Keadilan Yang Lenyap

 
Usia semakin meningkat. Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik dah besar panjang, bermisai dan berjanggut. Itulah tandanya kiamat sudah dekat. Tahukah kawan-kawan apakah perkara yang paling jauh dengan kita?  Ia bukannya Kutub Utara, Kutub Selatan atau Planet Pluto. Perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa-masa yang telah lalu. Walaupun sesaat ia berlalu ia tetap jauh sebab kita tidak akan bertemu dengannya lagi sampai bila bila.
Buatlah apa benda pun. Biar secanggih mana pun teknologi, manusia tak mungkin kembali ke zaman lampau. Seringkali kita diperbodohkan oleh filem-filem tentang pengembaraan ke masa lampau, tetapi itu semua hanyalah cereka di sebalik skrin. Dah nama pun cereka, sudah tentulah rekaan semata-mata. Manusia boleh menghentikan putaran jarum jam tetapi masa tetap akan berjalan. Betapa berharganya masa sehingga Allah berfirman di dalam surah Al-Asr: “Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian …”
Orang Barat memang tidak akan membiarkan kita hidup tanpa menurut telunjuk mereka. Lihatlah pada diri dan kehidupan seharian kita sendiri. Apakah elemen-elemen Barat yang tidak ada pada kita? Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dari gaya rambut berwarna, baju, seluar dan kasut berjenama sehingga kepada ideologi dan cara hidup kita, sekurang-kurangnya debu-debu mereka akan hinggap juga di tubuh kita.
Kerana terlalu canggih teknologi, maka canggih jugalah penipuan yang mereka buat. Berapa ramai orang Islam yang terpengaruh dengan agenda Tentera Dajjal dan sekutu-sekutunya memerangi keganasan sehingga pandangan kita kepada umat Islam di negara-negara lain yang mempertahankan agama, bangsa dan negara dilabel sebagai militan dan pengganas. Mengapa kita semudah itu menerima istilah pengganas dan militan terhadap umat Islam, saudara seagama kita sendiri? Mengapa kita menerima bulat-bulat Osama Bin Laden dan Al-Qaeda itu sebagai pengganas sebelum kita siasat dulu? Adakah kita tidak nampak tiap-tiap hari berpuluh-puluh umat Islam yang mati dibunuh di Palestin oleh rejim Zionis? Mengapa Barat tidak melabelkan Zionis itu sebagai pengganas? Mengapa tidak didakwa di mahkamah antarabangsa sepertimana Saddam Hussein dijatuhkan hukuman mati? Jawapan bagi semua persoalan diatas adalah kerana KEADILAN TELAH LENYAP!
Wahai saudara-saudaraku, ketahuilah oleh kalian bahawa istilah ‘pengganas’ bagi Barat hanyalah untuk ‘umat Islam’. Astagfirullahalazim.
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa umat Islam akhir zaman ibarat buih-buih di lautan: banyak tapi mudah pecah!
Saya sendiri menzahirkan kekesalan terhadap umat Islam yang dalam diri mereka tidak langsung berfikir tentang jarum-jarum halus yang cuba ditusuk ke dalam hati dan pemikiran mereka. Pada zahirnya mereka bersimpati terhadap nasib yang menimpa umat Islam di seluruh dunia seperti di Iraq, Palestin dan Afghanistan tetapi pada hakikat yang sebenar mereka tidak sedar bahawa mereka membantu musuh-musuh Islam untuk menindas umat Islam.
Itulah sebab mengapa saya tidak suka mejadi pengguna barangan-barangan dari Barat dan tidak mahu menonton filem Hollywood yang mana semua duit yang diperolehi oleh mereka akan digunakan oleh kerajaan mereka untuk memperkukuhkan negara mereka termasuk dalam bidang ketenteraaan untuk memusnahkan bumi umat Islam! Bukan sebab saya tidak berfikiran terbuka tetapi saya tidak mahu bersubahat. Anda boleh menafikan kata-kata itu sebab itu hak anda. Orang kita boleh jawab macam-macam. Semuanya pandai dalam bab-bab berbahas. Tapi bila anda ‘berbahas’ dengan malaikat Mungkar dan Nakir dalam kubur, barulah anda tahu erti ‘buku bertemu ruas’!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge