Habib Umar : Baitul Maqdis Tidak Mungkin Akan Dapat Dibebaskan Kembali Melainkan Dengan Cara Sayidina Umar r.a. dan Salahuddin al-Ayyubi
Ini ialah pesanan daripada As-Syeikh al-Habib Umar bin Hafiz di Shah Alam dalam pertemuannya dengan para ulama pada bulan Safar 1428 H. Renungilah dengan mendalam apa yang beliau sampaikan. Semoga kita mendapat hidayat. Tajuk asal ceramah ini ialah, “Menyingkap Masalah yang Terjadi di Kalangan Umat Islam”.
- Tugas dakwah ialah tugas yang menggembirakan hati Rasulullah SAW. Dakwah tersebar sehingga ke Nusantara berkat daripada usaha dakwah dan keberkatan ahlul bait. Mereka menerapkan pemahaman al-Quran dan as-Sunnah melalui para ulama secara berantai dari satu generasi ke generasi. Rantaian emas ini bersambung kepada Baginda SAW. sebab itulah kita tidak menemui dalam ajaran mereka kesesatan, bidaah, penyimpangan, ekstrem, konservatif dll. Mereka membawa agama yang bersih daripada sumber yang asli. Daripada furuq fikah, bersandarkan kepada mazhab Syafie. Dalam akidah, bersandar kepada mazhab Abu Hasan al-Asyaari (keturunan ulama Abu Musa al-Asyaari). Beliau merupakan anggota delegasi daripada Yaman yang bertemu Rasulullah SAW. daripadanya, lahirlah mazhab ASWJ.
- Sebagaimana Allah menetapkan bagaimana Islam ini tersebar ke seluruh pelusuk, maka, Allah juga menentukan adanya mujaddid. Sebagaimana Islam tersebar melalui tangan ahlul bait, maka kami optimis meneruskan hubungan ini (dengan penduduk nusantara).
- Sesungguhnya Allah akan memperbaharui urusan agama ini setiap kali mereka mengalami kelesuan agama (waktu fatrah).
- Sesungguhnya segala masalah yang terjadi kepada umat Islam hari ini, yang merosakkan fikir, aqidah dan akhlak mereka adalah disebabkan:
Ø kita lalai dalam menjalankan tugas dakwah dan menyelamatkan umat.
Ø berfikiran sempit dalam perbezaan fikrah
Ø tiada kerjasama yang serius di kalangan ulama
Ø konsentrasi kita hanya tertumpu kepada urusan yang tidak terlalu penting namun ia memalingkan pandangan orang ramai terhadap masalah yang sebenar.
Ø Setiap orang bertindak mengikut persepsi masing-masing dan tidak berupaya memahami punca masalah yang sebenar.
6. Maka, kami menyeru supaya kita tumpukan kembali perhatian kepada tugas-tugas kita yang sebenar. Setiap kali kita menunda atau mengabaikan tugas tersebut, maka kita akan disibukkan oleh urusan rekayasa yang dirancang oleh musuh-musuh Allah.
7. Musuh Allah sentiasa mem-provok masalah baharu setiap hari kepada kita silih berganti. Kita sering dimomokkan dengan kepincangan akidah, moral untuk melarikan fikir kita. maka, umat Islam pun tersentak lalu terikut-ikut untuk menyelesaikan isu itu. Habis satu isu, dibawa pula isu yang lain. Maka, kita pun memberikan pandangan kita masing-masing di muktamar, rapat umum dll namun masalah tidak juga selesai. Ada solusi pun, kita tidak serius untuk melanjutkannya. Maka, isu baharu pun muncul dan kita lupa kepada isu lama. Padahal kita sudah bermuktamar, menginsafi sikap tetapi masalah umat tidak juga selesai. Begitulah yang terjadi tatkala muncul isu-isu seterusnya. (semuanya bertindak bergantung kepada isu tetapi gagal menyelesaikan masalah akar yang menimbulkan isu itu.) Akhirnya, kita disibukkan dengan isu yang dimomokkan oleh musuh-musuh Allah itu.
8. Semua ini adalah kesan daripada kelalaian kita menjalankan kerja yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
9. Kami di sini berhasrat untuk membangkitkan kembali semangat kepada kerja-kerja ini supaya semua masalah umat dapat diselesaikan. Kita juga perlu sedar bagaimanakah caranya untuk kita berhadapan dengan masalah-masalah ini. Tugas-tugas itu ialah konsentrasi terhadap proses pembinaan jiwa dengan cara mensucikannya (tazkiah). Ia menjadi barometer kepada perubahan umat ini menurut al-Quran, Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubahnya sendiri. Tidak ada satu pendekatan yang dapat mengubah manusia selain pendekatan TAZKIYATUN NUFUS seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Proses ini kemudian bersambung-sambung sehingga sampai kepada kita. Inilah method yang dibawa oleh segolongan manusia yang digelar sebagai kaum sufi. Nilai-nilai pentarbiyahan seperti ini sememangnya sudah ada pada zaman Sahabat kemudian Tabiin dan seterusnya sehingga datang zaman cintakan dunia dan kerakusan kuasa. Generasi selepas itu semakin jauh dengan zaman Nabi.
10. Umat sekarang ini perlu kepada ulama yang komited terhadap method pentarbiyahan ini (tazkiyah). Sebab itulah munculnya golongan Sufi dan tasawuf yang komited melestarikan nilai-nilai ini. Melalui jasa mereka, dakwah tersebar ke seluruh pelusuk dunia (lanjutan daripada usaha dakwah Sahabat). Dalam sejarah Islam, kita mendapati bahawa tidaklah masuk Islam ke dalam satu-satu negeri melainkan ketua jemaah jihad fisabilillah itu diketuai oleh tokoh besar tasawuf dan tazkiyah. Keadaan ini ada setiap zaman dalam Islam. Kita tidak akan menjumpai sesebuah negeri yang begitu utuh melainkan peranan itu dimainkan oleh tokoh tasawuf, golongan sufi. Tidak mungkin kita temui dalam sejarah Islam, gerakan jihad tanpa tokoh tasawuf.
11. Tazkiyah Para Sahabat diserap secara langsung daripada Nabi SAW. Merekalah para sufi sejati, pemimpin para sufi dan tokoh-tokohnya.
12. Cermatilah sejarah Islam. Pada zaman Sahabat, Islam tersebarnya hingga ke Timur di sempadan China dan Russia dan negeri-negeri sekitarnya. Para panglima mereka terdiri daripada para pemuka tasawuf pelbagai aliran dan guru-guru besarnya. Mereka semua keluar berjihad di jalan Allah.
13. Baitul Maqdis dibebaskan oleh Sayidina Umar al-Khattab r.a. Kemudian, datang pasukan salib merampasnya. Semenjak itu, Baitul Maqdis tidak dapat diselamatkan semula kecuali peranan ahli tasawuf. Di situ, tampillah Salahudin al-Ayubi, seorang tokoh tariqat tasawuf, pengasas program Maulidur Rasul dan majlis-majlis zikir yang banyak diambil daripada kitab Imam Al-Ghazali (Ihya Ulumuddin). Terbina jiwanya melalui kitab tersebut dan dia memimpin umat Islam dengan kekuatan imannya, ketaqwaannya, kebeningan jiwanya dan kebersihan hatinya. Maka, Baitul Maqdis pun dapat dibebaskan.
14. Hari ini, orang ramai melaungkan, – Bebaskan Baitul Maqdis! Bebaskan Baitul Maqdis! – tidak ada cara untuk membebaskannya kecuali dengan cara yang pertama iaitu manhaj Sayidina Umar r.a. dan Salahudin al-Ayyubi rah. Yang merupakan intisari daripada ajaran tazkiyah oleh Rasulullah SAW. Hal inilah yang membebaskan Baitul Maqdis. Tidak boleh dengan cara selain itu.
15. Mereka sibuk bikin organisasi, pernyataan politik mahupun mengadakan kongres, Baitul Maqdis tetap tidak mampu dibebaskan sampai bila-bila pun (abadan abada) kecuali melalui peranan golongan ini (tasawuf dan sufi) dan dengan cara ini (tazkiyah dan tasawuf). Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubahnya sendiri.
16. Jika pemuda kita di Palestin tidak mengerjakan solat, tidak berpuasa, tidak menutup aurat dan kita berkata – Bebaskan Palestin! Bebaskan Palestin! – Namun apa yang terjadi? Pada masa ini kuffar memerangi kaum Muslimin di sana dan membuatkan politik pecah belah hingga umat Islam saling berperang antara satu sama lain. Apa penyebabnya semua ini? Jawapannya: Pengabaian usaha TAZKIYATUN NUFUS (Pembinaan jiwa) di kalangan umat Islam sehingga munculnya masalah-masalah besar yang menghentam mereka.
17. Siapakah yang berperanan untuk melakukan usaha ini? Inilah tugas utama kita daripada Allah SWT – Sesungguhnya beruntunglah mereka yang telah mensucikan jiwanya dan rugilah orang yang menodainya. Beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya dengan menyebut nama Tuhannya serta menunaikan solat. Musuhmu yang paling berbahaya ialah nafsumu yang ada pada dirimu sendiri.
Bersambung …
Sesuatu yg poerlu dipikirkan dengan tenang dan mendalam…
1. Perubahan pola politik dunia. Bukan lagi era sistem Khalifah.
2. Kekuatan ketenteraan negara2 Islam tidak sehebat dulu.
3. Pemimpin negara2 Islam tidak bersatu.
4. Sejauh manakah kelompok atau individu sufi (terutama dari Yaman
sendiri) yg telah mengorak langkah sebagai pencetus kepada
kebangkaitan baru di bumi Palestin ?
5. Jangan sekali2 diperkecilkan atau berputus asa segala usaha
organisasi atau negara tertentu yang gigih berusaha
membebaskan Palestin walaupun masih gagal.
6. Jangan sekali2 berprasangka buruk terhadap umat Islam Palestin
walaupun masih ada segelintir dari mereka yg hidup dlm kejahilan
seolah2 mengenepikan wujudnya MUJAHIDDIN HAMAS yang tidak
mampu dilahirkan oleh negara2 Islam atau kelompok2 ‘sufi’ yang
lainnya termasuk dari Hadramaut, Yaman..