Testimoni Novel “Budak U” daripada Bonda Nor

 Alhamdulillah. Bonda Nor telah menulis sedikit ulasan di Facebook saya mengenai Novel “Budak U” yang dibaca oleh beliau dan anaknya. Ulasannya seperti berikut:
 

Sewaktu menghulurkan anak bujang saya 2 buah buku tulisan Khairy Tajudin, dia menyambutnya dengan penuh ceria. Dalam masa sehari suntuk anak saya sudah selesai menelaah kedua-duanya.

“Bestlah Mama!” Itu ulasannya. Saya tanya dia apa yang best? Dia kata “Bestlah!”. Saya menggeleng. Anak bujang saya ini memang kurang mahir mengomen. Itu saya tahu. Sedetik kemudian, dia pula tanya saya, “Mama tahu tak apa itu ‘Hotcat’?”. Sekali lagi saya menggeleng. Err.. Hotdog saya tahulah.. tapi Hotcat? Hehe.. Anak saya tergelak. Dia pesan saya supaya baca novel Budak U untuk tahu jawapannya. Alahai…

Novel ‘Budak U’ ini tidaklah setebal mana.. nipis sahaja. Namun, saya mengambil masa juga untuk membacanya. Sebab? Ia bukan sekadar bacaan biasa.. Ada inputnya! Banyak isinya! Anak remaja macam anak saya mungkin mudah tertarik pada jenaka penulis yang sejujurnya, turut berjaya memancing ketawa saya.

Namun, lebih penting lagi sebenarnya ialah pengisiannya. Ini yang membuatkan saya mengambil masa yang agak lama juga untuk menghabiskan bacaan novel ini. Ada bab yang saya ulang baca kerana mahu menghadam hujah2 penulis yang saya sifatkan bukan saja-saja. Menarik! Cukup menarik!

Kisah budak kampung yang masuk universiti, terpaksa berdepan dengan detik2 awal orientasi dan tempoh menyesuaikan diri.. Konfliknya dalam memilih kawan, diuji dengan rasa suka dan jatuh cinta pada perempuan, dan ada juga konflik yang terjadi bahana salah tanggapan. Jalan ceritanya biasa, tetapi caranya diolah dengan unsur2 tarbiah itu yang membuatkan novel ini agak istimewa. Sangat baik untuk dijadikan bahan bacaan bukan sahaja kepada para remaja, malah buat orang dewasa juga. Saya bangga kerana dapat menghadiahi anak saya novel ini. Moga di sebalik ‘hotcat’ yang disebutnya itu, hati dan mindanya turut disirami dengan ilmu.

Tahniah kepada penulis. Semoga dapat terus menghidangkan karya2 tarbiah yang santai seperti ini sebagai ‘makanan jiwa yang enak’ buat pembaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge