Dialog Aku dan Wahabi

Pernah sekali aku bertemu dengan seorang lelaki berserban. Semasa dia  berwudhuk, dia tidak menyapu kepalanya dengan air, cuma sapu air atas serban saja. Maka, aku menegurnya, “Kena basuh kepala, tuan.”
Dia marah aku,”’Kau tu jahil, tak baca hadiskah? Dalam sahih Bukhari ada hadis Nabi yang Nabi sapu serban dengan air saja kalau berwudhuk dalam keadaan berserban.”

Maka aku bertanya,”Ada tak imam-imam daripada empat mazhab yang fatwakan hanya sapu air kat serban je?”

Dia jawab,”Mana aku tau. Aku tak ikut dia orang. Aku ikut Nabi dan sahabat je, ikut Quran hadis. Imam-imam tu semua bukan Nabi, bukan maksum. Jelas-jelas dalam hadis sebut camtu, ikut je la..nak ikut imam-imam tu kenapa?”

“Jadi imam-imam tu fatwakan hukum pakai buku Dragon Ball ke? Tak pakai Quran hadis? Imam-imam tu tak pernah jumpa hadis ni?? Tak sah kau punya wudhuk camtu. Kau kena basahkan jugak kepala walaupun sikit (3 helai rmbut) ikut mazhab Syafie.”

Dia jawab,”Bukankah Imam Syafie dah cakap kalau fatwa aku bercanggah dengan Quran hadis, tolak la fatwa aku dan ambillah hadis sahih. Sekarang ni hadis cakap Nabi sapu air kat serban je, jadi aku tolak la pendapat Pak Pie (wahabi2 bodoh suka hina imam2 kita dgn gelaran2 xsopan) tu.”

Aku jawab, “Innalillahiwainnailaihirojiun….awat hang bangang sangat? Hang check satu hadis ja terus keluar hukum???? Hang check tak sababul wurud dan tafsir hadis tu?”

Dia jawab,”Tak check pun. Mana nak smpat, aku kerja ofis hour,takda masa nak kaji benda-benda ni, balik malam dah penat.”

Aku jawab,”Sebab tu lah hang kena taqlid (ikut) fatwa-fatwa ulama muktabar yang bagi seluruh hidup dia orang untuk agama sebab dia orang dah check semua Quran hadis,qaul sahabat dan lain-lain.”

Kataku lagi, “Memang betul dalam kitab Bukhari ada tulis hadis Nabi sapu air kat serban masa wudhu, tp hadis tu ada kisah sebelumnya. Kalau hang check dalam kitab sahih Muslim, hadis yang sama, tapi panjang sikit. Dalam hadis tu cerita yang sebelum Nabi sapu air kat serban, Nabi sapu sikit kat kepala (tolak sikit serban ke atas) lepas tu baru Nabi sapu air kat serban. Sbb tu lah imamimam mazhab kata tak sah wudhu tu kalau air tak sampai kepala, dalam Quran pun sebut ‘sapulah sebahagian kepala kamu’.Awat hang bangang sangat pi tafsir hadis suka ati hang?”

Dia malu dan blah dari situ…hok aloh..bengong…. 

Jauhi fahaman wahabi, salafi,ghair muqallid dan yang sama waktu dengannya…

Ikut ulama ahli sunnah wal jamaah sahaja daripada kalangan 4 imam mazhab kita iaitu hanafi,maliki,syafie,hanbali..semoga Allah merahmati mereka dan terangi kubur mereka..

Smoga Allah selamatkan kita dan anak cucu kita darpadai fitnah wahabi dan yang sefahaman dengannya….

Disunting daripada pengalaman Ustaz Zakwan (Ibnu Batoota)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

2 Responses

  1. Danial_arif says:

    bengang jugak dengan puak2 wahabi ni kan…rasa nak penampar je…huhu…tp bila difikir balik kene la kecian gak kat depa… sbb dah kene tipu ngan syaitan….moga ALLAH bg hidayat kat diorg…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge