Apa Yang Kita Perlu Buat Untuk Mendapat Pemimpin Yang Adil?

Saya lebih suka menjadi orang tengah dalam politik. Tidak memihak kepada mana-mana pihak secara membuta tuli bahkan sedia menjadi tali penyatu hati-hati mereka yang bersengketa. Antara kerajaan atau pembangkang, kedua-duanya ada kebaikan yang telah mereka curahkan kepada negara. Meskipun begitu, saya berhak untuk menjadi pengkritik kepada mana-mana pihak yang saya rasakan perlu untuk ditegur jika mereka melakukan kesilapan. Pada masa yang sama, saya mempunyai ideologi saya sendiri mengenai bagaimana membawa sesebuah negara itu ke arah yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul.
Apakah ideologi itu?
Ramai orang berpendapat, jika sesebuah negara itu mempunyai pemimpin yang adil, mengamalkan Islam dalam pemerintahan, maka secara automatik, rakyatnya akan menjadi baik dan mengamalkan Islam. Pendapat saya pula, jika sesebuah negara itu mempunyai rakyat yang baik dan mengamalkan perintah Allah, maka pasti Allah akan datangkan kepada mereka seorang pemimpin yang adil atau menjadikan mereka penguasa di bumi.
Apakah hujah saya untuk mendokong ideologi itu?
Pertama, berdasarkan kepada ayat al-Quran, “Dan Allah telah berjanji kepada orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan Barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik. Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat”. (QS An-Nur : 55-56)
Saya tidak layak untuk mentafsir ayat al-Quran. Anda bukalah sendiri tafsir dan bertanyalah kepada para ulama mengenai perbahasannya.
Cuma apa yang dapat saya katakan, Allah belum hantar kepada kita pemimpin yang adil atau memilih daripada kalangan kita penguasa yang dapat menguasai bumi kerana kurangnya amal soleh di kalangan kita. Lihatlah di masjid-masjid, berapa kerat yang datang solat berjemaah? Lihatlah di sekeliling kita, berapa ramai yang tidak menutup aurat. Ada banyak lagi penyakit-penyakit umat yang semuanya berpunca daripada iman yang sakit.
Kedua, berdasarkan kepada sunnah Rasulullah SAW. Jika kita lihat pada fasa pertama dakwah Islam, Rasulullah SAW pernah ditawarkan dengan harta (ekonomi), takhta (politik) dan wanita (sosial). Ramai orang berpendapat, sekiranya orang Islam dapat menguasai ketiga-tiga ‘ta’ itu, pasti orang Islam akan dapat menguasai dunia ini. Namun begitu, cuba kita fikirkan, mengapakah Nabi SAW menolak ketiga-tiga tawaran itu?
Jika diikutkan akal, apa salahnya kalau terima saja jawatan tertinggi di Mekah itu? Apabila sudah ada kuasa, maka senanglah hendak buat dakwah. Tambah-tambah pula sudah ada kekuatan ekonomi dan sosial. Jadi, apa salahnya?
Perintah Allah sama sekali tidak boleh ditafsirkan dengan akal! Allah tidak mengkehendaki Islam itu dianuti secara paksaan. Islam juga tidak berdiri dengan kekuatan ekonomi dan sosial. Akan tetapi, Islam itu masuk ke dalam hati Para Sahabat setelah berlakunya pengorbanan. Allah mahu semua umat Islam yakin bahawa kekuasaan mutlak hanya milik Allah. Allah tidak sedikit pun bergantung kepada mana-mana kuasa lain. Sesiapa yang yakin dengan kuasa, politik, sosial atau sebagainya, dia telah melakukan syirik kepada Allah.
Ketiga, asbab keimanan dan penerimaan Islam oleh penduduk Madinah, maka Allah telah hantar Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin mereka. Maka, benarlah janji Allah, “Dan Allah telah berjanji kepada orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan Barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik. Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat”. (QS An-Nur : 55-56)
Tapi, itu zaman Nabi … sekarang zaman moden. Zaman demokrasi, dunia tanpa sempadan. Mustahillah hendak dapat pemimpin yang adil pada masa sekarang.
Allah ialah Tuhan yang sama semenjak zaman Nabi Adam sampai hari kiamat. Sunnah Allah tidak berubah. Hanya kita yang mencari alasan. Bahkan tidak ada usaha ke arah itu kecuali segelintir mereka yang mengusahakannya. Jika kita sebagai rakyat memperbaiki amal soleh kita, beriman dengan sebenar-benar iman, memuliakan saudara seagama dan tidak caci-mencaci, Allah pasti akan pilih seorang pemimpin yang adil di kalangan kita atau sesiapa sahaja yang mahu hantar ke negara kita.
Benar kata orang bijak pandai, “Jika hendak mengubah dunia, ubahlah diri sendiri dahulu.” Pemimpin yang zalim ialah natijah daripada perlakuan buruk kita sendiri. Sekumpulan perompak akan memilih perompak juga sebagai ketua mereka. Mustahil mereka melantik polis sebagai ketua kecuali polis itu seorang perompak seperti mereka juga.
