Cinta Suci Sebenarnya Tidak Suci?

Selalu kita dimomokkan dengan istilah cinta suci‘ oleh drama-drama atau filem atau novel-novel islamik yang menjurus kepada menghalalkan sesuatu perhubungan sebelum dihalalkan oleh ijab dan kabul. Audiens terutamanya golongan remaja telah tersalah faham dengan istilah ‘cinta suci‘ tersebut sehingga mereka merasakan, percintaan mereka adalah sesuatu yang luhur, bersih, ikhlas dan sesuci sucinya embun pagi. Sebenarnya, ini adalah perangkap syaitan!
            Renunglah wahai remaja, siapa yang lebih layak untuk berada di dalam hati kita selain Allah? Memang tidak ada sesiapa pun yang layak selain Dia. Ketahuilah bahawa. Seseorang yang membina cinta dengan makhluk seumpama membina rumah daripada sarang labah-labah, rumah yang paling cepat robohnya!
           
            Jadi, adakah kenyataan saya di atas melarang umat ini daripada berkasih-sayang? Baca dulu bagi habis. Jangan cepat melatah.
            Cinta itu terbahagi kepada tiga iaitu cinta sejati, sayang dan kasih. Cinta sejati hanya layak untuk Allah dan Rasul. Bagaimana? Melalui kita mentaati setiap perintah Allah dan meninggalkan larangannya dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Allah melarang kita berdua-duaan tanpa mahram, menghantar SMS atau bergayut sehingga menaikkan ghairah. Jika kita masih melakukan perkara tersebut beerti kita masih tidak mencintai Allah dan Rasul.
           
            Kedua, sayang kepada ibu dan ayah. Merekalah cinta suci selepas Allah dan Rasul. Merekalah yang sanggup terima kita walaupun kita tidak kacak atau cantik. Merekalah yang sanggup terima kita walaupun seluruh isi alam ini membenci kita. Merekalah manusia paling ikhlas terhadap kita, membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Mereka tidak meminta untuk dibalas. Mereka tidak meminta cinta dari kita. Tapi, kitalah yang perlu menyayangi mereka.
            Memang kita tidak mampu untuk membalas segala jasa mereka. Lihatlah, setelah kita dewasa dan berkahwin, kita akan ada tanggungjawab terhadap anak, isteri atau suami pula. Bila kita hendak menjaga ibu dan ayah kita? Memang kita tidak mampu untuk membalasnya. Itulah ikhlas namanya. Berbudi tanpa harap dibalas.
Satu soalan, jika kita berbuat baik kepada seseorang untuk memikatnya, tapi cinta kita ditolak tentulah selepas itu kita akan berhenti berbudi kepadanya. Apatah lagi orang itu sudah berkahwin dengan orang lain. Cinta manusia memang TIDAK PERNAH ikhlas. Semuanya mengharapkan balasan. Jika lelaki, tatkala dia memberi cinta, dia mengharapkan habuan ‘kepuasan batin‘ dari perempuan. Seorang perempuan, tatkala dia menyerahkan mahkota untuk lelaki, dia mengharap untuk dicintai. Mana datang ikhlasnya?
            Apa maksud ikhlas? Ikhlas itu maksudnya melakukan sesuatu perintah Allah kerana Allah dan meninggalkan sesuatu larangan Allah kerana Allah jua. Jadi, di manakah ikhlas jika kita menyerahkan cinta atau mahkota kepada orang yang kita anggap kekasih sedangkan ia adalah larangan Allah. Jangan tertipu dengan ikhlas‘ dalam cinta palsu manusia.
            Ketiga, kasih kepada seluruh manusia. Kasih yang bagaimana? Seperti mana kita kasih kepada diri sendiri, takut dicampakkan ke dalam api neraka, seperti itulah kasih kita kepada seluruh manusia. Kita ada perasaan itu?
            Kasih bukan untuk seorang kekasih. Kasih untuk seluruh umat. Mulai hari ini, betulkanlah salah faham kita mengenai cinta. Cinta hanya untuk Allah dan Rasul, sayang untuk ibu bapa dan keluarga, kasih untuk seluruh umat manusia.
Tiada cinta antara dua kekasih berlainan jantina sebelum mereka diijab kabulkan. Jika anda memiliki perasaan itu, anda patut beristighfar sebelum hati anda punah ranah tatkala kecewa atau dikecewakan.
Ingatlah, Allah itu bersifat cemburu dan Allah itu cemburu apabila manusia melakukan maksiat atau dalam hati manusia menyimpan cinta selain cinta Allah. (Harus difahami bahawa sifat cemburu Allah tidak sama dengan sifat cemburu makhluk)
Di bawah ini, saya muatkan tulisan seorang rakan untuk dikongsi  bersama:
******************************************************
Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.
“Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja”.
Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

“Aku tak cantik ke?”
“Aku kurang bergaya ke?”
“Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?”
“Aku tak pandai meng’ayat’ agaknya.”

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda mujda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas hala & haram. Yg penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menangih cinta sementara hgga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan, yakinlah.

Jgn risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lg.

Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, ‘1st thing 1st’. Utamakn yg lbh penting drp ap yg penting. Kenali prioriti anda skrg. Jika mmg dah smpi saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia.

Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yg Allah redha shj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.

Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.

Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu’alam..~


***************************************************
1st Thing 1st:

– Mencari redha Allah dalam dakwah dan ibadat
– Mencari rezeki Allah yang halal untuk melaksanakan dakwah dan ibadat
– Berbakti kepada ibu bapa
– Berumah tangga – untuk memudahkan perlaksaan dakwah dan ibadat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

2 Responses

  1. Anonymous says:

    Bagaimanakah jikalau saya menyukai seseorang , kemudian saya diam. Saya melarang dirinya dari berhubung dgn saya , melainkan apabila mustahak. Saya tidak menjalinkan apa2 hubungan yang formal melainkan dirinya sahabat lama saya semenjak SMK dahulu. Tidak berkomunikasi selalu , tidak berbalas pesanan ringkas selalu. Hanya tika mustahak. Adakah ianya kotor jua?<br />Saya hendak mengetahui. Terima

  2. Sifat &#39;suka&#39; ialah satu yang tidak boleh dihalang, ia datang dan ia pergi. Namun begitu, melalui sifat &#39;suka&#39; itu, akan lahirnya tindakan yang baik atau buruk. Kedua-duanya boleh terjadi. Maka, disebabkan itu, Islam telah menganjurkan jalan yang terbaik iaitu BERKAHWIN supaya perasaan itu dapat disalurkan secara HALAL…<br /><br />Meskipun begitu, untuk urusan seharian seperti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge