Tariq United Masih Mendahului Liga
Dua hari lepas, saya dan seorang rakan, Faris yang merupakan seorang pereka grafik telah berkunjung ke HQ GISB. Tujuan kami ke sana ialah untuk membincangkan proposal mengenai Novel Berilustrasi yang bakal kami usahakan. Saya sebagai penulis dan Faris sebagai ilustrator.
Alhamdulillah, hasil perbincangan dengan beberapa orang penting dalam GISB, proposal tersebut diluluskan dan kami pun merancang gerak kerja mulai saat itu. Nantikan kemunculannya hujung tahun ini, insya-Allah!
Tuan editor, Amir sebelum itu menunjukkan kepada saya prestasi semasa penjualan novel-novel GISB. Teruja saya melihat novel saya yang sulung, “Tariq United” telah terjual hampir 600 unit (sejak dipasarkan pada awal Julai 2011) dan sedang mendahului novel-novel yang lain dalam kategori Novel Tarbiah Awal Remaja. Alhamdulillah!
Saya juga mendapat respon positif daripada Tuan Zakaria Sungib yang mengusulkan agar saya menyambung cerita Tariq United yang seterusnya. Perkara tersebut sedang dalam perancangan saya. Insya-Allah. Beliau dan beberapa orang lembaga pengarah juga memuji,”Novel ini bagus!” Beliau juga berpendapat bahawa novel tersebut sesuai dibuat DRAMA. Insya-Allah!
Setelah itu, saya dan Faris kemudiannya mengintai-intai beberapa kedai buku sekitar Kuala Lumpur. Saya lihat novel Tariq United berada di atas rak-rak buku untuk dijual. Masya-Allah!
Faris bertanya kepada saya,”Bagaimana, teruja tak?”
Mestilah! Buat kali pertama saya menjadi sasterawan muda.
Update…
Untuk jualan bulan Ogos, novel Tariq United masih mendahului liga iaitu jumlah keseluruhan jualan Julai-Ogos melebihi 1000 unit.
Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Galeri Ilmu yang telah berusaha memasarkan novel saya. Tidak lupa juga kepada semua pembaca yang membeli novel saya. Semoga kita semua beroleh manfaat.
Jika anda berminat untuk mendapatkannya, bolehlah dapatkannya dari kedai buku terutamanya di POPULAR, MPH atau belian secara online.

alhamdulillah.<br />syukur dan sabar mahu seiring.<br />insya-Allah … .