Sunnah Nabi sesuai diamalkan bila-bila masa sampai kiamat, tanpa ada had. Hanya orang yang jahil dan tiada fikir agama sahaja yang kata sunnah Nabi hanya sesuai pada zaman unta. Berhati-hati jika pemikiran ini ada dalam kepala otak anda. Takut-takut otak anda menggelegak dibakar api neraka.
“Apabila umatku berbangga-bangga dengan dunia, diangkat kehebatan Islam daripada mereka. Apabila umat aku meninggalkan amar makruf nahi mungkar, diangkat daripada mereka keberkatan wahyu. Apabila umat aku caci-mencaci sesama mereka, maka akan terhindarlah mereka daripada rahmat Allah.” (mafhum hadis)
Ketiga-tiga larangan di atas telah dilanggar!
1.      Hari ini, ramai yang yakin dengan kuasa, ekonomi dan sosial. Kononnya, dengan menguasai politik dan ekonomi, umat Islam akan maju. Namun sebaliknya yang berlaku. Sibuk kejar duit, akhirnya jadi hamba duit. Orang kafir kejar dunia, kita pun sama-sama kejar mengejar sampai lupa tujuan sebenar.
2.      Orang yang tidak buat dakwah atau mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, dia tidak akan faham isi al-Quran. Apa yang dia tahu, menggunakan al-Quran untuk tujuan dunianya sahaja. Apabila hendak lariskan barang, guna ayat Quran. Hendak tarik orang sokong dia, guna ayat Quran. Tapi, isi al-Quran tidak diamalkan. Istighfar.
3.      Dalam politik caci-mencaci sudah menjadi perkara biasa. Hendak dikatakan apa lagi? Semua rasa di pihak yang betul. Sanggup mengumpat (makan daging) saudara sendiri. Sanggup melemparkan fitnah. Macam mana kita hendak mengharapkan rahmat Allah???
Ingatlah!
Islam ini terdiri daripada perkara pokok yang berteraskan IMANIAT, IBADAT, MUAMALAT, MUASYARAT dan AKHLAK. Siasah, jinayat, munakahat pula hanyalah satu ranting daripada cabang MUASYARAT (Kemasyarakatan). Janganlah kita hanya berusaha mencantikkan ranting itu dengan mencantas-cantasnya sahaja tanpa kita sedar, akar pokok kita sudah lama tidak disirami baja dan air. Entah-entah, akarnya sudah reput dimakan anai-anai (syaitan, nafsu, musuh).
Jangan pula kita cuma tahu ‘membonzaikan’ satu ranting sahaja sehingga kita terlupa kepada akhlak kita yang semakin buruk kerana sudah banyak mencaci atau memandang buruk kepada orang lain yang tidak sehaluan dengan kita. Bahkan, kita sanggup ‘memuliakan’ orang kafir dan ‘melaknat’ orang yang seagama, hanya kerana orang kafir itu sokong kita dan orang seagama itu berada di pihak lawan. Semakin jelas, inilah perangkap DEMOKRASI yang manusia agung-agungkan. Konon-kononnya, inilah jalan terbaik hendak menegakkan Islam. Mana mungkin Islam tertegak dengan cara yang kotor dan menjijikkan. Lainlah kalau ada pihak yang kata, Imam Mahdi akan lahir daripada kalangan ahli politik dan main politik. No comment!
Kesimpulan
1. Hendak main politik boleh, tapi kena jaga iman. Jangan yakin dengan kuasa sebab kuasa tiada apa-apa. Ada kuasa pun belum tentu boleh buat apa-apa jika usaha untuk mengislahkan diri sendiri dan masyarakat tidak dijalankan.
2. Hendak main politik boleh, tapi sila penuhkan masjid dengan solat berjemaah. Bangun malam solat tahajud minta doa pada Allah. Bukan sekadar tahu berjaga malam untuk gantung banner atau pacak bendera.
3. Hendak main politik boleh, tapi kena jaga hubungan kemasyarakatan. Jangan terbawa-bawa ideologi politik sampai tidak bertegur sapa. Sehinggakan anak hendak kahwin pun dilarang sebab mentua parti lain.
4. Hendak main politik boleh, tapi kena jaga akhlak. Caci mencaci, fitnah memfitnah, umpat mengumpat bukan akhlak orang Islam. Orang bukan Islam tengok, mereka akan kata, “Inikah Islam?” Jawablah sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

3 Responses

1. Abu Nafis says:

Sabda Nabi SAW :

ةنجلا ةحئار دجي مل الإ ةحيصنب اهطحي ملف ةيعر هللا هاعرتسا دبع نم ام :لوقي )ص(يبنلا تعمس :لاق راسي نب لقعم نع

Mafhum : “Tiada seorang manusia pun yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat Islam (kepada rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendapat cium bauan syurga” ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) [8]

Sebuah hadith

2. Allah berfirman,

“Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan.”

[Surah al An`am: 129]

Tafsiran ayat ini adalah,

Apabila rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka maka mereka (rakyat) sendiri hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang

3. Anonymous says:

Terbaik….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge