Empat Puluh Hari Mencari Cinta

Abdul Razaq meriwayatkan dari Yazid bin Abu Habib, katanya: Seorang lelaki datang menemui Umar bin Al-Khattab r.a. lalu Umar bertanya kepadanya: “Dari manakah kamu?”
            “Aku baru berjaga di sempadan (ribath),” jawab lelaki itu.
            “Berapa hari?” tanya Umar r.a.
            “Tiga puluh hari.” Lelaki itu menjawab.
            Kata Umar r.a., “Mengapa tidak kamu genapkan selama 40 hari?”
(Kitab Kanzul Ummal jilid [2/228])
Ulasan:
40 hari adalah tempoh Ilahiah yang sempurna untuk melatih sifat kemanusiaan sebagaimana firman Allah swt, “Dan Kami telah menjanjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlaku 30 malam dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan 10 malam lagi. Maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya iaitu 40 malam.”
Petunjuk yang lain dapat kita hayati daripada peristiwa Nabi Yunus a.s. yang berada dalam perut ikan selama 40 hari. Kita juga mengetahui bahawa tempoh kejadian manusia juga mengalami satu fasa ke fasa yang lain berselang 40 hari.
Ada hadis yang lain menunjukkan kepada kita bahawa (mafhumnya) : Sesiapa yang bersolat jemaah selama 40 hari tanpa ketinggalan takbiratul ula bersama-sama imam, maka baginya dua kelepasan iaitu kelepasan dari sifat munafik dan kelepasan daripada azab api neraka.
Cukuplah dalil-dalil di atas untuk sesiapa yang mahu berkhuruj di jalan Allah dengan niat untuk berdakwah dan mengislahkan diri. Bagi orang yang tidak mahu, tiada sesiapa boleh memaksanya. Wallahua’lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

1 Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge