Sale!

BAYANG – Antologi Seram, Misteri dan Psiko

RM17.00

Menampilkan 22 buah cerpen bertemakan seram, misteri dan psiko

Category: Tags: , ,

Description

BAYANG

Komentar oleh: Ogy Yusof
DISUSUN OLEH : KHAIRY TAJUDIN
KTR / 256 ms

cerpen 1
CANTIK
Izzat Haikal

eerrkkk… walaupun banyak part tak logik, contoh macam boleh bangun elok sihat lepas pembedahan tapi fokusnya pada betapa psikonya yang kena bedah tu.. syafiqa yang diculik oleh sam dan rafi demi melunaskan impian puannya yang mahu cantik… permulaan, pertengahan kisah ok lagi, masuk part hujung.. errr…. tak dapat nak bayangkan keadaan puan tu dengan errr….. ngeri pulak!..

cerpen 2
KHIANAT
AMIRUL AMSYAR

perjalanan kisah di selitkan dengan lagu (lagu, ya kot?) yang amat sesuai sangat-sangat.. apasal la korang buat akak nak baca jugak nih walaupun ngilu rasa kena tendang, kena… eh.. bukan akak kena tendang, si maria ni yang kena tendang, kena sepak, kena err… ehh.. siapa kat dinding tu?.. pasangan curang dia?.. serius, tutup mulut bila tau siapa yang kat dinding tu… ringkas, simple, takperlu dialog berjela tapi sememangnya terasa ngeri sama!..

cerpen 3
SESAL
Sharina Elisa

cuba korang bayangkan, tinggal serumah dengan teman serumah yang rupa-rupanya bukan manusia? dah berapa bulan duduk sama baru tau. nak duduk lagi ke kat rumah tu?.. hehe.. tu sebabnya sebelum masuk rumah tu bagi salam, jangan main terjah. mengaji, takpun biar ada bunyi ayat-ayat quran nih. takla jadi macam farida nih, dah kemudian baru tau najwa err…. eh?.. jiran dia tu kenapa?…

cerpen 4
GHAIB
PENATIMUR

hehe… yang ni memang best… misteri yang amat best bagi meredakan stress.. itulah, jangan sesekali buat tuduhan tanpa bukti kukuh. hamdi dan syamrin menuduh tanpa bukti kukuh kononnya kabel telefon di curi oleh penagih dadah.. bukan sekali, dah tiga kali dicuri.. tapi realitinya?.. hambik…. hehe… memang terbaiklah!

cerpen 5
MISTERI RUMAH LAMA
Ahmad Safarman

ikhwan kembali ke kampung. kisah rumah nak masuk ke kampungnya adalah tempat ‘benda’ lain tinggal. sejarahnya rumah itu diduduki oleh pakcik azrul bersama anaknya dalila dan menantu azizul. dalila meninggal bersama bayi yang dikandung selepas menghidap penyakit misteri. katanya dibuat orang yang berdendam. ikhwan ni pulak tak mudah percaya dengan perkara macam tu?.. amacam?. best kena kacau ikhwan?..

 

cerpen 6
PERJANJIAN
Farhanah Atiqah

kita manusia ada Allah untuk memohon segalanya. kalaupun dugaan yang diberi sebenarnya kita mampu menerima dengan syarat paling penting iman dan kekuatan hati. kala tak, jadi macam zachary ni lah. sanggup menerima bantuan yang dihulur oleh entah siapa untuk menyembuhkan penyakit jantung anaknya, anna.. akhirnya dia yang merana.. errr…. tapikan, tak suka betul lah dengan suasana bilik merah putih penuh patung tu. ngeri!!

cerpen 7
REALITI DALAM MIMPI
HELMI SYUKRY

terperangkap dalam mimpi boleh buat terasa trauma yang melampau agaknya kan?.. nak-nak berkali-kali tersedar di tempat yang sama.. sadis jer rasa.. ‘aku’ di dalam cerpen ini dihukum dalam mimpi.. berkali-kali tersedar terpaksa hadapi situasi ngeri bersama badut. badut gemuk yang sadis mahu mengapaknya.. whooaa.. encik penulis, anda berjaya menimbulkan rasa ngeri dalam hati tapi sayu bila sampai ke penghujungnya.. kasihan kucing itu.. apa perkaitannya?…

cerpen 8
SANA ADA POKOK
Engku Shariful Azni

aduhai…. sukanya cerpen nih… ringkas, padat, mampat. misterinya ditempa sama dengan rasa sayu. ryan, dituduh anak ahli sihir rajin membantu orang kampung. dia ingat pesan emaknya, biar hati senang melihat orang gembira bukan senang melihat orang sengsara.. pokok misteri, suka dengan pantun yang menggambarkan setiap situasi. bersahabat, orang kata baik berpada-pada dan jangan cepat terpedaya.. baik macam manapun ryan tapi bila ada yang busuk hati, dia jadi mangsa… kasihan, pokok?.. tempat dia mengadu?..

cerpen 9
PENUNGGU ASRAMA
Shahiran Ruslan

mencabar sungguh jadi warden asrama, kan? ustaz yang mula ditugaskan menjaga asrama menganggap peristiwa di ganggu itu lumrah.. tapi bila sekali terpaksa menghadap, hmm… terpaksa dia meminta bantuan dari haji halim, imam kampung berdekatan. tu sebabnya kita ni disaran menjaga kebersihan. ‘benda’ ni memanglah suka tempat kotor.. nampak tak pengajaran kat situ.. ustaz, siapa yang bercakap dengan anak ustaz tu ya??

cerpen 10
OBSESI
Diha ZamNoor

whoooaaaa!!! siapa sang algojo gila nih?.. ketakutan adalah kenikmatan?.. memang tidaklah. ni iblis laknat namanya.. kalau dah bersekongkol dengan iblis ni, memang parahlah.. insyirah, yang kau nak tau sangat walaupun tak percaya kenapa?.. boleh bayang tak jantung tengah berdetak diregut terus dikunyah bagaikan lazat tak terkata?…. iisskkk…. harraz, kenapa kau nak bercerita sangat pasal sang algojo tu?.. menarik.. menarik, walaupun akak menyampah sebab terbayang… errkkk…..

cerpen 11
JIWA MATI
Amir Roza

errrr… disebabkan cerpen ni terus telefon anak tanya buat apa. tengah main game ke, siap tanya game apa korang main… aduhai…sakit jiwa baca. bahayanya bila berhantu main game nih.. dok hadap sampai tak jadi benda lain. amira menghadap kegilaan suami dan anaknya dok ralit main game. tapi tanpa di sangka, kegilaan tu memang buat suaminya jadi gila!.. dan ada dalang gila disebalik semuanya.. haa!! korang khusyuk sangatla hadap game tu!

cerpen 12
KAPSUL GANTIAN
Nazrie Haslieanie

damian, banyak betul dugaan mendatang. kekasihnya aida mintak putus dengan alasan sibuk sangan dengan kerja. kena buang kerja sebab katanya tak efisyen. tiba-tiba dia di kunjungi lelaki dan memberinya kapsul gantian. dengan syarat guna ke arah kebaikan.. semua berubah… dia dihormati di tempat kerja. aida datang balik merayu mahu berkahwin dengannya, pinjamannya dalam perhatian kelulusan. tapi, malik yang buang dia kerja tamak bila dengar tentang kapsul sehingga sanggup nak bunuh damian sekeluarga… hukum alam… kadang-kadang apa yang kita rasa tidak adil, tapi itulah keadilan sebenarnya. bersyukur dengan apa yang diberi dan gunakan sebaiknya…

cerpen 13
KUCING ADIK
NURIMAS SN

adik yang sedih kittinya tak balik. puas ditunggu puas dipanggil.. kesedihan melampau bila kucingnya tak balik, hilang. puas dipujuk oleh emak dan ayah. tertidur dia dalam kesedihan.. tiba-tiba terjaga di tengah malam sebab dengar bunyi kucing. di amati, memang bunyi kitti… err.. itulah, dah kata kan sayang jangan melampau sangat. tak pasal-pasal jer… uiiittt… korang nak ke kena peluk dengan kucing besar manusia?….

cerpen 14
KUNCI TAUBAT
MOHD FATHI BIN ABU

kan dah kata, tak elok tidur lepas asar. apatah lagi kalau berkali-kali dibuat.. takpasal-pasal makhluk lain pun suka.. lagi satu, solat tiang agama.. marilah kita sama-sama menjaga supaya tiang tegak berdiri. jom sama-sama juga selagi boleh solat di awal waktu.. terima kasih untuk semua ingatan yang diserap dalam cerpen ini tuan penulis.. walaupun ringkas kisah basir yang ada makhluk lain diam dalam tubuhnya, tapi banyak ilmu yang terselit.. terutama sewaktu basir berubat dan keadaan basir ketika itu disamakan dengan apa yang dilalui dalam kubur… Allahuakhbar, tak terbendung sebak rasa….

cerpen 15
LOLIPOP
DEANA APRIL

zulaikha diganggu dengan kehadiran bungkusan yang berisi lolipop di hadapan rumahnya. pada mulanya dia hanya buang saja tapi bila banyak kali bungkusan itu ada, dia mula bertanyakan pada jiran-jiran jika ternampak siapa menghampiri kediamannya. kemudian dia sering nampak bayang budak perempuan… apa kaitan lolipop, budak perempuan itu dengan zulaikha?.. hati-hati ketika memandu, jangan sebab kecuaian kita, insan lain merana….

cerpen 16
MOTOBOT TERAKHIR
NIDRA

anak siapa sebenarnya yang dikandung tini?.. ku konfius jap. kan dia tak jadi kahwin dengan idlan. serius saya keliru tuan penyelenggara. bukan sebab kisah ni tak menarik, tapi semua jadi tanda tanya. adakah lan yang dimaksudkan itu idlan, atau lelaki misteri yang tergesa-gesa meninggalkannya itu?.. ahh….. pusing kepala….

cerpen 17
PEMBURU
ASYIQIN JAMALI

sanggup ke korang nak buat perkara yang jauh lari dari sifat sebenar semata-mata nak kan penghormatan?.. sanggup ke?.. firdaus sanggup. dia sanggup anggotai kumpulan the harsh yang terdiri dari adi, eric , nizal dan hans. dan asha mangsa yang boleh buktikan kepada mereka berempat yang dia mahukan penghormatan.. so, jangan jadi bendul sangat ikut jantan yang tak dikenali ya?.. dan buat yang sanggup nak buat perkara bukan-bukan tu, sila fikir banyak kali. sekejap jer penghormatan itu dapat, tapi jatuh sakitnya….. entahlah…

cerpen 18
RENG TUA MALEM
Qay Elfansuri

hantu dari madura rupanya.. ingatkan apalah reng tua malem tu.. zaman dan rohim yang gila sangat nak jadi kaya sanggup berjumpa dengan mbah rasti dan mereka di minta mengambil rokok dari makhluk hantu itu.. nasihat azlan dibuat tak endah.. Allah ada. kenapa nak mintak bantuan syaitan durjana? tak pasal-pasal dapat azab sengsara…ringkas, tapi sangat menarik penceritaan…

cerpen 19
SUATU MALAM
Zakuan Faizz

camna nak gtau ya?.. kabil balik overtime kerja malam. anak isterinya balik kampung. dia masuk rumah, masuk bilik, masuk bilik air terkunci. keluar nampak perempuan makan daging berdarah-darah. haji top datang menjenguk dia tapi kemudian bukan haji top… hmm… itu kisahnya. akak jugak nak kena fikir apa sebenarnya?.. errkkk…. syaitan ada di mana-mana dan sesuka mereka mainkan perasaan emosi manusia. jangan salah niat, masuk rumah bagi salam, jangan terlalu taksub dengan benda-benda ni…

cerpen 20
TERISTIMEWA
DIA FARHANA

erica punya teman yang bernama didi.. ke mana saja didi akan mengikutnya. tiada siapa yang boleh pisahkan didi darinya. bagi erica didi adalah teman terbaik dan tidak bermuka-muka. datang adriana, sepupunya yang selalu buat erica sakit hati kerana sering menghina didi. siapa sangka ketika erica kepenatan balik dari kuliah adriana bertujuan lain sebenarnya ketika datang berjumpa dengannya… kita ni, jangan terlalu sayang terlalu obses. tak elok… nak jadi macam erica ke?

cerpen 21
MAFIA
Saiful Ghazali

zarul join kumpulan mafia kotaraya sebab nak tuntut bela atas kematian abangnya, zul. peter banyak membantunya. dengan menggunakan identiti farouk, dia sekali lagi terperanjat bila melihat sahabat baik abangnya munir masih hidup. dia membuat andaian yang munir bersekongkol dengan datuk kamal atas kematian abangnya itu.. dahsyat…. bermacam jenis dadah dan kegunaan dijelaskan dalam cerpen ini. psiko betul!.. tapi betul lah, musuh dalam selimut, musuh terang-terang semua ada.. berhati-hatilah…

cerpen 22
DIA NENEK AKU
Rod Roman Riquelme

orang suka tuduh nenek rayyan sebagai pengait. pengait tu apa?.. hehe.. pi cari sendiri.. tapi, kejadian malam itu, bila rayyan nampak neneknya dok mencangkul dan cangkul ada darah.. kemudian dia dikejar dan dicangkul oleh neneknya sendiri tak makna betul orang lain kata neneknya pengait?… haaa…. sila baca sampai habis kalau nak tahu apa jadi dengan rayyan dan neneknya. tapikan, manusia memang cepat menuduh kan tanpa usul periksa. tak baik tau.. ada baiknya kita diam kalau tak tahu apa-apa…

secara keseluruhan, tahniah buat tuan Khairy Tajudin Novelis untuk antologi BAYANG ini.. seram, misteri dan psiko ada di adun cantik.. mungkin akak rasa kurang seram sebab dah selalu baca kisah seram tapi yang psiko tu memang ada yang psiko giler jiwa beb.. misteri pun ada yang buat fikiran dok terfikir-fikir jer … overall tahniah buat semua PENULIS yang terlibat. anda hebat!.. teruskan berkarya dan buat tuan penyelenggara sendiri teruskan terbit karya yang bermutu seperti dalam BAYANG ini ~> ringkas, santai tapi amat menarik!

bintang? ????

#146/2016
#koleksiantologicerpenbesttahunini
Khairy Tajudin Resources

ogy1

ogy2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “BAYANG – Antologi Seram, Misteri dan Psiko”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge