Selamat Berkenalan Dengan Tariq United!
- Kekuatan novel
- Novel ini mempunyai jalan cerita yang menarik. Kronologinya mudah difahami oleh setiap generasi dari golongan kanak-kanak sehingga dewasa. Dalam memburu kejayaan, pasukan TU melepasi satu per satu halangan dengan sabar dan bersemangat.
- Mempunyai elemen humor dan komedi lantas menjadikan ia sebuah cerita yang mencuit hati. Ramai pembaca menggemari genre ini. Di samping menggeletek pembaca, ia sebenarnya memberi rangsangan untuk terus membaca sehingga habis.
- Ia disampaikan dalam gaya santai dan tidak terlalu bermetafora. Menggunakan BMT yang mudah difahami.
- Mampu menjadi inspirasi untuk jurulatih, pemain atau pasukan bola sepak untuk memburu sesuatu kejuaraan. Setiap halangan ada jalan penyelesaian. Dalam kehangatan rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepada Harimau Malaya, novel ini dirasakan sangat bersesuaian dengan masa.
- Membawa motif kreatif positif – bukanlah untuk menggalakkan budak-budak bermain tetapi jika mereka sudah minat bermain, mainlah seperti yang digalakkan. Menyekat bakat remaja adalah tindakan yang salah. Setiap remaja mempunyai bakat tersendiri. Pihak sekolah perlu menghargai setiap kebolehan para pelajar supaya bakat mereka tidak disia-siakan.
2. Kelainan novel
- Suntikan nilai tarbiah yang tidak mengeruhkan mood pembaca. Nilai tarbiah itu disuntik dalam segenap babak.
- Info-tainment – menyampaikan maklumat dan kemahiran bermain bola dengan betul. Pembaca bukan sahaja terhibur dengan cerita malahan mendapat maklumat berguna.
- Unsur humor yang mengelakkan kebosanan. Jarang terdapat dalam mana-mana novel GISB sebelum ini (maaf, jika tersalah).
- Novel patuh syariah. Tiada unsur-unsur maksiat atau pergaulan bebas atau akhlak buruk yang keterlaluan.
- Menggunakan BMT yang mampu difahami oleh setiap generasi.
- Menjadikan sukan bola sepak sebagai menu utama. Bola sepak adalah sukan yang paling diminati oleh setiap orang di dunia. Bola sepak adalah ubat bius sedangkan maksud sebenar doktor (penulis) adalah untuk menyampaikan mesej Islami (tarbiah) melalui apa yang manusia minat.
- Testimoni pembaca –
- Ibu saya tidak suka membaca cerita kanak-kanak tetapi dia suka membaca novel cikgu. Kawan-kawan tuisyen saya semua kata novel ni BEST! Cikgu tuisyen pun kata macam itu juga – Maryam Jamilah (12 Tahun), pelajar .
- Novel ini berlainan dengan mana-mana novel di GISB – Azlan (25), wartawan GISB.
- Karya sulung yang cantik, cerita mencuit hati – Hj. Zakaria Sungib, Editor Kanan GISB.
3. Nilai-nilai tarbiah yg ada dlm novel
- Memaafkan – bab 2 – m/s 10 – Safri dan Amar berbaik-baik semula. Juga sikap ahli TU yang memaafkan budak perempuan yang suka mengkritik mereka.
- Baik hati & pemurah – bab 2 – m/s 13 – Cikgu Fasha memberikan duit kepada Amar untuk membeli buku.
- Mementingkan solat – terdapat dalam banyak babak. Solat menjadi perkara utama yang ditekankan oleh Ustaz Syamil. Contoh: m/s 15, 18, 72 (qiamullail)
- Mesyuarat dan membetulkan niat – Ustaz Syamil mengajak guru besar bermesyuarat dengan semua guru untuk menentukan hala tuju sekolah dalam sukan & akademik. Selain itu bersukan untuk sihatkan badan dan perlu menjaga batas-batas syariat (m/s 58).
- Jujur – meniru mengundang padah. Safri dan rakan-rakannya terpaksa menyiapkan semula latihan yang diberikan kerana meniru (m/s 27).
- Jangan mengumpat / mengata – Ustaz Syamil menegur Fahmi yang mengatakan bahawa kawan-kawannya yang lain kaki bangku (m/s 37) dan (m/s 70).
- Memberi galakan untuk berubah – Ustaz Syamil menggalakkan Taufiq yang gemuk agar mengurangkan makan dan menegur Shahir yang lembik agar menjadi lebih keras.
- Takut hanya kepada Allah – Ustaz Syamil menegur anak buahnya yang takut hantu (m/s 44).
- Sabar menahan marah – Safri menasihati Amar yang marah dengan kritikan budak perempuan di kelasnya. Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menahan kemarahan (m/s 46).
- Menggunakan perkataan insya-Allah ketika berjanji & memulakan bicara dengan ucapan salam – terdapat di banyak tempat dalam novel.
- Bersukan dapat mengelakkan diri daripada kegiatan tidak sihat – Ustaz Syamil memuji anak-anak muda yang rajin bersukan (m/s 58).
- Jangan guna harta orang tanpa izin – Ustaz Syamil menasihati anak buahnya supaya meminta kebenaran daripada pemilik bendang sebelum menggunakannya untuk bermain bola (m/s 62).
- Bersedekah – abang Safri menginfakkan tiang gol untuk kegunaan sekolah (m/s63).
- Makan berjemaah di dalam talam (m/s 67).
- Jangan membazir – memberi lebihan makanan kepada ayam (m/s 68).
- Nama adalah doa – (m/s 69) – memberi nama yang baik untuk pasukan.
- Amal sunnah– kayu sugi – (m/s 73).
- Rajin membaca Al-Quran – contoh : Yasin di pagi hari (m/s 74).
- Bersukan untuk merapatkan ukhwah, bukan untuk bergaduh (m/s 75).
- Menjaga akhlak ketika menonton bola sepak (Bab 8 & 12)
- Semangat persahabatan – Safri dan Zainudin – Zainudin menghadiahkan kasut bola kepada Safri (Bab 9).
- Meng-Islam-kan bola sepak – cita-cita Zainudin dan Safri apabila mereka besar nanti (m/s 97).
- Jersi tiada kuasa, kasut tiada kuasa, yang berkuasa bagi menang ialah Allah – (m/s 98-99)
- Betulkan niat untuk bermain bola. Bola bukan maksud. Ambil pedoman daripada bola (m/s 121-124).
- Bekerjasama asas kejayaan
- Menutup aurat ketika bermain bola
- Menjaga hubungan antara guru dan pelajar – asas keberkatan ilmu.
4. Kenapa novel kalian layak didramakan?
· Belum ada drama seperti ini di kaca TV atau layar perak. Kebanyakan penonton hanya menonton orang bermain bola tanpa menutup aurat. Perlu rasanya mengetengahkan sukan yang menepati syariat seperti susun atur penonton dalam stadium dan menjaga solat.
· Menjadi tontonan yang sesuai untuk seisi keluarga. Menurut beberapa testimoni dari pembaca, novel ini diminati oleh suri rumah, orang dewasa, remaja dan kanak-kanak.
· Cerita ini tidak banyak bermain dengan perasaan atau ayat naratif yang keterlaluan. Banyak pergerakan, aksi dan dialog memudahkan pelakon melakonkan watak.
· Golongan remaja paling banyak menonton TV. Perlunya menyediakan drama yang bernilai tarbiah sebagai alternatif kepada rancangan karut yang berleluasa di TV. Cerita ini mempunyai banyak nilai tarbiah.
· Memperkenalkan sekolah agama rakyat (SAR). Akhir-akhir ini, media massa selalu berat sebelah terhadap institusi pendidikan Islam. SAR digambarkan sebagai ekstrem dan ketinggalan zaman padahal realitinya SAR juga semakin maju dalam pelbagai bidang. Perlunya sebuah drama untuk menggambarkan keadaaan sebenar SAR yang bebas daripada pengaruh negatif.
· Penulis sentiasa bekerjasama jika pihak penerbit mahu menjadikannya drama bersiri atau siri animasi. Insya-Allah!