Testimoni Tariq United


GB0140 : Tariq United

Pengarang : Khairy Tajudin
Tebal : 170
ISBN : 978-983-097-320-3
Harga : W/M:RM12.00 E/M:RM14.00

Sinopsis:
Novel ini mengisahkan perjuangan pasukan bola sepak Sekolah Agama Rakyat yang menghadapi pelbagai masalah dalam memburu kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah, Piala Menteri Besar.
Ustaz Syamil, seorang guru baru yang bertugas di sebuah sekolah agama rakyat telah diamanahkan untuk melatih satu pasukan bola sepak bagi mengharungi sebuah kejohanan peringkat negeri dalam masa sebulan. Terdapat pelbagai masalah yang timbul sepanjang persediaan tersebut seperti:
– keadaan kewangan sekolah yang terhad
– guru akademik yang tidak membantu, mementingkan akademik sahaja.
– ketiadaan padang, fasiliti dan peralatan yang sempurna.
– ketidakmampuan pemain membeli kasut bola.
– para pemain mendapat kritikan rakan-rakan sekelas.
Walaubagaimanapun, Ustaz Syamil melihat semua masalah tersebut sebagai cabaran yang harus ditangani untuk melahirkan bakal juara. Berbekalkan pengalaman dan buah fikiran yang kreatif, dia telah merencanakan pelbagai rancangan bagi membangunkan pasukan bola sepak sekolah itu.
Walaupun pada mulanya usaha tersebut dipandang sepi oleh sesetengah guru, lama-kelamaan pihak sekolah dan para ibu bapa mula memberikan sokongan. Didorong pula oleh semangat pemain yang tekun menjalani latihan. Disamping itu, kehadiran Ayu (kakak kepada salah seorang pemain) yang sering menyaksikan sesi latihan membuatkan Ustaz Syamil bertambah semangat. Dalam diam-diam dia menyimpan perasaan tetapi sekadar dipendamkan kerana mentaati syariat.
Apakah kesudahannya yang berlaku kepada team Tariq United? Adakah mereka dapat menjuarai kejohanan tersebut?
1.      “Ibu saya tidak suka membaca cerita kanak-kanak tetapi dia suka membaca novel cikgu. Kawan-kawan tuisyen saya semua kata novel ini BEST! Cikgu tuisyen pun cakap begitu. Novel ini memberikan inspirasi kepada saya.” – Maryam Jamilah binti Sayuti, 12 Tahun, Pelajar Sekolah, Changlun, Kedah)
2.      “Tahniah! Novel ini lain daripada yang lain. Saya gelak terguling-guling ketika membacanya. Sangat kelakar!” – Mohd. Azlan bin Ismail, 26 tahun, editor, Shah Alam.  
3.      Karya sulung yang cantik, cerita mencuit hati.” – Hj. Zakaria Sungib, Editor Kanan GISB.
4.      “Novel Tariq United membawa saya menyelami suasana pembelajaran di sekolah agama rakyat. Setiap bab sarat dengan unsur tarbiah yang disampaikan dengan penceritaan yang santai. Lantas ianya menarik minat pembaca untuk terus membaca sehingga ke penamatnya.” (Iwan Ghazali, Novelis, Kajang)
5.      Novel Tariq United amat menarik penceritaannya. Melalui Tariq United penulis mengutarakan sebuah pemikiran iaitu bidang kokurikulum seperti sukan tidak sesekali menjejaskan pencapaian dalam bidang akademik. Sukan mengajarkan semangat juang, kerjasama dan sikap saling memerlukan di antara satu sama lain seterusnya melahirkan keperibadian yang kental dan bertoleransi. Penulis mengutarakan dalam apa jua aktiviti termasuk sukan haruslah menepati hukum-hukum yang telah dijelaskan oleh syarak. Tahniah kepada penulis. (Basri Ahmad, 31 tahun, bekerja sendiri, Felda Lubuk Merbau, Kedah)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge