Gelaran “Assasin” Berasal daripada Syiah?

Dalam novel “Baitulmaqdis: Petaka Armagedon” terdapat beberapa babak mengenai Syiah. Ya, Syiah sangat berperanan dalam membantu tentera Salib menjatuhkan kerajaan Islam di Baitulmaqdis.

Pope Urban II iaitu ketua agama Kristian di eropah telah mengkaji mengenai Syiah. Dia mengetahui bahawa Syiah bukanlah daripada agama Islam yang asal dan sering bermusuhan dengan Ahlus Sunnah.

Segalanya bermula pada tahun 1105 Masihi. Seorang lelaki bernama Ubaidillah al-Mahdi mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta kekhalifahan Islam. Dia mengaku sebagai cucu Muhammad bin Ismail bin Jaafar as-Sadiq. Dengan bantuan pendakyah Syiah bernama Abu Abdullah asy-Syi’i dan kabilah Kitamah, akhirnya berdirilah sebuah kerajaan di Mesir yang diberi nama kerajaan Ubaidiah.

Mereka menumbangkan kerajaan-kerajaan lain, lalu membangunkan Kaherah dan menjadikannya sebagai pusat pemerintahan. Bagi meyakinkan orang ramai bahawa mereka adalah pencinta Ahli Bait dan keturunan Rasulullah yang sah, mereka menggelar diri mereka sebagai kerajaan Fatimiah. Padahal, mereka tiada hubungan langsung dengan Sayidatina Fatimah. Khalifah Abbasiah yang sah iaitu al-Muqtadir Billah pula tidak dapat menghalang penubuhan daulah itu.

Tiba suatu ketika, Syiah telah menguasai Baitulmaqdis. Maka Baitulmaqdis diletakkan di bawah kekuasaan kerajaan Fatimiah Mesir. Gabenor Baitulmaqdis ketika itu ialah Iftikhar ad-Daulah. Ketika Tentera Salib datang menyerang, mereka tidak berusaha mempertahankan kota itu sehingga Baitulmaqdis jatuh ke tangan Salib.

Dalam aliran Syiah, terdapat satu kelompok yang dinamakan Hasyasyin. Aliran ini sangat ekstrem dan suka membunuh. Pengasasnya ialah Hassan ibn as-Sabbah. Golongan inilah yang membunuh beberapa orang pemimpin Islam seperti Syarafuddaulah al-Maudud, Penguasa Mosul. Mereka juga cuba membunuh Salahuddin tetapi tidak Berjaya. Daripada golongan inilah, kamus Barat memberi gelaran kepada pembunuh upahan sebagai assasin.

 

petakaarmagedon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge