Trilogi “Budak U”


Hakimi, seorang remaja desa buat kali  pertama telah menjejakkan kaki ke menara gading untuk mengikuti kursus Kejuruteraan Mekanikal. Di kampus, dia bergiat aktif dalam Skuad Kadet Bomba dan telah dilantik menjadi ketua skuad. Daya kepimpinan dan sifatnya yang mesra telah mengundang ramai kenalan baharu. Sejak detik itu, dia dihujani panggilan misteri daripada orang yang tidak dikenali. Di situ juga, dia telah berkenalan dengan Citra, seorang pelajar jurusan Perakaunan. Dalam diam-diam, Hakimi menyimpan suatu perasaan terhadapnya tetapi dia malu untuk mendedahkannya kerana dia menyangka bahawa Citra sudah dimiliki oleh orang lain.

Ketika sedang asyik bergembira dalam riang-ria panorama kampus, muncul noda hitam dalam diari hidupnya. Pada suatu malam, Hakimi telah dipukul oleh beberapa orang samseng yang tidak dikenali. Dia tidak tahu apakah sebabnya dia dipukul dan siapa punya angkara. Mungkinkah itu angkara orang ketiga atau pihak lain yang mengundang sengketa.
Di dalam novel ini, banyak lagi ranjau yang dilalui oleh Hakimi sehinggalah dia menamatkan pengajiannya di universiti. Antara isu menarik yang dimuatkan dalam trilogi ini ialah berkenaan peristiwa kehilangan  motosikal, kerja sambil belajar, cinta tiga segi dan gunting dalam lipatan. Segala kisah yang dimuatkan dalam novel ini diadaptasikan daripada pengalaman penulis dan rakan-rakan sewaktu belajar di universiti. Ia sangat sesuai dibaca oleh para pelajar sekolah, pelajar universiti dan lepasan universiti atau sesiapa sahaja yang mencintai alam kampus.
Testimoni
“Salam bang. Iwan baru je habiskan novel Budak U. Tahniah. Saya suka jalan ceritanya. Penceritaan yang santai atau sempoi. Selain tu, iwan suka dengan katekter watak utama yang tak perfect. Baru la realistik. Ada sesetengah novel tu, niat nak berdakwah, yes i understand, but bila dia buat watak utama tu alim warak macam malaikat, pembaca jadi bosan. Tapi watak hakimi ni, baik-baik dia pun, dia kadangkala terbuat silap. Macam kita semua juga la kan.” (Iwan Ghazali)
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

3 Responses

  1. BA138A048 says:

    Alhamdulillah….saya sudahpun menghabiskan novel Budak U dan sequelnya Back To Campus…novel ni sangat menarik dan banyak iktibar yang kita boleh dapat….ada dorongan motivasi diselitkan juga dalam novel ini…jalan ceritanya sungguh menarik…memang sesuai dibaca oleh pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah… 🙂

  2. BA138A048 says:

    Assalamualaikum…Alhamdulillah saya sudahpun habis membaca novel Budak U dan sequelnya Back To Campus…novel ini memang menarik dan banyak iktibar serta dorongan boleh diperoleh dari novel ini….terdapat banyak tips yang boleh digunakan melalui novel ini…sebagai contoh tips mahu mencari motosikal yang berguna…akhir sekali…novel ini menunjukkan jalan ceritanya yang menarik dan sesuai

  3. BA138A048 says:

    Assalamualaikum…Alhamdulillah saya sudahpun habis membaca novel Budak U dan sequelnya Back To Campus…novel ini memang menarik dan banyak iktibar serta dorongan boleh diperoleh dari novel ini….terdapat banyak tips yang boleh digunakan melalui novel ini…sebagai contoh tips mahu mencari motosikal yang berguna…akhir sekali…novel ini menunjukkan jalan ceritanya yang menarik dan sesuai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge