Pergh! Lu Bikin Gua Panas, Bro !
Bacalah dengan hati yang luas. Elakkan perbalahan. Saya menulis dengan kasih sayang buat anda yang tersayang.:-) Semoga anda semua disayangi Tuhan.
Suatu masa dahulu, umat ini berada pada tahap yang sangat tinggi dan hampir dengan Allah. Kemuncak kegemilangan umat ini adalah pada tiga kurun pertama Islam iaitu zaman Nabi, Sahabat, Tabien dan Tabi’ Tabien seperti yang diakui oleh Nabi dalam sabdanya; ”Sebaik-baik kurun adalah kurun aku, kurun selepas aku dan kurun selepas itu.”
Sebaik-baik kurun yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w itu bukanlah merujuk kepada kemajuan material seperti yang kita sangka. Pada zaman Nabi, tidak ada jet pejuang (cuma ada kuda dan unta), tidak ada teknologi jalur lebar, tidak ada Masjid Kristal (masjid zaman Nabi daripada pohon kurma berlantaikan pasir dan bergelap sehingga tahun ke-9 Hijriah) dan tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh orang yang mengejar dunia. Tapi, mengapakah Nabi kata, itu adalah sebaik-baik kurun?
Dalam zaman itu, Nabi dan Para Sahabat hidup dalam perjuangan. Isteri-isteri mereka sanggup melihat anak-anak mereka menangis kerana rindukan ayah yang telah keluar berjuang di jalan Allah. Tangisan itu lebih baik daripada bersolat di depan Kaabah sebanyak 16000 rakaat. Tangisan itu lebih baik daripada memberi makan kepada fakir miskin.
Tapi kita hari ini menangis apabila ada bintang realiti yang tersingkir setiap minggu. Ibu bapa menangis apabila anak tak dapat 10 A dalam SPM. Dan, si Romeo dan Juliet menangis apabila putus cinta sesama manusia. Air mata ini sebenarnya tidak ada nilai setitik pun !
Seorang anak saudara Saidatina Aisyah r.a. mendengar ibu saudaranya memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. telah keluar berdakwah selama tiga bulan. Mereka hanya makan dua jenis benda hitam iaitu air dan kurma. Begitu juga Saidina Umar mendengar tangisan anak perempuannya yang ditinggalkan suami kerana keluar berjuang menyebarkan agama.
Bolehkah dihukumkan Nabi dan Sahabat ini tak bagi nafkah? Berani buat fatwa macam tu? Astaghfirullahalazim.
”Tapi, itu Nabi dan Sahabat, bang. Kita ini siapa untuk keluar berdakwah seperti mereka? Bukankah hari ini agama sudah sempurna? Kita amalkanlah saja yang mana ada.”
Kita ini siapa kau tanya? Kita ini umat Nabi-lah! Kau lupa apa yang Nabi kata, ”Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, beerti dia mencintai aku. Barangsiapa yang mencintai aku, dia akan bersama-sama dengan aku dalam syurga.”
Kau lupa apa yang Rasulullah sabda, ”Semua umat aku akan masuk Syurga kecuali yang enggan.” Sababat bertanya,”Siapakah mereka yang enggan itu.” Jawab Baginda s.a.w.,”Orang yang tak mahu ikut aku, mereka itulah yang enggan.”
Apa lagi ikutan dan sunnah Nabi yang lebih besar daripada mengajak manusia kepada Allah? Hari ini, orang yang keluar ke jalan Allah dikatakan sesat dan tinggalkan nikmat dunia. Tinggal anak bini. Habis tu … kalau semua pakat duduk di rumah, siapa pula nak berdakwah kepada orang lain yang jauh dari Allah? Siapa yang mahu pergi beritahu kepada mat-mat ganja, mat-mat rempit, budak-budak liar, orang Asli yang duduk dalam hutan jika bukan kita yang sudah dapat hidayah?
Jawab seseorang itu, ”Internet kan ada? Majalah agama banyak. Filem Islamik pun banyak. Boleh ja nak dakwah guna cara mudah. Kita kena rai teknologi. Sekarang kan zaman moden, Tak perlu nak keluar-keluar lagi.”
Mudahnya manusia fikir. Mereka tak faham bahawa dakwah ini bukan sekadar menyampaikan tetapi perlu kepada pengislahan. Umat ini perlu kepada tarbiah rohani. Dengan membaca atau menonton, diri tak kan terislah. Hendak islahkan diri, kena mujahadah. Seperti Nabi yang beruzlah di Gua Hira’ setelah Baitullah dicemari dengan 360 ’ekor’ berhala. Tapi, sekarang sudah ada masjid, tempat penyucian diri adalah di masjid. Bukan di depan TV. Bukan semua orang rajin membaca. Bukan semua orang boleh membaca dan mendengar.
Saudara seagamaku yang disayangi, tidak kasihankah anda kepada generasi kita yang akan datang? Di mana mereka hendak berpaut? Hari ini pun, manusia sudah rosak. Semua hendak ikut kepala sendiri. Semua hendak bebas atas nama hak asasi. Semua hendak perjuangkan periuk nasi dan perut sendiri.
”Ya Allah, lindungilah diriku dan generasiku daripada kesesatan Ya Allah.”
Yahudi dan Nasoro hantar sebiji ’peti ajaib empat segi’ masuk dalam rumah, bersama -sama ‘kuali besar’ habis tunggang langgang seisi keluarga tidak pergi solat berjemaah di masjid. Bergelak ketawa tonton rancangan Sehati Berdansa, Pentas Kilauan Emas dan Akademi Sia-sia.
Jawabnya, ”Solat berjemaah di masjid tu sunat je bang. Solat di rumah pun boleh.”
Kepala hotak kau! Kalau semua orang fikir macam kau, siapa yang hendak pergi solat jemaah kat masjid? Hindu? Cina? Kau tahu, Rasulullah cukup marah kalau ada orang yang duduk dekat masjid, tapi solat di rumah sehingga Baginda mahu membakar rumah-rumah itu. Hari ini, jangan kata berjiran dengan masjid, sudah masuk kawasan masjid pun belum teringin hendak bersolat. Datang masjid untuk guna tandas, temankan kawan hendak akad nikah dan sebarkan iklan MLM. Hidayat … hidayat !
Akhirnya, apabila seorang ahli politik berbangsa Tiong Hua dan bukan beragama Islam masuk masjid, duduk pula di mihrab, bagi ucapan untuk jemaah masjid, barulah orang kita buka mata. Mata lagi terjegil luas apabila segolongan kaum hawa dipimpin oleh wanita Tiong Hua bukan Islam buat senam robik di pekarangan masjid atas nama ’riadah’ – kepala hotak hangpa ! (Marah ni !)
”Orang kafir masuk masjid! Ini mencemarkan kesucian Islam!” laung mereka di medan demonstrasi sambil dirakan oleh wartawan lidah bercabang.
Habis, sudah kau orang semua tak mahu datang solat di masjid, mengapa marah Orang Cina masuk masjid?
Heboh pula cerita lelaki Tiong Hua baca Quran tanpa tartil di depan umat Islam kerana nak tarik perhatian orang Islam bahawa mereka boleh terima Islam, umat Islam yang dengar, bersorak gembira, ”Syukur, Cina pun dah faham Islam.”
Tapi, apabila Tuan Guru kata nak buat Hukum Islam di negerinya, merekalah orang yang mula-mula menentang. Apa cer, bro?
Zaman kegemilangan Islam itu tiada lagi. Tapi, saya yakin ia akan muncul kembali setelah datangnya Imam Mahdi dan Nabi Isa. Tapi, apakah persedian kita untuk menjadi tentera mereka? Adakah sekadar menunggu di ceruk pintu dan meng’google’ sahaja sekadar mencari maklumat?
Agak-agak, bagaimana caranya Imam Mahdi dan Nabi Isa mengenali umat Islam? Lihatlah kita sekarang, cara hidup sama saja dengan orang bukan Islam. Mujur muka macam Melayu, boleh juga sangka baik – ini orang Islam. Tapi, cara hidup tak macam orang Islam. Dedah aurat dah macam lembu dan babi hutan.
”Iman bukan pada tudung, iman pada hati, bang.”
”Ikut suka sayalah nak dressing camne pun. Sekarang zaman moden bro, bukan zaman unta.”
Sekali lagi kau cakap macam tu, aku penampar kau hidup-hidup ! (Marah ni !)
Umat semakin menderita dalam kesesatan yang nyata. Lupa Allah. Lupa solat. Murtad. Seks bebas. Seksualiti Merdeka (kepala hotang hang!). Jika Nabi ada di zaman kita, apa perasaan Baginda melihat umat jadi macam ini?
Kembalilah ke jalan yang benar wahai saudara seagamaku yang disayangi. Hidupkanlah semula usaha agama seperti mana yang Nabi ajar kepada kita; dakwah, tazkiyah dan taklim.
Hindarilah perpecahan dan sembunyikannlah keaiban. Lupakah kita pada sejarah keruntuhan Khilafah Utsmaniah?
Pada zaman itu, umat berpecah-belah. Ada orang sibuk mencari ilmu dan membahaskan macam-macam perkara sehinggakan soal tahi cicak pun mahu dibahaskan – sebelah mana yang jadi najis, hitam atau putih? Kutu di atas kepala pun mahu dipertikaikan – batal tak solat?
Dakwah dan proses penyucian hati ditinggalkan. Hasilnya, runtuhlah Khilafah Utsmaniah pada tahun 1924 di mana negara Islam selepas itu dicarik-carikkan menjadi negeri-negeri yang terasing-sehingga kini.
Maka, apabila negeri umat Islam menjadi kecil, mudahlah pelbagai agenda syaitan dan konco-konconya (Yahudi dan Nasrani) menyesatkan umat Islam. Maka, dicanang-canang sistem demokrasi Abraham Lincoln di setiap negara. Maka, setiap negara pun memilih pemimpin masing-masing. Yahudi dan Nasrani ketawa melihat umat Islam saling bercakaran kerana politik. Yahudi dan Nasrani sudah menipu umat Islam dengan mengatakan demokrasi inilah ajaran Islam (hak untuk memilih) yang sebenar sedangkan ia adalah punca umat Islam pecah hati kerana berbeza ideologi politik. Anda lihat di sekeliling anda sekarang – anak bercinta dan mahu berkahwin tapi dihalang oleh ibu ayah yang berbeza fahaman politik, berlaku di negeri Terengganu Darul Iman.
Saya bukan tolak politik tapi saya meluat dengan politik kepartian. Memang dalam Islam ada politik tapi politik yang bagaimana? Adakah dengan cara memakan daging saudara Islam hidup-hidup (mengumpat dan mengfitnah?) Jijiknya !
Hari ini, dakwah ilallah dan tazkiyah ditinggalkan. Umat sibuk mencari ilmu sahaja. Zaman sekarang, ramai yang ‘alim-alim’, semua sudah berani buat fatwa sendiri. Sudah berani kutuk ulama-ulama dahulu dan tanpa segan silu mengatakan hadis ini dhaif, hadis ini mauduk tanpa dia belajar apa itu ilmu hadis. Dia mungkin belajar dengan Ustaz Google atau Syeikh YouTube sahaja ataupun Kiyai Facebook. Lalu, dia berkata, “Aku sudah tahu semuanya. Ilmu aku sudah banyak. Aku sudah layak jadi mufti! Korang semua sesat!”
Pergh! Lu bikin gua panas, bro!
setuju!
hihihh
Kalau takde sifat rendah diri ni yang susah. Baru pandai sikit lepas beberapa kali usrah terus nak lawan orang-orang alim.
Ksjb recently posted…Grab di Hari Raya