DAKWAH TELAH SAMPAI KE INDIA PADA ZAMAN NABI DAN SAHABAT

Kita biasa dengar satu mukjizat Rasulullah yang berlaku satu ketika dahulu. BULAN TERBELAH. Saya pula kali ini ingin paparkan satu peristiwa yang dirakamkan oleh satu manuskrip hindu kuno yang menceritakan peristiwa bulan terbelah ini yang pastinya akan memberikan satu kekaguman yang bakal lahir dalam hati kita. Manuskrip tersebut masih tersimpan di India Office Library, London bernombor siri 2807/152-173.

Manusrip hindu kuno itu menceritakan kisah seorang raja Malabar (selatan India) yang bernama Chakrawati Farmas yang hidup sezaman dengan Rasulullah S.A.W. Raja ini telah menyaksikan peristiwa bulan terbelah dua di Malabar ketika mana Rasulullah yang berada di Mekah ketika itu telah membelah bulan di hadapan golongan Quraisy sebagai mukjizat yang membuktikan kerasulan baginda.

Chakrawati bingung dengan fenomena bulan terbelah yang disaksikannya. Akhirnya sekumpulan pedagang muslim yang ingin berdagang ke China yang singgah di Malabar telah menjelaskan kepada Raja Chakrawati bahawa seorang Rasul di Mekah yang bernama Nabi Muhammad telah dianugerahkan oleh Allah satu mukjizat iaitu BULAN TERBELAH.

Mendengar kisah ajaib ini, raja Malabar ini terus menitahkan anakanda baginda menggantikan dirinya untuk menjadi raja di Malabar. Baginda pula terus bersiap untuk menuju ke Mekah demi untuk menemui Rasulullah S.A.W.

Manuskrip ini menceritakan bahawa raja ini akhirnya berjaya menemui Rasulullah dan akhirnya memeluk Islam. Setelah mempelajari selok-belok agama suci ini, baginda bertolak semula ke Malabar untuk menyampaikan Islam kepada rakyat Malabar.

Namun takdir Allah mengatasi segalanya. Niat suci raja ini tidak dapat diteruskan apabila baginda mangkat semasa perjalanan pulang di satu tempat bernama Zafar, Yaman (atau Oman?). Peristiwa pengislaman Raja Chakrawati ini telah membuka lembaran baru kepada pengislaman rakyat India di Malabar.

Sumber: Khawatir Fi Ma`iyyat Khatam al-Anbiya Wa al-Mursalin karangan Dr. Zaghlul Najjar muka surat 110-111 cetakan Nahdetmisr tahun 2004.

Oleh: Hairul Nizam Mat Husain

Sumber:
http://hairulnizammathusain.blogspot.my/…/bulan-terbelah-da…

KISAH TAMBAHAN:

Admin pernah dengar cerita, tak pasti sahih atau tidak, Maulana Inaamul Hasan suatu ketika pernah diuji, adakah beliau seorang yang berpegang teguh dengan sunnah Nabi. Jadi tetamu itu memberinya susu dan sireh untuk dipilihnya. Maulana memilih sireh. Orang itu fikir bahawa Maulana tidak ikut sunnah Nabi kerana memilih sireh. Namun, pada suatu malam ada orang bermimpi bahawa Maulana tidur di atas ribaan baginda sambil baginda menyuapkan sireh kepadanya.

Orang tertanya-tanya, apakah dalil Maulana makan sireh? Adakah Nabi pernah melakukannya. Lalu, beliau memberitahu kisah di atas.

NOTA:

1. India telah terima dakwah Islam pada zaman Rasulullah SAW masih hidup, lebih awal daripada Islam di Tanah Melayu.
2. Rasulullah menerima hadiah SIRIH yang sinonim dengan orang India. Justeru, jangan melekeh-lekehkan orang yang memakan sirih. Terdapat wali Allah yang suka makan sirih. Tentu ada sebabnya.

SUMBER:
1. Syeikhul Hadith Maulana Yusof Motala hafidzahullah (murid kepada Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi). Apabila Syeikhul Islam, Mufti Taqi Uthmani hafidzahullah telah dimaklumkan tentang riwayat sejarah ini, maka beliau telah meminta salinan riwayat ini. Maka salinan riwayat ini telah dihantar kepada beliau dan telah diterbitkan dalam majalah Bharuch,Gujerat, India.

2. http://hambalialorstari.blogspot.com/…/masjid-pertama-di-in…

3. Buku, “1001 Kisah Hadraji”, Klang Book Store

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge