaga.. ni macam kita mintak maaf dengan orangla contohnya sebab dah buat salah. takkan lepas tu kita nak buat lagi, nak buat lagi… memang kena pelengkungla jawabnya.. hehe…
best…. best… santai tapi memang menyentap. kalau sentapan tak sampai kat hati tu maknanya membaca sepintas lalu jerla tu. cuba hayati setiap satu cerpen yang ada. semuanya ada kiasan, semuanya ada sentapan dan semestinya semua penuh dengan pengajaran yang setiap penulis kongsikan dengan pembaca untuk diadaptasi dalam kehidupan seharian.. ingat novel jer boleh diadaptasi jadi drama atau filem?.. tahniah buat SEMUA penulis yang terlibat antara yang lain ialah tuan Web Sutera, Noor Adeelia, Salleh Kausari dan pakwe shima iaitu Harith Hakeem dan tahniah sekali lagi untuk tuan penyelenggara yang menyelenggara dengan penuh berhemah.. kalau tak, masakan setiap satu cerpen semua jadi yang terbaik buat setiap penulis, ye tak?… All the best for all…
bintang? ????
#129/2016
#koleksiantologicerpenbest

Oleh: Puan Ogy Yusof

Berikut ialah testimoni daripada pembaca lain:

sarkas1

 

Boleh dapatkan sekarang terus daripada penerbit: 019-4702839

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge