DI BELAKANG SEORANG LELAKI HEBAT, ADA WANITA YANG HEBAT JUGA

MAULANA UMAR PALAMPURI

Mungkin di Tanah Melayu tidak ramai mengenali nama Maulana Umar Palampuri. Tetapi diseluruh benua Hindi, beliau cukup dikenali.

Ketika beliau kecil, beliau dijaga oleh ibunya. Beliau sudah mula menghafal Al-Quran sejak usia muda. Kemudian beliau menyambung pelajaran agama ke Darul Uloom Deoband dan mendapat keputusan yang cermelang sehingga mengagumkan guru-guru beliau.

Seringkali di dalam bayan beliau, takkala beliau menceritakan mengenai sejarah silam beliau, beliau akan menceritakan bagaimana apabila pulang dari madrasah ibunya akan meminta beliau menceritakan apa ilmu yang beliau dapat di madrasah. Ibunya akan memberi sepenuh perhatian kepada beliau serta berkata,

”Sekarang ini tidak ada yang mendengar melainkan ibu sahaja namun ibu berdoa suatu hari nanti kamu akan saksikan bahawa ribuan orang akan mendengar apa yang kamu cakapkan.”

Bila beliau menceritakan kisah ini, beliau akan menangis terisak-isak di hadapan ribuan bahkan jutaan manusia yang mendengar bayan beliau. Doa ibu beliau telah pun dikabulkan. Ribuan manusia datang dari setiap pelusuk dunia datang ke Banglawalee Masjid Nizamuddin, untuk berjumpa dan mendengar kalam beliau. Hari Rabu, 21 Mei 1997 jam 1.30 petang, Allah SWT telah menjemput beliau.

-dibelakang lelaki hebat, ada wanita hebat-

JOM SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge