Testimoni Pembaca Antologi: AKHIRNYA AKU
AKHIRNYA AKU…
PENYELENGGARA: KHAIRY TAJUDIN & NOR LIANA OMAR
238 ms
menarik… 20 buah cerpen yang seronok untuk dibaca.. ingat tak kalau zaman sekolah, bila kita nak akhirkan karangan, perkataan AKHIRNYA biasa akan menamatkan karangan kita kan?.. yang ini takdela semua cerpen diakhirkan dengan perkataan akhirnya tetapi memberitahu apa yang terjadi di akhir cerita.. setiap tajuk pun bermula dengan AKHIRNYA AKU.. dan macam -macamkisah yang ada di dalam buku antologi ini. ada yang akhirnya berkahwin dengan pemuda yang diminati sekian lama, akhirnya akur dengan penyakit yang dihidapi, akhirnya jadi perempuan sejati, akhirnya karya pertama diterbitkan… haaa… 20 kisah tentang AKHIRNYA…
ringkas, padat, mampat, penuh emosi.. walaupun sekadar cerpen pendek, tetapi ianya tidak tergantung dan memuaskan hati bila membacanya. mungkin satu, dua sahaja yang buat pembaca rasa alamakk… tapi keseluruhannya buku ini adalah antara bahan bacaan terbaik untuk dibaca bagi yang tak suka kisah panjang-panjang, bagus untuk yang selalu bagi alasan, alaa… bosanla buku tebal-tebal meleret-leret isi… nahh… buku nipis, cerita pendek tapi best-best… ada alasan lagi? tahniah buat tuan Khairy Tajudin Novelis dan saudari nor liana omar untuk buku ini.. moga terus maju jaya dalam menerbitkan buku-buku seperti ini..
HAA… APA LAGI?? PESTA BUKU LOM ABIS… PI CARI!..
bintang? ⭐⭐⭐⭐
#38/2016
#stokbukucerpenterbaik
-Ogy Yusof-
Untuk pembelian, boleh Whatsapp 019-4702839