Menghormati Perbezaan Pendapat di Kalangan Ulama: Kita Tidak Selayak Mereka
Ulama ialah pewaris para Nabi dan Rasul. Daripada merekalah kita mendapat ilmu. Mereka mendapat ilmu melalui cara yang sangat mujahadah dan mereka sangat menghormati guru mereka. Malangnya hari ini, kita rasa sudah banyak ilmu dengan hanya melayari Wikipedia, Youtube, Google atau sebagainya. Kemudian, apabila kita dengar-dengar atau terbaca mana-mana tulisan atau ceramah daripada ustaz-ustaz dan protaz-protaz (professional + ustaz) yang sesuai dengan selera kita, kita terus ambil tanpa merujuk kepada pandangan ulama yang muktabar (dipercayai). Tanpa segan silu, ada yang sanggup mengatakan bahawa ulama-ulama dahulu tidak kaji hadis, tidak pandai tafsir al-Quran dan sebagainya. Semua itu adalah satu kesalahan dan sangat kurang ajar!
1. Menghormati Ulama yang Berbeza Pendapat
Khilaf dalam agama adalah perkara biasa di kalangan para ulama, bukan untuk kita bahaskan sesama orang awam. Mereka mempunyai kemahiran dan ilmu yang mencukupi dalam membahaskan perkara-perkara furuq dalam agama. Malahan, sesama mereka juga saling menghormati. Di sini, saya bawakan satu kisah:
Maulana Thanwi berbeza pendapat dalam banyak perkara dengan Maulana Ahmad Raze Khan. Perbezaan pendapat mereka itu meliputi hal-hal berkaitan solat dan lain-lain. Meskipun begitu, jika Maulana Thanwi ingin menyebut nama Maulana Ahmad Raze Khan dalam sesuatu majlis, beliau akan gunakan “Tuan Maulana Ahmad Raze Khan.”
Dalam satu majlis, seorang individu telah menyebut nama “Ahmad Raze Khan” tanpa menyebut “Maulana”. Maulana Thanwi menjadi marah dan berkata, “Beliau seorang ulama. Walaupun beliau berbeza pendapat dengan kita, tidak sepatutnya kamu menggugurkan penghormatan kamu terhadapnya. Perbezaan pendapat selalu terjadi. Ia ialah masalah yang berlainan (tidak bermakna jika seorang ulama berbeza pendapat dengan jumhur, ulama itu harus diperlekehkan). Mengapa kamu tidak memuliakannya?”
Beliau turut menegaskan bahawa gelaran “Maulana” tidak hanya digunakan untuk ulama yang sama pendapat dengannya bahkan perlu digunakan untuk ulama yang berbeza pendapat dengannya (asalkan dia seorang yang alim). Maulana Thanwi seorang ulama yang mahsyur. Beliau tidak bersetuju jika kita tidak menghormati ulama hanya kerana ulama itu tidak sependapat dengan kita. Meskipun ulama itu menentangnya, beliau tidak pernah menggugurkan penghormatan terhadap ulama tersebut.
(Petikan daripada kata-kata Mufti Mahmood Hassen Rahimahullah, bekas Mufti Besar India)
2. Menghormati Perbezaan Pendapat di Kalangan Ulama
Kita ikuti sedikit perbahasan ulama mengenai hadis ini:
Di dalam Fadhilat Zikir, Hadis-hadis Tentang Kalimat Thoyyibah, Hadis ke-28:
Maka Allah berfirman kepadanya: “Siapakah Muhammad (yang engkau maksud)?”
Maka Allah berfirman kepadanya: “Siapakah Muhammad (yang engkau maksud)?”
Maka Adam menjawab: “Maha berkah nama-Mu ketika engkau menciptakan aku, aku pun mengangkat kepalaku melihat Arasy-Mu, dan ternyata di situ tertulis: Laa ilaaha illallah Muhammadun Rasulullah. Maka akupun mengetahui bahwa tidak seorang pun yang lebih agung kedudukannya di sisi-Mu daripada orang yang telah engkau jadikan namanya bersama-sama dengan nama-Mu.” Maka Allah berfirman kepadanya: “Wahai Adam, sesungguhnya dia adalah Nabi terakhir dari keturunanmu, kalaulah bukan karena dia, niscaya Aku tidak akan menciptakanmu.” (Hr. Thabrani, Hakim, Abu Nu’aim, Baihaqi)
Di bawah hadis tersebut (keterangan hadits yang berbahasa Arab) dengan jelas Maulana Zakariyya menuliskan kedudukan hadits tersebut.
Apa keterangannya?
“Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dalam Ash-Shaghir, Al-Hakim, Abu Nu’aim, Al-Baihaqi yang keduanya dalam kitab Ad-Dala`il, Ibnu ‘Asakir dalam Ad-Durr, dan dalam Majma’ Az-Zawa`id (disebutkan): Diriwayatkan Ath-Thabrani dalam Al-Ausath dan Ash-Shaghir, dan dalam (sanad)-nya ada yang tidak aku kenal. Aku berkata: Dan dikuatkan yang lainnya berupa hadis yang masyhur: “Kalau bukan karena engkau, aku tidak menciptakan jagat raya ini”.
Al-Qari berkata dalam Al-Maudhu’at: “Hadits ini palsu.”
Dalam menanggapi hadits ini :
Berkata Al-Imam Al-Hakim : “Shahih sanadnya”
Berkata Al-Imam Al- Baihaqi : “Dhaif”
Al-Qari berkata dalam Al-Maudhu’at: “Hadits ini palsu.”
Jadi, ada perbezaan pendapat ulama tentang hadis di atas sama ada yang mengatakan : Shahih, dhaif dan palsu. Tidak patut dikatakan palsu sahaja hanya kerana kita dengar-dengar orang cakap ‘ini palsu’. Lagipun, bukan bidang kita (orang awam) hendak kaji hadis-hadis ini. Biarlah orang alim yang ahli melakukannya. Hati harus seluas lautan, jangan kecil seperti kuman.