Siapa Berani Kata Sambut Maulid Nabi Sebagai Bidaah?

Sahabat saya sempat menyalin beberapa teks daripada ceramah maulid daripada ustaz kami, Tuan Guru Khairul Anwar as-Syafie, Mudir Pondok Gajah Tiryaq, Kedah seperti berikut:

“Tiada dapat mengenal orang yang berkelebihan melainkan orang yang ada kelebihan.”

Jika kita tidak punya ilmu maka tidak akan dapat kita mengenal kelebihan yang ada pada Rasulullah, maka belajarlah, menuntut ilmu akan dapat kita mengenal hakikat Nabi Muhammad SAWakan tetapi yang menegtahui sebenar-benar hakikat Rasulullah, hanyalah ALLAH.

Sesiapa yang membesarkan maulidku, maka aku akan berikan syafa’at  pada hari akhirat.” (hadis)

Antara sebab Rasulullah memberi syafa’at kepada kita ialah kita mentaa’zimkan (membesarkan) kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW maka adakanlah tazkirah-tazkirah, ceramah, dan seumpamanya yang menunjukkan kita membesarkan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Sesiapa yang membelanjakan SATU DIRHAM untuk menyambut mauludku, maka seolah-olah dia telah belanja satu BUKIT EMAS di jalan ALLAH.” (hadis)

Itu baru satu dirham, kalau la kita sedekahkan lebih daripada itu, SUBHANNALLAH, maka tidak terhingga ganjaran yang kita akan dapat LILLAHI TA’ALA

Saidina Abu Bakar as-Siddiq berkata, “Sesiapa yang membesarkan maulud nabi, dia akan menjadi SAHABAT Rasulullah di dalam syurga.”

Saidina Umar al-Khattab berkata, “Sesiapa yang membesarkan maulud nabi, SESUNGGUHNYA dia telah menghidupkan ISLAM

Berkata Saidina Uthman bin ‘Affan, “Sesiapa yang membesarkan maulud nabi, maka dia telah hadir pada peperangan BADAR.”

Berkata Saidina ‘Ali Karamullahu Wajhah, “Sesiapa yang adakan maulid nabi, dia tidak akan mati MELAINKAN dia mati dalam iman.”

Maka, untuk ke syurga tidak dapat tidak, mesti mati dalam keadaan beriman kepada Allah maka salah satunya untuk mendapatkan mati dalam keadaan iman, ialah menyambut maulid Nabi Muhammad SAW.

Imam Syafie berkata, “Sesiapa yang himpunkan orang ramai untuk maulid nabi,  bahkan siap sedia makanan untuk makan dan amal yang baik (burdah, ceramah dan seumpamanya)maka Allah berikan taman syurga dan dia akan bersama orang yang soleh dan mati syahid di syurga na’im.”

Banyak faedah yang kita dapat apabila menyambut maulidur Rasul, maka sambutlah MAULIDUR RASUL

Kata Tuan Guru Khairul Anwar: “Jangan peduli apa yang orang katakan pada Maulidur Rasullah SAW, kerana mereka sebenarnya tidak mengetahui hakikat Nabi Muhammad SAW”صلى الله عايه و سلم

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge