Saya Mahu Jadi Sahabat
Suatu hari, seorang guru yang berfahaman atheis telah bertanya mengenai cita-cita pelajarnya. Maka, setiap pelajarnya menjawab dengan pelbagai jawapan. Ada yang mahu jadi pensyarah, jurutera, doktor, peguam, ahli politik dan macam-macam lagi cita-cita yang hebat.
Cuma ada seorang pelajar lelaki yang menjawab,”Saya bercita-cita untuk menjadi seperti Sahabat!”
Guru itu kehairanan. Seluruh kelas memberikan perhatian kepadanya. “Kamu mahu jadi Sahabat? Siapa Sahabat?”
“Sahabat adalah manusia yang hebat! Lebih hebat daripada semua pekerjaan yang ada di atas muka bumi ini,” jawab pelajar itu.
Guru itu kehairanan. Dia tidak pernah mendengar perkataan ‘Sahabat’. Lalu, dia bertanya lagi,”Siapa yang beritahu kamu bahawa Sahabat adalah manusia yang hebat?”
“Jika cikgu hendak tahu, datanglah ke rumah saya. Nanti ibu saya akan ceritakan.”
Pada keesokan hari, guru itu berkunjung ke rumah pelajar lelaki tersebut. Dia disambut dengan layanan yang begitu baik oleh ibu pelajar itu. Kemudian, barulah guru itu menyatakan hasrat kedatangannya iaitu untuk mendengar penjelasan mengenai Sahabat.
Maka, ibu pelajar tersebut telah menceritakan kepadanya semua yang dia tahu berkaitan keunggulan Para Sahabat yang telah mendapat janji syurga. Bagaimana dalam kehidupan mereka yang sederhana, mereka boleh menakluki dunia sehingga Rom dan Parsi pun jatuh. Juga dia menceritakan bagaimana Para Sahabat ini telah mendapat jaminan keredhaan daripada Allah SWT.
Guru tersebut mendengar dengan penuh minat.”Di manakah saya boleh membaca cerita mengenai Sahabat?”
“Saya hadiahkan cikgu buku ini. Cikgu bacalah sampai habis,” kata pelajar tersebut lantas menyerahkan sebuah buku Kisah Para Sahabat.
Guru tersebut pulang dengan perasaan yang berkobar-kobar untuk membaca Kisah Para Sahabat yang hebat itu. Dengan izin Allah SWT, akhirnya guru tersebut memeluk Islam asbab tertarik dengan akhlak dan kehebatan Para Sahabat R.HUM.
Atas maksud tersebut, saya sekarang ini sedang mengkhatam kisah-kisah Sahabat yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Yusof Al Kandahlawi rah. Selepas itu, saya akan menghasilkan sebuah novel sirah yang diberi nama: Kisah Sahabat: Manusia Terhebat untuk bacaan generasi kini. Semoga orang yang membacanya memperoleh manfaat.

salam tuan..<br />x tau la lepas baca statement/artikel nie tetiba tengkuk saya juga mata saya bergenang..allahhu..sesungguhnya saya dpt rasakan dugaan utk hasilkan manuskrip sebegini..tentunya adab2 seperti yg berlaku pada hazrat maulana zakariya tatkala menulis kitab fadhail zikir mesti tuan ada amal jugak kan..moga manfaatnya utk org ramai..amiin-xxx-
salam tuan..<br />x tau la lepas baca statement/artikel nie tetiba tengkuk saya juga mata saya bergenang..allahhu..sesungguhnya saya dpt rasakan dugaan utk hasilkan manuskrip sebegini..tentunya adab2 seperti yg berlaku pada hazrat maulana zakariya tatkala menulis kitab fadhail zikir mesti tuan ada amal jugak kan..moga manfaatnya utk org ramai..amiin-xxx-