CARA YANG BETUL UNTUK MENGELAK MEMBAYAR PTPTN

Jika anda mahu mengelak daripada membayar PTPTN, maka semasa belajar, belajarlah sungguh-sungguh sampai dapat kelas pertama.

Zaman saya dahulu, jika dapat ijazah kelas pertama, maka peminjam layak untuk mendapat pelepasan daripada membayar PTPTN. Saya mengharapkan agar PTPTN meneruskan insentif ini buat adik-adik saya yang masih belajar di IPT.

Pada tahun pertama saya melangkah ke UiTM Shah Alam, saya dah pasang matlamat, aku nak grad dengan 1st class! Semester pertama, saya cakap pada diri sendiri, ‘Kalau aku tak dapat Anugerah Dekan sem ni, aku akan tukar course!’

Oh ya. Sebelum terlupa, saya nak bagitau yang saya adalah graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Tapi, saya membelok ke Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan semasa ijazah.

Jadi, saya kata, ‘Kalau sem pertama aku tak dapat DL (Dean’s List), aku patah balik jadi Budak Mechy.’

Ditakdirkan sem pertama saya dapat Anugerah Dekan. ALHAMDULILLAH. Jadi, saya teruskan menjadi Budak Hotcat.

Dalam satu sem, pelajar hanya dibenarkan mengambil tak lebih daripada 24 jam kredit. Sem pertama saya ambil 20 jam kredit, sem kedua 24 jam kredit! Ini kerja gila. Tapi alhamdulillah… sem kedua pun masih dapat DL.

Semester ketiga dan keempat pun saya masih mengambil jam kredit yang lebih daripada 20 jam. Tapi, pada masa yang sama saya buat kerja part time di sebuah restoran kat SACC Mall, Shah Alam. Sejam RM4.00. Dengan wang saku ini, saya dapat mengirimkan sedikit buat keluarga di kampung. Waktu tu, adik-adik saya masih belajar dan memerlukan wang. Saya nak tolong mak dan ayah saya.

Lebih kurang setahun saya bekerja sambilan. Masa kerja saya ikut ‘gab’. Kalau ada ‘gab’ lebih dua jam antara dua kuliah, saya masuk ke restoran. Waktu malam, saya pergi kerja lagi. Saya banyak korbankan masa melepak dan menukarnya dengan kerja sambilan.

Semester kelima, disebabkan saya dah banyak ‘tarik subjek’ ke belakang, maka pada perkiraan saya, saya boleh habiskan ijazah saya pada semester ini. Ya, ijazah yang sepatutnya makan masa 3 tahun, saya buat dalam 2 tahun setengah. Ini kerana, saya banyak tarik subjek dan ada subjek yang boleh di-transfer kredit dari Diploma seperti TITAS dan KO-K.

Ini sem terakhir. Result exam saya agak menurun dalam dua sem kebelakangan, mungkin kerana saya banyak bagi masa untuk bekerja. Jadi, untuk sem kelima, saya berhenti kerja dan mahu tumpukan pada pelajaran.

Lagipun, seperti yang saya azam pada awal sem, saya nak graduate dengan kelas pertama! Jadi, saya telah all-out untuk perjuangan yang terakhir ini.

Saya tak nak terbeban dengan hutang PTPTN! Saya nak skor 1st Class supaya tak perlu bayar balik!

Waktu ni, saya belum dapat usaha agama. Nak dekat final exam, barulah saya terlibat. Stadi pun kat surau ja, dengan ‘karkun’. Kah Kah!

Lepas habis exam, saya terus angkat beg keluar 40 hari ke Johor Bahru. Setiap hari dalam hari-hari saya, tak terlepas daripada doa-

1. Nak dapat 1st class.
2. Nak dapat isteri solehah.

Allah Maha Berkuasa, makhluk takda apa-apa. Saya bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doa saya.

Selepas keluar result exam, masya-Allah, betapa girangnya saya. Allah…

Pesanan saya untuk adik-adik di IPT, belajarlah bersungguh-sungguh, hargailah peluang anda, fikir masa depan, jangan buang masa dengan bercinta. Hahaha dan ha.

“Kamu bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu…”

Khairy Tajudin,
Learns from Mistakes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

3 Responses

  1. mrhanafi says:

    tak sangka tuan mempunyai pemikiran yang sangat hebat..

    seolah-olah kejayaan itu mudah untuk ditundukkan..

    namun saya percaya kejayaan sangat berbeda antara satu sama lain…
    mrhanafi recently posted…Kisah Orang Yang BerjayaMy Profile

  2. Wan says:

    Saya antara orang yang belajar berjimat cermat selepas bergaji sendiri, bukan di zaman universiti. Beruntunglah mereka yang memang behemat pasal duit sejak waktu di bangku sekolah atau universiti. DI universiti, anak nelayan tak cukup duit, anak Dato’ pun tak cukup duit. Sebab itu, siapa yang boleh bekerja, boleh kirim duit ke kampung, sambil skor setiap subjek, mereka memang orang yang gigih dan sesuai dijadikan contoh.
    Wan recently posted…Buka Akaun SSPN-i Online Untuk Memudahkan Anak Memohonan PTPTN?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge