Teaser: Budak ‘U’

Hakimi, seorang remaja desa buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke universiti untuk menyambung pengajian dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Kejutan budaya menghinggapi budak nakal ini apatah lagi setelah berkawan dengan Joki, seorang pelesit jalanan yang tidak kenal erti gentar.
          Keterlibatan Hakimi secara aktif sebagai Ketua Skuad Kadet Bomba menyebabkan namanya terkenal sehingga ke kolej siswi. Surat dan nombor panggilan misteri mula menghantui hidupnya. Di sebalik misteri itu, muncul seorang siswi iaitu Citra, pelajar jurusan Perakaunan menghulurkan salam perkenalan.
          Di celah-celah riang-ria panorama kampus, muncul noda hitam dalam diari Hakimi apabila dirinya terheret ke kancah bahaya tanpa dia mengetahui punca sebenar. Adakah ini kerana ada pihak ketiga yang mencemburui hubungan Hakimi dan Citra atau anasir lain yang menyemarakkan sengketa?



Novel ini adalah siri pertama trilogi Budak U hasil gandingan mantap dua rakan yang pernah menuntut di kelas yang sama ketika di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis. Setelah mencuit hati pembaca menerusi karya Tariq United dan Budak Komik, Khairy Tajudin maju setapak lagi dengan novel trilogi ini. Kali ini, novel ini bersulam ilustrasi menarik hasil kreativiti Faris Mohd Hazmin yang merupakan seorang graduan jurusan Grafik dan kini menjadi pelukis sepenuh masa. Novel ini mengajak anda menyelami pengalaman suka dan duka pelajar universiti yang menghiburkan!

Jumpa anda di Pesta Buku Antarabangsa KL April 2012 nanti!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge