Empayar Mughal: Suatu Pengenalan
– 1526–1530 Babur
– 1530–1539, Humayun
– 1555–1556 Humayun
– 1556–1605 Akbar Khan
– 1605–1627 Jahangir
– 1628–1658 Shah Jahan
– 1658–1707 Aurangzeb
Ia adalah sebuah kerajaan yang pada masa kemuncaknya memerintah Afghanistan, Balochistan, dan kebanyakan anak benua India antara 1526 dan 1857.
Kerajaan ini didirikan oleh pemimpin Mongol iaitu Babur pada tahun 1526, ketika dia mengalahkan Ibrahim Lodi, Sultan Delhi terakhir pada Pertempuran Pertama Panipat.
Perkataan “Mughal” adalah versi Indo-Aryan dari Mongol. Agama rakyat Mughal adalah Islam. Kerajaan ini sebahagian besar ditakluk oleh Sher Shah ketika zaman Humayun, namun di bawah pemerintahan Akbar, kerajaan ini berkembang pesat, dan terus berkembang sampai akhir pemerintahan Aurangzeb.
Jahangir, anak Akbar, memerintah kerajaan ini antara 1605-1627.
Pada Oktober 1627, Shah Jahan, anak dari Jahangir mewarisi takhta dan kerajaan yang luas dan kaya di India. Pada abad tersebut, empayar ini mungkin merupakan kerajaan terbesar di dunia. Maharaja Mughal Shah Jahan, memerintahkan pembinaan Taj Mahal antara 1630-1653 di Agra, India.
Shah Jahan kemudian digantikan oleh anaknya, Aurangzeb. Setelah kematian Aurangzeb pada tahun 1707, kerajaan Mughal mulai mengalami kemunduran walaupun masih berkuasa selama 150 tahun berikutnya.
Pada tahun 1739, empayar ini dikalahkan oleh pasukan dari Parsi yang dipimpin oleh Nadir Shah. Pada tahun 1756, pasukan Ahmad Shah menceroboh Delhi sekali lagi. Empayar British akhirnya membubarkan empayar ini pada 1857.
KT: Saya dalam usaha menulis kisah Kerajaan Mughal ini dengan menjadikan Aurangzeb sebagai watak utama. Nantikan.