Testimoni Budak U: Langkah Pertama



GB0163 : Budak U
Pengarang : Khairy Tajudin
Tebal : 216
ISBN : 978-983-097-357-9
Harga : W/M:RM13.00 E/M:RM15.00
Testimoni
1.      Novel Budak U amat baik buat pelajar-pelajar universiti, sekolah menengah dan mereka yang berjiwa muda. Ianya penuh motivasi dan juga teladan. Jalan ceritanya juga penuh dengan berbagai situasi yang membawa perasaan yang teruja kepada pembaca. Saya menantikan novel budak u yang seterusnya semoga Allah mudahkan urusan harian novelis Khairy Tajudin dalam penulisan yang seterusnya bagi novel Budak U dan juga selainya.(Usamah bin Mohd Ariff, 21 tahun, bujang, Bandar Tun Razak, Cheras, KL)
2.      Novel Budak U ceritanya sangat menarik dan dapat membuka pemikiran kepada remaja dan pelajar. Tajuk sesuai dengan minda dan pengajaran yang berguna untuk pembaca. (Jumardi Salim,21 tahun, Pelajar UMS, Bujang, Tawau, Sabah)
3.      Alhamdulillah sudah baca sikit tapi di blog tuan, paling suka sebab semuanya ada cerita tentang agama. Bagi saya ianya mengajar kita tentang erti sebuah kehidupan yang sebenar. (Rusli Aziz, 24, Bujang, Sulawesi Selatan, Indonesia)
4.      Syabas dan tahniah! Novel Budak U mempunyai kekuatan jalan cerita yg tersendiri.. Lawak yg bersahaja membuatkan pembaca tersenyum sendirian smsa membaca.. Penulis mampu membawa pembaca masuk ke dalam situasi penceritaan yang seakan-akan mempunyai pengalaman yang hampir sama.. Tambahan lagi dgn sentuhan ilustrasi yg menarik dan kreatif pada setiap akhir bab, pembaca dapat memahami plot penceritaan dgn lbh jelas.. Saya syorkan kpd golongan pelajar supaya membaca novel yg membuka minda dan mendidik jiwa ini, dan mengambil ibrah/pengajaran sbg kekuatan dlm menjalani khdpn sbg seorg pljr U.. Saya yakin dan optimis para pembaca novel Budak U, tidak sabar menanti sambungan novel ini. Semoga sentiasa diberikan kekuatan oleh-Nya utk meneruskan kesinambungan novel Budak U yang  seterusnya. (Ernisa Fadhilah Anorpaia, 21 thn, pelajar UMS, Bujang, Tawau)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge