Description
KOMENTAR OLEH PUAN OGY YUSOF
Tak semua penulis yang mampu menyampaikan nasihat dalam bentuk santai bersahaja. buku anekdot sebegini pun agak kurang. tuan Khairy Tajudin menyampaikan nasihat dalam bentuk lawak jenaka dan adakala sengal dan amat sesuai dibaca oleh golongan remaja.. mak ayah tak usah risaulah bila anak-anak mintak beli buku SENGAL keluaran KTR Press nih sebab banyak unsur nasihat dan tauladan. tapi, kalau anak jadi sengal, redha jer la ya.. hehe… kita cari logik dalam setiap patah perkataan anak itu…
buku ini permulaannya backward, kisah daim waktu kanak-kanak, di alam persekolahan. seronok jer baca. patutlah daim sengal, mak ayah dia pun lebih kurang dia jer perangai.. hehe.. diperkenalkan juga watak lain, pardi kawan sekolahnya dan padin, budak nakal yang sering mengenakan daim.
suka dengan satu nasihat, di muka surat 103:-
“jika kita bersedekah, bermaksud kita ada duit. jika kita beri makanan kepada orang, bermaksud kita memiliki makanan. begitu jugalah, jika kita sering mengatakan yang buruk-buruk kepada orang lain, bermaksud keburukan itu ada di dalam diri kita sendiri. jika kita menuduh orang lain sebagai ‘syaitan atau iblis’, sebenarnya kitalah pemilik sifat syaitan dan iblis itu. kaedahnya, seseorang hanya dapat memberi apa yang dia miliki sahaja. jika di dalam hati kita memiliki kemuliaan, semestinya kita akan memandang bahawa orang lain adalah mulia”
see… dalam menyampaikan kisah secara jenaka dan lucu, contoh seperti cikgu tanya daim ayah bekerja sendiri atau makan gaji dan daim menjawab ayah kerja menoreh getah dan ayah makan nasi, tak terpukulkah kita sebagai pembaca dengan nasihat yang diselitkan itu?
daim punya impian, berkahwin dengan shasha antara yang utama tak gitu tuan KT?… tahniah untuk buku pink yang comel nih dan akak menunggu sambungan seterusnya.. moga tuan penulis akan terus diberi idea yang hebat dalam berkarya dan dalam masa yang sama berdakwah dan berkongsi ilmu dengan pembaca.. all the best!!
bintang? ????
#74/2017
#koleksibukusengalamatmenjaditahunini
sumber: sumber: https://www.goodreads.com/book/show/35107724-awak-memang-nakal
Reviews
There are no reviews yet.