KISAH RAJA INDIA YANG MEMELUK ISLAM DI HADAPAN RASULULLAH SAW DAN SIAPAKAH MALIK BIN DINAR YANG MAKAMNYA BERADA DI INDIA?

masjid cheraman

 

Mula-mula saya pun keliru, setahu saya Malik bin Dinar adalah seorang Tabiin dan makamnya bukan berada di India. Tapi, ada rakan saya beritahu, dia pernah melawat Masjid Cheraman yang merupakan masjid pertama di India, dipercayai dibina pada tahun 629 M (Tahun ke-8 Hijrah).

Ada juga sumber mengatakan Malik bin Dinar lah orang yang membina masjid ini. Lagilah saya keliru. Bagaimana orang boleh bina masjid yang didirikan sebelum dia lahir?

 

MAKAM MALIK DINAR

Akhirnya, saya menemui jawapan tersebut melalui sebuah manuskrip berjudul “Origin of Islam in India” yang dihasilkan oleh Ir. Shoaib Mohamed, seorang pengkaji Sejarah India. Antara kitab yang boleh dirujuk ialah Kitab Rihlat al Muluk, Umar bin Suhrawardi dan Kitab Tarikh Zuhur al Islam fil Malibar, Muhammad bin Malik

Rupa-rupanya, terdapat seorang sahabat Nabi yang bernama Malik bin Dinar. Beliau bersama-sama 12 orang sahabat yang lain telah datang ke India pada tahun 617 Masihi (tahun yang sama berlakunya peristiwa bulan terbelah dua). Mereka datang atas “tiket” pedagang.

Di sini, Malik bin Dinar telah berdakwah kepada orang India dan mengajak mereka memeluk Islam. Dakwah ini disambut dengan mudah oleh bangsa Arab yang terlebih dahulu datang ke India, namun orang tempatan India belum terbuka untuk menerimanya. Namun, raja Malabar dari Dinasti Chera telah menjemput mereka ke istana. Di situlah Malik bin Dinar telah menerangkan kepada raja tersebut mengenai Islam.

Antara soalan yang ditanyakan kepada jemaah dakwah itu ialah, “Bagaimana Islam boleh mengubah bangsa Arab yang kasar menjadi lemah lembut?”

Ini kerana, sebelum Islam datang, para pedagang Arab telah menunjukkan sikap yang buruk apabila mereka sampai di pelabuhan Kerala, India. Jemaah itu pun menceritakan mengenai kebaikan agama Islam dan perihal Nabi Muhammad SAW.

Raja itu kemudian bertanya, adakah terdapat bukti atau mukjizat yang menunjukkan bahawa Baginda seorang Nabi. Jemaah itu pun menceritakan, antara mukjizat Nabi ialah peristiwa bulan terbelah dua. Diditakdirkan, raja tersebut juga telah melihat sendiri peristiwa bulan terbelah! Ini menambahkan lagi minatnya untuk mencari agama yang benar.
[Dalam ajaran Hindu dan Buddha, para astrologis mereka berpendapat bahawa antara tanda-tanda seseorang itu menjadi nabi akhir zaman adalah dia dapat membelah bulan menjadi dua]

 

Dialog ini tercatat dalam kitab Rihlat al Muluk oleh Umar bin Suhrawardi.

 

MASJID LAMA CHERUMAN

 

Raja Cheraman Perumal atau nama sebenarnya Chakrawati Parmas dan Perdana Menterinya, Krishna Munjad telah mendengar penerangan daripada Malik bin Dinar. Lalu, mereka tertarik untuk ke Makkah bagi berjumpa dengan Rasulullah SAW. Bersama mereka juga terdapat Raja Maldives yang juga telah mendengar penerangan daripada Malik bin Dinar.

Sebelum berangkat, Raja Cheraman telah membahagikan kerajaannya kepada 34 bahagian dan melantik anak-anak dan saudaranya sebagai raja bagi setiap bahagian. Kemudian, beliau bersama-sama beberapa orang kerabat diraja serta rakyat jelatanya bertolak ke Makkah dengan dipandu oleh Malik bin Dinar. Mereka tiba pada tahun yang sama, iaitu 617 Masihi.

Sebuah manuskrip telah ditulis oleh Habib bin Dinar mengenai kedatangan Raja Cheraman ke Makkah dan manuskrip itu dijumpai di Masjid Cheraman. Habib bin Dinar adalah antara ahli jemaah Malik bin Dinar ketika tiba di India.

Kisah ini juga diriwayatkan dalam Mustadrak al-Hakim melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al Khudri:

“A king from India presented the Messenger of God with a bottle of pickle that had ginger in it. The Holy Prophet distributed it among his companions. I also received a piece to eat.”

[Hadith, Kitab al Mustadrak Saheehain by Al Imam Al Hafiz Abi Abdillah Al Hakim, Volume-4, Chapter-33, Kitabul Ath’ama, Page-241]

 

Boleh dapatkan buku-buku ini untuk membaca lebih banyak mengenai Islam di India.

Whatsapp 019-4702839

dua2

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge