Mengapa Wanita Lebih Afdhol Solat Di Rumah dan Bukan di Masjid?
Pada zaman Nabi SAW, baginda izinkan orang perempuan solat di masjid dan baginda pun ada pesan, “Janganlah kamu larang wanita-wanita kamu ke masjid.” Pada zaman tu, tidak timbul masalah fitnah kerana Nabi SAW ada bersama-sama mereka.
Namun begitu, setelah Nabi SAW wafat, orang wanita yang datang ke masjid semakin ramai. Maka, timbullah fitnah disebabkan suara mereka, perhiasan yang mereka pakai dan seumpamanya.
Para Sahabat menyedari bahawa wanita-wanita mereka sudah menimbulkan fitnah tetapi mereka tidak berani melarang disebabkan adanya sabdaan Rasulullah SAW, “Janganlah kamu larang wanita-wanita kamu ke masjid.”
Isteri Sayidina Umar r.a. iaitu Atikah r.a. juga diberitahu bahawa Sayidina Umar tidak suka dia datang ke masjid kerana banyak fitnah yang berlaku. Tapi, Atikah r.a. menjawab, “Jika dia tidak suka, hendaklah dia sendiri melarang aku.”
Kemudian, berlalulah suatu masa, Atikah r.a. berpisah dengan suaminya (mungkin cerai mati atau cerai hidup) dan beliau berkahwin pula dengan Zubair al-Awwam r.a. Zubair r.a. juga berfikir untuk melarang isterinya pergi ke masjid tetapi beliau tidak berani melarang. Pada suatu malam, ketika Atikah r.a. dalam perjalanan ke masjid, beliau telah diusik oleh seseorang tanpa dia tahu siapakah orang itu. (Sebenarnya orang yang mengusik itu ialah suaminya sendiri)
Sesampainya di rumah, Atikah r.a. memberitahu suaminya, “Zaman telah berubah.” Maksudnya, zaman sekarang sudah tidak aman macam dulu. Lebih baik bagi wanita bersolat di rumah sahaja.
Sejak detik itu, isteri-isteri Sahabat tidak lagi bersolat di masjid dan mereka bersolat di rumah. Dalam sebuah riwayat, Sayidatina Aisyah berkata, “Seandainya Nabi SAW hidup di zaman kita, nescaya baginda akan melarang kita pergi ke masjid.”
Bayangkan, itu zaman Sahabat. Sudah ada fitnah. Adakah kita rasa zaman kita zaman yang selamat daripada FITNAH?
Para wanita jangan bimbang mengenai pahala solat berjemaah kerana ada ulama mengatakan bahawa,tempat yang paling afdol bagi wanita bersolat ialah dalam bilik tidurnya.
Jika dia menggalakkan suaminya pergi ke masjid, dia juga akan dapat pahala solat jemaah suaminya.
Jangan dok gedik minta suami jadi imam solat fardu di rumah. Suami solat jemaahnya di masjid.
assalam. saya nk tanya berkenaan wanita mndapat pahala suaminya juga kerana mgalak suami solat di masjid. itu ada kah pendapat ulama? atau ada hadis? pernah dgr x?
ada dalam hadis. Ulama menggunakan hadis utk mengeluarkan pendapat itu.
assalam. nk tanya psl wanita yg mgalakkan suaminye solat di masjid akan mdpt pahala suaminya juga. adakah ini pndapat ulamak. atau ada pernah dgr hadis x mngenai ini??
salam.. ada wanita yang suka solat di rumah hingga kan. apabila dia ada d luar..sbg contoh shopping complex yg ada surau bila masuk waktu solat, dia tl mahu solat di situ. dia lebih senang solat d rumah. bagaimana?
ikutlah… kalau masih sempat solat di rumah, tak jadi masalah. Asalkan solat.
Solat di surau, masjid, Shopping Complex pun boleh asalkan jaga aurat dan tak menimbulkan fitnah.