Tips Mendapatkan Pasangan Yang Soleh & Solehah

Seorang ustaz memberitahu aku, “Carilah jodoh kamu di dalam diri kamu.” Pada mulanya, aku tidak faham dengan maksud kata-kata itu. Bagaimana aku mahu mencari jodoh dalam jasad aku?
            “Jangan kamu cari wanita solehah itu di masjid, kamu tidak akan berjumpanya.” Aku bertambah-tambah tidak faham. Jika tidak di masjid, di manakah wanita solehah berada?
            “Carilah pasangan yang sekufu dengan kamu?”
            Sekufu? Apakah maknanya, ustaz?”
            Sekufu itu maknanya, sama tahap iman dan taqwa. Allah menjadikan seseorang sebagai pasangan untuk kamu sesuai dengan tahap iman dan taqwa yang kamu miliki. Jika kamu mahu melihat tahap iman dan taqwa seseorang, lihatlah siapa pasangannya.” Aku mulai faham sedikit tapi tidak begitu jelas.
            “Jadi, apa yang perlu saya lakukan, ustaz?”
            “Jika kamu mahukan isteri yang solehah, terlebih dahulu perbaikilah amal soleh kamu dahulu. Insya-Allah, Allah akan mudahkan kamu untuk mendapat isteri yang solehah. Yakinlah dengan janji Allah. Itulah maksud saya. Carilah pasangan yang solehah dalam diri kamu.” Barulah aku faham apa yang ustaz itu cuba jelaskan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge