Dakwah, Tazkiyah dan Ilmu

“Dia-lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumu’ah 62:2)”

Seorang sahabat saya yang kini belajar agama di Madrasah Maulana Zakariyya, South Africa, mensyarahkan ayat di atas kepada kami seperti berikut:

  • Yang pertama ialah ‘yatlu alaihim ayatihi’ (menyampaikan ayat-ayat Allah) dan itu merujuk kepada usaha dakwah dan tabligh.
  • Yang kedua ialah ‘wayuzakkihim’ (menyucikan mereka) dan itu merujuk kpd usaha tazkiyah dan tareqat.
  • Yang ketiga ialah ‘wayu’allimuhumul kitabawalhikmah’ (ajarkan Quran dan Hadis) dan itu merujuk kepad usaha taklim dan madrasah termasuk pondok dan pesantren.
  • Ayat terakhirnya iaitu ‘wainkanu min qablu lafi dolalim mubin’ (dan sebelum itu kamu semua dalam kesesatan yang nyata) jadi bermakna sebelum datangnya 3 usaha ini, umat dalam kedaan sesat yang nyata, jadi untuk keluarkan umat daripada kesesatan, 3 usaha ini perlu dibuat tanpa dikecualikan, barulah hidayat akan tesebar dan kesesatan akan musnah.

 
 
 Jadi, kalau ada orang buat usaha madrasah atau pondok atau pesantren atau kuliah di masjid atau sebarkan ilmu sahaja, dakwah dan tareqat zikir (penyucian hati) tak buat, maka umat tak akan ter-islah dan umat masih dalam kesesatan. 
Begitu juga kalau ada yang buat usaha tareqat sahaja, tak mahu belajar ilmu dan tak mahu berdakwah, maka umat tidak akan berubah. Sama juga kalau ada yang taksub dengan dakwah, dakwah, dakwah, tak mahu belajar ilmu agama dan tak mahu zikir atau membanyakkan ibadat, maka umat tak dapat hidayat.


Kesimpulannya; 

Usaha agama ini mengumpulkan tiga aspek dakwah sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu dakwah, tazkiyah (menyucikan hati) dan ilmu. Memilih salah satu sahaja jalan adalah tidak tepat. Sebagai umat yang bersatu dan mengaku menjunjung sunnah Rasulullah s.a.w.. ketiga-tiga usaha tersebut perlu disatukan.

Wallahua’lam.
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge