Wanita, Dikau Mampu Seanggun Bidadari
Jika esok, tatkala dikau terbangun dari tidurmu, kau dapati aku tiada di sisimu, maka segeralah bertahmid Alhamdulillah. Kenapa? Kerana sabda Nabi kepada Ummul Mukminin Aisyah r.a,”Orang yang paling bahagia ialah orang yang suaminya keluar ke jalan Allah. Dia bukan lagi hidup dengan kekasih Allah tetapi dengan Allah.”
Jika esok, tika kau lihat kamar kita sepi tanpa senda gurau, maka bayangkanlah olehmu bagaimana rumah sahabiah yang suami mereka selalu membawa pedang, terkadang tiada khabar, yang ada hanya kubur. Namun, apa yang mereka katakan,”Biarlah rumah kami sepi asalkan seluruh rumah seisi alam ini berseri-seri dengan nur iman.”
Jika esok, tiada tangan yang memberi suapan ketika kau makan seperti selalu, yakinlah wahai isteriku bahawa Allah akan menyuapmu dengan hidangan yang mempunyai 70 rasa di Jannah, yang tiada kotoran yang jijik bahkan mengeluarkan keringat melebihi kasturi.
Jika esok datang musibah dan ujian kepadamu tatkala aku tiada di sisi, lihatlah hatimu, ke mana kamu hendak berlari? Sesungguhnya Allah sentiasa melihat hatimu, segeralah berwuduk, dirikanlah solat dan mengadulah kepada Rabbmu. Kamu akan bahagia di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal abadi.
Jika saat itu, kau cari pertolongan dengan kebendaan, itulah kegagalan dalam hidupmu.
Janganlah kamu bangga seandainya memiliki seluruh isi dunia dia tapi kamu kehilangan Allah. Orang yang kehilangan Allah, akan hilang segala-galanya, orang yang dapat Allah, dia dapat segala-galanya.
Jika esok, kau lihat rumah jiran kita bising dengan hilai tawa, suami mereka selalu di rumah, tak pernah khuruj fisabilillah, janganlah kamu iri, tapi kasihanilah mereka kerana mereka sedang dalam pertarungan. Malaikat maut akan datang menjemput tanpa belas kasihan walau mereka kata,”Jangan ambil isteriku! Jangan ambil anakku!” Takkan ada tebusan sedikitpun dan takkan bertangguh sedikitpun. Saat itulah penyesalan datang, “Ya Allah, kerana kesibukan dengan dunia dan memenuhi hajat isteriku, aku lalai dengan perintahmu, tidak menghidupkan sunnah Rasul-Mu”
Isteri dan anak-anak pun akan berkata,”Wahai suami, di mana tanggungjawabmu? Kau tak pernah isi hatiku dengan nur iman dan mengisi buku catatan amalanku.” Bayangkan olehmu, jika si suami hanya sibuk mencari duit, adakah buku catatannya akan bertambah?
Jadi, isteriku….fahamilah. Kepergianku melewati batas-batas negeri adalah untuk persiapan pesta besar-besaran di suatu hari yang tidak mungkin ada kembali dan kita akan bersama-sama meraikannya.
Ahli dunia yang belum menyelesaikan tugasnya akan gelisah, tak boleh tidur dan makan. Aku pun demikian, tak akan tenang jika imanku, imanmu, iman anak-anak kita dan iman seluruh manusia belum sempurna. Aku takut tatkala suatu hari bumi dibelah dan dikeluarkan segala isinya, maka Allah berkata,”Iman kamu tidak diterima!” Aku takut. Aku risau. Aku bimbang. Aku khuatir.
Mengapa iman tidak diterima sedangkan amal berlipat-lipat kali ganda? Jawabnya kerana dalam hati, ada yang lain selain Allah. Aku takut jika hatiku begitu.
Ketahuilah dunia ini bangkai dan pengejarnya adalah anjing! Sebab itulah aku berpergian untuk menghilangkan kecintaanku terhadap dunia dan mengajak manusia untuk mencintai Allah. Semoga dengan itu, Allah akan mencintai kita dan memasukkan kita dalam redha-Nya. Amin.
Ketahuilah bahawa kematian adalah hari raya bagi insan yang memiliki iman yang kamil sedangkan kematian adalah ‘puasa’ yang selama-lamanya.
Aku tinggalkanmu untuk merubah kesedihan pada hari raya menjadi sambutan yang meriah. Ketahuilah bahawa maut adalah kenderaan setiap insan menuju Allah Taala. Pada saat itu, apa yang kita perlukan? Bukan harta atau kerajaan tapi iman dan amal soleh. Sedangkan untuk sempurnakan iman adalah melalui pengorbanan harta, diri dan masa di jalan Allah Taala.
Percayalah, walaupun aku yang maju di hadapan musuh, tetapi kamu yang terlebih dulu dibukakan pintu syurga oleh Malaikat Rizwan a.s. Kamu akan menunggu 500 tahun, berhias di hadapan cermin emas dan menjadi ratu kepada 70000 orang bidadari.
Itulah sebabnya, janganlah tertipu dengan wanita dunia, apa pun yang mereka buat, tiada nilai di sisi Allah jika tiada iman dalam hati.
Malik bin Dinar berkata,”Nilai wanita cantik di dunia ini tidak lebih daripada sebiji kurma sahaja.”
Maafkan aku, aku tidak pernah membawamu ke salon dunia kerana tidak mahu kamu tertipu dengan mereka.
Baju yang kamu pakai pun daripada kain yang murah dan berwarna hitam untuk menutup wajah manismu. Tapi, ketahuilah bahawa baju itu lebih baik daripada dunia dan isi-isinya. Kerana itulah pakaian isteri raja dunia dan akhirat iaitu Ummul Mukminin, isteri Rasulullah s.a.w. yang kita cintai.
Jangan terpesona dengan pakain ahli dunia. Gincu yang mereka pakai akan menarik bibir mereka ke api neraka. Rambut yang didedahkan akan digantung dan dibakar dalam neraka. Berbanggalah kerana kamu menjadi aurat dengan rapi.
Pada hari itu, mereka menyesal. “Alangkah baiknya jika di dunia dulu aku berhijab! Aku terfitnah dan menyebar fitnah!”
Jangan kau tambah ilmu itu dengan keduniaan kerana ia akan menyebabkan dikau semakin mencintainya. Aku bangga jika ada orang bertanya kepadamu,”Di manakah tempat shopping yang paling hebat di sini” dan kamu hanya menjawab,”Tidak tahu.”
Ketahuilah, sahabiah r.hum tidak tahu jalan di desa mereka sendiri tetapi mereka tahu jalan untuk menuju ke syurga! Sebab itulah mereka telah hantar suami dan anak-anak mereka ke syurga melalui jalan pintas-berjihad di jalan Allah!
Teriakan mereka menjadikan orang seperti Amru bin Jamuh ra. yang lumpuh menjadi mahsyur di langit. Bilal r.a yang gelap menjadi igauan bidadari sehingga kulitnya dikikis menjadi tahi lalat bidadari.
Ingatlah kata isteri Amru bin Jamuh ra.,”Pergilah kamu bersama-sama anak-anakmu (ke medan jihad). Jangan jadi pengecut!”
Ketahuilah, kerana wanita menyeru jihad, ramai lelaki menjadi raja di syurga. Kerana wanita menyeru maksiat, ramai lelaki masuk ke neraka!
Mohon copy ye tuan. Jazakallah
silakan…