Mengapa Kita Bercinta Dengan Orang Yang Bukan Jodoh Kita?

Sesetengah orang mengeluh, merungut, kecewa, sedih dan sehingga ke tahap benci membenci apabila sudah putus di tengah jalan. Jika sebelum ini panggil ‘sayang’, sekarang sudah panggil ‘hang’.

Bercinta bertahun-tahun tapi akhirnya kahwin dengan orang lain. Hendak salahkan siapa? Jangan cepat melatah. Walaupun pada awalnya, saya pasti, sukar untuk anda redha tetapi lama-kelamaan, anda akan memahaki hakikat dan hikmahnya.

Dan, apabila anda sudah memahaminya, janganlah anda kembali kepada cinta yang palsu itu. Menujulah kepada cinta yang kekal abadi iaitu CINTA ALLAH.


Persoalannya, Mengapa Kita Bercinta Dengan Orang Yang Bukan Jodoh Kita?

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuan-NYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Ingatlah bahawa Allah bersifat dengan sifat ‘cemburu’, Dan, sifat ‘cemburu’ itu tidaklah sama dengan cemburunya kita. Allah itu ‘cemburu’ apabila ada hamba-Nya melakukan dosa dan apabila dalam hati hamba-Nya, ada cinta selain Dia.

Ingatlah bahawa menyimpan cinta selain Allah dalam hati ibarat membina rumah daripada sarang labah-labah. Rumah yang paling ‘koman spanar’ (istilah saya), lekeh dan akan musnah bila-bila masa walaupun sekadar dirempuh angin yang sepoi-sepoi bahasa.




Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Jangan biarlah hati anda digigit derita putus cinta. Bisanya akan membuatkan hati anda mati dan lupa dengan nikmat lain yang pernah Allah beri. Pesanan dari saya, jangan cuba bermain CINTA jika tidak mahu MENDERITA. Jika anda hendak BERCINTA juga, bercintalah selepas kahwin. Baru dapat pahala. Sekian.



If you love someone like a flower, the flower will dies in season …
If you love someone like a river, the river will flows forever (insya-Allah)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge