Mengumpat: Antara Keharaman dan Keharusan


Apakah maksud mengumpat?
Mengumpat ertinya memperkatakansesuatu yang BETUL mengenai seseorang tetapi ia boleh menyebabkan seseorang itu marah/kecil hati. Jika kenyataan itu tidak betul, maka ia dinamakan FITNAH.
Contoh:
Di dalam satu majlis kenduri, Mak Minah berkata kepada Mak Leha, “Lawanya menantu Mak Nani tu, tapi anaknya hitam melegam macam hero filem Tamil.”
Walaupun memang benar anak Mak Nani itu kulitnya gelap, tetapi Mak Minah tidak sewajarnya memperkatakan hal itu. Ini dikira mengumpat.
Apakah akibat mengumpat?
1. Orang yang mengumpat, pahala amalannya akan terhapus seperti api yang membakar kayu, hangus tanpa sisa.
2. Dosa mengumpat seperti memakan daging saudara sendiri.
3. Dosa orang yang mengumpat tidak akan terhapus selagi dia tidak memohon maaf kepada orang yang diumpatnya. Silap-silap, pahala amalannya nanti akan dituntut oleh orang itu di akhirat nanti.
Ruginya … buat amal banyak-banyak, dakwah sana sini, tapi pahala amalan terhapus kerana MENGUMPAT. Muflis
Gerak geriku diperhati … membuatkan diriku rasa … kosong … kosong … kosong …
Bagaimana seseorang itu boleh terjebak dalam mengumpat?
1. Perkataan, sama ada jelas atau sindiran.
2. Perbuatan, walaupun menggunakan bahasa isyarat.
3. Penulisan walaupun di facebook atau twitter atau blog atau sms etc
Siapa yang terlibat dalam dosa mengumpat?
1. Orang yang mengumpat.
2. Orang yang mendengar atau membaca umpatan.
3. Orang yang membuka ruang untuk orang mengumpat (tulis status yang menyebabkan orang mengumpat).
Contoh: “Apa pendapat engkau orang mengenai si ________________ ?”
Kemudian, orang pun memperkatakan sesuatu yang buruk mengenai si ________________ itu.
Bilakah kita di-HARUS-kan mengumpat?
Kita diharuskan mengumpat dalam beberapa keadaan yang darurat seperti:
  1. Mengadu mengenai kezaliman seseorang terhadap kita kepada pihak berkuasa.
Contoh: Pak Ali membuat laporan kepada pihak polis mengenai Mat Bond yang telah memecah masuk rumahnya.
  1. Meminta tolong daripada seseorang yang dipercayai untuk membantu memperbetulkan seseorang dengan niat yang ikhlas dan penuh kasih sayang, bukan untuk memburuk-burukkan namanya.
Contoh: Fuad meminta bantuan Ustaz Faiez untuk memperbetulkan Amirul yang suka berpelisiran dengan mat rempit. Fuad kasihan melihat Amirul terjebak dalam kegiatan itu dan dia menceritakan kegiatan itu kepada ustaz bukan untuk memburuk-burukkannya.
  1. Meminta fatwa daripada kadi atau mufti atau ulama berkelayakan.
Contoh: Masyarakat Kampung Pisang keliru mengenai amalan khurafat yang dilakukan oleh tok imam di kampung itu. Mereka bertanyakan hal itu kepada mufti supaya tok imam itu dapat diperbetulkan amalannya.
  1. Untuk kepentingan agama dan menjaga keaslian ajaran agama.
Contoh: Mengkaji sifat-sifat perawi hadis untuk mengetahui bahawa sesuatu hadis itu boleh diterima atau tidak. Namun, kerja ini hanya wajar dilakukan oleh para muhadisin dan orang yang belajar hadis. Orang awam yang tidak tahu apa-apa jangan masuk campur. Jangan pula lebih sudu daripada kuah. Muhadisin cakap ‘hadis ini dhaif’, ada pula orang tambah, ‘hadis ini palsu’. Salah!
  1. Pengakuan saksi di depan hakim atau mengumpat saksi yang tidak adil.
Contoh 1: Empat orang saksi kejadian sesuatu jenayah dibawa ke mahkamah. Mereka perlu menceritakan apa yang dilakukan oleh penjenayah, tidak boleh menyembunyikan kejahatannya kerana ia boleh memudaratkan orang lain.
Contoh 2: Seorang saksi telah menerima rasuah. Orang yang mengetahui perkara itu perlu memberitahu hakim supaya si tertuduh tidak teraniaya oleh saksi yang makan rasuah tadi.
  1. Mesyuarat dalam proses pernikahan
Contoh 1: Sewaktu meminang, boleh memberitahu kelemahan di anak supaya si peminang tidak teraniaya. Misalnya, Si ayah memberitahu bahawa anak perempuannya tidak pandai memasak supaya si bakal suami dapat menerima kenyataan itu.
Contoh 2: Ayah si pengantin lelaki memberitahu bahawa anaknya mati pucuk supaya perkara tersebut tidak menganiaya bakal isteri. Jika si bakal isteri tidak sanggup terima, tidak perlu diteruskan pernikahan itu. Ingat! Jangan menipu.
  1. Nama yang sudah glamour dengan gelaran
Contoh: Di sebuah kampung, terdapat ramai orang yang bernama Mat. Perkara ini sangat menyusahkan orang mencari Mat yang dikehendaki. Jadi, mereka boleh menggelar Mat-mat yang ada dengan gelaran supaya mudah dikenali. Misalnya, seseorang bertanya, “ Di manakah rumah Mat Beruk?” kerana Mat itu memang bela beruk. Ingat! Niat untuk kenal sahaja, bukan untuk mengata-ngata.
  1. Menyelamatkan akidah
Contoh: Menyelamatkan umat Islam daripada ancaman ajaran sesat seperti Syiah. Maka, boleh memberitahu tokoh-tokoh ajaran sesat yang boleh mengancam akidah umat. Namun, pastikan hal kesesatan tersebut JELAS dan digazetkan oleh MUFTI atau pihak berkuasa. Jangan main tuduh-tuduh orang sembarangan.
  1. Mengumpat orang yang terang-terang mengajak orang kepada maksiat
Contoh: Seorang artis mengajak orang ramai berpesta seks tanpa segan silu lagi. Maka, boleh dikritik perbuatannya itu supaya orang ramai tidak terjebak.
  1. Menyelamatkan orang ramai daripada tindakan seseorang yang jahat dan zalim
Contoh: Memberitahu orang mengenai kejahatan yang dilakukan oleh seorang yang memang jahat gila babi punya jahat supaya orang ramai berhati-hati dengan dia. Kalau setakat nakal-nakal tu, tak payahlah. Ingat! Tujuannya supaya orang ramai tidak terjebak, bukannya untuk menaikkan nama sendiri di mata masyarakat dan menjadi HERO!
(Sila rujuk kitab Riyadus Salihin, Imam Nawawi untuk membaca hadis-hadis berkaitan.)
Uji Minda
Boleh cuba buat latihan di bawah untuk menguji tahap pemahaman anda.
1.      Jika kita mendengar cerita mengenai keburukan kawan kita, apakah yang perlu kita lakukan?
a)      Mempercayai cerita itu dan menghebahkan kepada orang lain.
b)      Menyiasat dahulu berita itu serta merahsiakannya daripada orang lain.
2.      Kita diharuskan mengumpat dalam beberapa keadaan. Antara contoh-contoh di bawah, yang manakah keadaan yang diharuskan mengumpat?
a)      Mengumpat orang yang telah menzalimi kita kepada pihak polis.
b)      Mengumpat kawan kita yang telah belanja kita makan.
c)      Mengumpat cikgu di sekolah.
3.      Azmi ternampak Faizal memakai seluar pendek di dalam rumah. Kemudian, Azmi menceritakan hal itu kepada orang lain. Adakah Azmi dikira mengumpat?
a)      Azmi dikira mengumpat
b)      Azmi tidak dikira mengumpat
4.      Farah ternampak Aminah tidak memakai tudung kepala. Apakah yang patut dilakukan oleh Farah?
a)      Menghebahkan keburukan Aminah kepada orang lain.
b)      Menasihati Aminah dengan baik dan berlemah lembut.
5.      Rizal menceritakan kepada cikgu Amirul bahawa Sukiman telah mencuri dompetnya tetapi Sukiman tidak mencurinya. Perbuatan Rizal itu dinamakan sebagai ….
a) mengumpat            
b) fitnah
6.      Mamat seorang yang capik. Dia dikenali di kampungnya sebagai seorang yang capik. Jika orang mahu mencarinya, orang akan bertanya, “Di manakah rumah Mamat Capik?” Contoh situasi ini dikira sebagai mengumpat atau tidak?
a)      Tidak, sebab jika tidak disebut “Mamat Capik’, orang tidak akan kenal kerana di kampung itu terdapat ramai orang yang bernama ‘Mamat Capik’.
b)      Situasi itu dikira mengumpat.
Nak tahu jawapan, tanyalah orang yang alim. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

1 Response

  1. Ucapkan Terima Kasih Kepada Orang Yang Mengumpat Kita, Kerana Dia Telah Sedekahkan Pahalanya Untuk Kita. Amiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge