BAGAIMANA SYIAH MENYESATKAN AKHBAR KHAN?

Akbar Khan

 

Selain Hindu, fahaman Syiah yang dibawa oleh warga Iran turut berleluasa di India. Mereka juga menguasai beberapa daerah di India terutama di Selatan India dan Kashmir. Sebagai contoh, pentadbir Ahmadnagar iaitu Burhan Nizam Shah menganut Syiah Ismailiah yang dibawa oleh Tahir bin Razi. Sifat mereka yang agresif mengakibatkan ramai penganut Sunni dibunuh. Keterangan lanjut boleh dijumpai dalam buku Tarikh Firishta oleh Muhammad Qasim Bijapuri, seorang penganut Syiah.

Mir Shamsuddin dari Iraq pula berjaya mempengaruhi 34 ribu orang penganut Hindu di Kashmir menukar agama menjadi Syiah. Mir Shamsuddin juga dilaporkan mencipta agama baharu iaitu Nur Bakhshi dan mengarang sebuah kitab mengenainya. Agama baharu itu jauh berbeza dengan fahaman Sunni mahupun Syiah. Dalam fahaman agama ini, mereka menganggap Muhammad Nur Bakhshi sebagai Imam Mahdi.

Pada tahun 950 H, Humayun diajak oleh Shah Tahmasp dari Iran untuk menganut fahaman Syiah. Humayun hanya berkata, “Jelaskan hal itu dalam sekeping kertas.” Namun, tiada bukti kuat untuk mengatakan bahawa Humayun menerima ajakan tersebut dan menganut Syiah. Akan tetapi, Humayun tidak menghalang pengembangan fahaman itu di India. Menurut catatan ahli sejarah, Humayun meninggal dunia pada tahun 963 H ketika tergelincir dari tangga perpustakaannya sewaktu beliau mendengar azan.

Humayun telah membawa masuk pengaruh Parsi akibat termakan budi dengan Shah Tahmasp yang membantunya kembali ke takhta. Maka, mulalah pengaruh Syiah bertapak di India bermula dari istana.

Apabila Akhbar Khan menaiki takhta, beliau memberi layanan yang baik kepada Mir Sharif Amli, seorang ilmuwan sains sekular. Mir Sharif kemudian dilantik menjadi gabenor di Kabul pada tahun 993 H dan bertukar ke Bengal dua tahun selepas itu. Akhbar Khan juga mengurniakannya sebidang tanah di Ajmer dan Mohan. Mir Sharif mencampur-adukkan kesufian dan falsafah menjadi ajaran Ayniyat (Glimps of the Truth).

Pemikiran Akhbar Khan turut dipengaruhi oleh penasihat agamanya yang menganut fahaman Syiah iaitu Fathullah Syirazi. Ini kerana, Akhbar Khan turut terpengaruh dengan ajaran sesat yang dibawa oleh dua beradik bernama Abu Fazl dan Faizi. Mereka berdua menjadikan Akhbar seorang yang berfikiran fleksibel dan liberal yakni memandang semua agama sebagai sama.

Setiap tindakan yang dilakukan oleh Akhbar Khan mendapat sokongan ulama Syiah yang berperanan menjadi penasihatnya di istana. Lama kelamaan, Akhbar Khan merasakan dirinya sebagai seorang nabi!

***

Ini adalah sebahagian bab dalam buku, “Mujaddid dari India.”

mujaddiddariIndia_front

mujaddiddariIndia_back

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge