Wahabi Mengggunakan Tauhid Sesat


Puak wahabi mengiktiraf iman orang kafir sedangkan dalam al-Quran jelas membezakan orang Islam dan orang kafir.
Bagi wahabi, orang kafir yang bukan atheis macam yahudi, nasrani mempunyai tauhid rububiyah sahaja (mereka beriman wujudnya ‘tuhan’), sedangkan orang Islam ada tauhid rububiyah dan uluhiyah (org Islam menyembah ‘Tuhan’ itu).
Jadi, wahabi meletakkan taraf orang kafir sebagai jemaah manusia yang ‘bertauhid’. Harus difahami tauhid itu daripada perkataan wahid, wahdaniyah (satu, esa). Bagaimana mungkin orang kafir itu ‘mengesakan’ Allah atas alasan mereka ada tauhid rububiyyah?
Dan, masalah ini tidak wujud dalam akidah ASWJ daripada Imam Asyaari dan Maturidi. Jelas dalam akidah ASWJ, yang kafir, jelas kafir, dianggap langsung tidak ada iman/tauhid. Ulama ASWJ menetapkan syarat untuk seseorang dikira beriman, harus ucap kalimah tauhid dengan lidah, tasdiq dalam hati dan buktikan dengan amal.

Kalau salah satu daripada ciri itu tidak dipenuhi, maka belum lagi orang itu dikira bertauhid/muslim….

Sebenarnya wahabi popularkan akidah Rububiyah dan Uluhiyah dan Asma’ Wa Sifat sebagai taktik utk ‘mengkafirkan’ orang yang tidak mengikut ajaran mereka. Mereka gunakan ia sebagai dalil untuk umat Islam keluar daripada ASWJ dan ikut wahabi…


Bagi mereka, umat Islam yang ASWJ (selain wahabi) cuma ada tauhid rububiyyah sebab semua orang Islam mengaku kewujudan Allah tapi mereka anggap orang selain mereka sebagai tiada tauhid uluhiyyah. Kata mereka, kita selalu syirik kepada Allah dalam beribadat pada Allah macam orang yang buat tawasul, tabaruk dan takwil ayat mutasyabihat, tidak percaya Allah duduk di atas langit dan lain-lain. Jadi, bagi mereka, kita tak layak dikira sebagai manusia yang bertauhid uluhiyyah sekaligus menyamataraf kan kita (yang bukan wahabi) dengan orang kafir macam nasrani dan yahudi..

Atas alasan ini lah mreka mengkafirkan ramai orang Islam masa itu dan lancarkan jihad (kononnya jihad membasmi syirik dan bidaah). Mereka bunuh penduduk Mekah, Madinah, Taif, bunuh cucu cicit Nabi saw dan para sahabat. Tauhid yang penuh berdarah ini dipergunakan wahabi pada masa itu untuk keluarkan fatwa halal darah orang yang tidak bertauhid uluhiyyah seperti mereka(wahabi)dan wajib lancarkan jihad untuk merampas kembli Mekah dan  Madinah daripada golongan yang mereka anggap musyrik.

Masihkan anda hendak mempertahankan akidah wahabi?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

1 Response

  1. Nik asari says:

    Share about hukum hakam islam….

Leave a Reply to Nik asari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge