Cerpen: Main Api
“Sekarang saya dah kena buang keja. Duit nak makan pun takda. Camna nak idup?”
“Awak … boleh tak saya masakkan untuk awak?”
“Tak menyusahkan awak ke?”
“Tak.”
***
“Watpa kau masak banyak sangat ni, Emma. Bukan kita dua orang je ke?” soal Ewa.
“Untuk Sham sekali,” jawab Emma sambil memasukkan nasi ke dalam tupperware. “Jom temankan aku ke rumah dia. Gi sorang-sorang kang jadi fitnah pulak.”
***
“Thanks, Emma. Saya takkan lupakan jasa awak. By the way, saya nak bagitau, saya dah dapat keja baru.”
“Wah, tahniah!”
***
“Hai, Sham. Free tak sekarang? Jom makan. I belanja.”
“Err … seganlah Puan Linda.”
“Nak segan mende? Jomlah. Awak takut girlfriend awak marah ek?”
“Err … saya mana ada girlfriend.”
“Hah, eloklah tu. Jom kuar makan.”
“Okey. Jap, saya nak siapkan keja ni. Sikit je lagi.”
***
“Sham, jika awak rasa awak sudah berjumpa seseorang yang sesuai di hati awak, saya doakan awak bahagia. Saya tidak ada apa-apa permintaan terhadap awak. Apa-apa yang saya buat untuk awak sebelum ini adalah semata-mata kerana ehsan.”
“Ish … ish … ish … orang gila mana pulak ni? Tetiba ja.”
“Napa, hubby?”
“Entahlah sayang. Silap send gamaknya.”
“Abaikan ja. Malam ni kita keluar, nak tak?”
“Dengan U, bila-bila masa pun I free.”
***
“Dah berapa lama kau hidup? Kau ni memang nak mampus la.” Dua orang bouncer merangkul kuat tubuh Sham. Satu pukulan padu hadiah daripada Azmir hinggap di abdomen.
“Korang ni sapa?”
“Kurang ajar!”
Separuh nyawa sebatang tubuh dibelasah pada malam itu.
***
Di rumah, sedang sakit akibat kena belasah.
“Sham, saya ada bawakan awak nasi goreng ikan masin.”
“Emma … Emma … awak masih ingat faveret saya eh.”
“Untung kau, Sham. Ada lagi orang yang sayang kat kau. Walaupun kau dah hancurkan hati dia. Tapi, dia masih ada di sisi kau,” celah Ewa.
“Maafkan saya. Saya sedar saya salah.”
###
Wanita yang tepat hadir dalam hidup lelaki saat lelaki itu tiada apa-apa. Tetapi, cinta lelaki itu hanya akan teruji apabila dia mula memiliki segala-galanya.
Tidak hairan jika seseorang wanita hadir dalam hidup seorang lelaki ketika lelaki itu sudah ada segala-galanya. Tetapi, cinta wanita itu hanya akan teruji apabila si lelaki itu mula hilang segala-galanya.