Apakah Yang Paling Kuat Dalam Dunia Ini?
![]() |
lukisan tangan Khairy Tajudin |
Wah,pistol itu amat berkuasa dari batu rupanya.Hebat…hebat.
Namun sebenarnya ada lagi benda yang lebih hebat dari pistol.Aik…apa dia?Machine gun.Machine gun ini boleh melepaskan beratus-ratus peluru lebih banyak dan pantas dari sepucuk pistol.Pejuang Hamas yang menggunakan Machine gun ini boleh menumbangkan berpuluh-puluh askar Israel dalam masa tidak sampai setengah jam.Masya Allah…hebatnya Machine gun…benda ini lebih berkuasa dari pistol itu.Aku taknaklah pestol-pestolan ini.Aku nak dapatkan Machine gun.Berkuasa.Pantas.Bijak.
Tetapi tuan…tuan.Ada lagi benda di dunia fana ini lebih hebat dari Machine gun ini.Oitt…ada lagi yang hebat??Apa dia?
Bazooka.
Bazooka ini lebih handal serangannya dari Machine gun ini tuan…tuan.Askar Israel yang melancarkan Bazooka ini boleh meranapkan sebuah rumah dan merosakkan struktur bangunan.Apalagi jika ia dihalakan kepada sekumpulan kanak-kanak Palestin yang sedang mengutip batu-batu dijalan.Sekali peluru Bazooka jatuh pada mereka,semua sekali akan selamat menjadi arwah dalam masa tidak sampai 2 minit.Ya…begitu cepat seperti tuan-tuan memasak mee maggi.
Masya Allah…begitu dasyatnya benda bernama Bazooka ini!!Nampaknya Machine gun tidak berkuasa langsung berbanding Bazooka.Dan aku yakin seadanya bahawa Bazooka inilah yang paling hebat mengatasi semua senjata-senjata itu.Biarlah aku jual saja AK-47 dan Machine gun jenama Browning ini kepada macha besi buruk.Aku insaf sekarang.
Nanti dulu tuan-tuan…kerana ana ingin beritahu satu senjata yang teramat hebat.Lagi hebat dari Bazooka.Malah beratus kali ganda hebat dan dasyat dari Bazooka.Seorang kanak-kanak Palestin kalau menjatuhkan benda ini ke atas bandar Tel Aviv…masya Allah….dapat menghapuskan bukan saja Tel Aviv…malah seluruh Israel dari peta dunia.
Ya Allah!!! Apa bendanya itu yang amat hebat melebihi Bazooka!!!
Benda ini namanya BOM ATOM.
Bom atom ini amat dasyat ya maulana semua.Satu bom atom ini jika dilepaskan ke atas Pulau Singapura mampu menukarkan profesion rakyat Singapura kepada perenang Selat Tebrau.Bom atom ini kalau dijatuhkan ke atas Menara Eiffel,ia bukan sahaja mampu menghilangkan menara itu malah menghaibkan Paris dari geografi Perancis.Malah anak-anak cucu 7 keturunan warga Paris akan menderita kesan radioaktif dan mati perlahan-lahan.Bom atom ini jika diletupkan di bawah Laut China Selatan,mampu menimbulkan daya Tsunami selaju beribu-ribu knot,sehingga mampu menenggelamkan sebahagian Borneo dan Pantai Timur Malaysia.Rakyat Kelantan dan Terengganu tiada lagi masalah banjir.Memang selesai masalah mereka.
Wow!Hebatnya BOM ATOM!!Saksikanlah bahawa aku mengaku Bom atom ini lebih berkuasa dari Bazooka.Bom atom lebih hebat dari Bazooka.Bom atom lebih handal dari Bazooka.Bom atom lebih layak dipercayai dari Bazooka.Kekuasaan Bazooka tidak mampu mengatasi kekuasaan Bom atom.Aku benar-benar menyedari hakikat ini.Aku insaf..ya benar-benar insaf.
Baguslah kalau maulana menyedari bahawa Bom Atom lebih berkuasa dari Bazooka.Tetapi ada masalah sedikit ya maulana.
Apa dia???
SEBENARNYA ADA LAGI YANG LEBIH HEBAT,LEBIH DASYAT KEKUASAANNYA BERBANDING BOM ATOM!!!!!!
Ya Rabbi!!!…APA DIA LAGI???
Ada lagi yang berkuasa dari Bom atom,dari Bazooka,dari Machine gun dari pistol dari batu dari air…ya tuan-tuan ya maulana…
Malah pencipta Bom atom itu sendiri diciptakan olehnya.
Siapa???Cakap!!Siapa???
Iaitu…
ALLAH….
Ya Allah…Engkau Maha Kuasa ya Allah…Makhluk tiada kuasa…..
