Testimoni Budak Komik



GB0153 : Budak Komik
Pengarang : Khairy Tajudin
Tebal : 236
ISBN : 978-983-097-327-2
Harga : W/M:RM15.00 E/M:RM17.00
Saya mendapat idea untuk menulis cerita ini berdasarkan pengalaman saya ketika di sekolah menengah dahulu. Saya memang minat melukis ketika itu. Saya buat komik seratus peratus pakai tangan dan kemudian bagi kawan-kawan baca.

Akhirnya sampai kepada seorang cikgu. Dia membacanya lantas memberikan saya dua ringgit sambil berkata,”Hantar kartun kamu ke mana-mana majalah!”

Ketika itu, saya masih belasan tahun dan serba tidak tahu menggunakan teknologi canggih seperti sekarang. Saya menganggap lukisan saya tidak cantik dan tidak layak untuk berada dalam mana-mana majalah. Saya abaikan sahaja pesanan cikgu itu sekian lama. Saya tidak menghantar kartun saya ke mana-mana syarikat produksi. Alangkah ruginya saya. Jangan jadi seperti saya.

Ketika saya berada di tingkatan empat, seorang cikgu yang lain telah menyedari bakat saya itu. Saya telah ditawarkan menyertai pertandingan mencipta novel kreatif secara berkumpulan (4 orang). Rezeki Allah, kami mendapat johan peringkat negeri. Cover komik kami ketika itu dilukis oleh rakan sekelas saya, Faris Mohd Hazmin. Dia memang memiliki bakat tersebut sejak di bangku sekolah dan saya akui, lukisannya jauh lebih cantik daripada saya.

Kini, saya dan Faris bergabung lagi tetapi bukan untuk mencipta KOMIK tetapi menghasilkan NOVEL Saya buat cerita, Faris buat cover dan ilustrasi dalaman. Maka, lahirlah novel “Budak Komik”- sebuah novel bersulam ilustrasi (10 halaman) yang lain daripada yang lain. Jangan lupa dapatkannya di kedai buku terutamanya rangkaian Popular dan MPH. Boleh juga hubungi saya untuk mendapatkannya secara pos.

Sinopsis
Seorang pelajar tingkatan empat disebuah sekolah harian biasa, Khairul Anwar Iskandar atau nama glamornya Nuar, merupakan peminat komik tegar. Dia sanggup menghabiskan duit dan masanya untuk sentiasa berada didalam dunia komiknya. Ketegarannya itu menyebabkan dia kurang menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengundang kemarahan guru serta kedua-dua ibu bapanya. Pertemuan dengan Zack secara tidak sengaja disebuah masjid, telah membuka lembaran baharu dalam kehidupan Nuar. Daripada lukisan yang tiada nilai tarbiah, Nuar mengajak paradigma berdakwah melalui lukisannya. Berbekalkan keazaman yang baharu, Nuar mengorak langkah melalui jalan-jalan yang dibenarkan.
Testimoni
1.  Novel pertama saya baca adalah Budak Komik. Apa yang saya dapati adalah komik ini mempunyai unsur tarbiah yang mendidik jiwa yang jarang ada pada novel-novel lain. Selepas itu, saya membeli pula novel keluaran sebelum ini iaitu Tariq United dan yang terbaru Budak U!”(Wan Muhamad Taufik,19,bujang,Pasir Puteh Kelantan)
2.      Novel Budak Komik memberikan nasihat kepada remaja tentang kehidupan seharian. Di samping mengejar kejayaan di dunia, kita juga ditugaskan untuk berdakwah bagi membangkitkan nama Islam. (Maizatul Wahidah Ismail, 16 tahun, pelajar sekolah, Melaka)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge