USTAZ AZIZAN (Semoga Allah Merahmatinya) YANG AKU KENALI




1. Beliau pernah datang makan kenduri di rumah aku sewaktu aku kahwin dulu. Waktu tu beliau makan semeja dengan aku. Hadir sama dalam kenduri tu ialah Dato Zaini (ADUN BN, Bukit Kayu Hitam). Aku lihat mereka berdua bersembang dengan penuh kemesraan walaupun berbeza parti. Aku suka!

2. Beliau tegas dengan ahli PAS tetapi berlembut dengan orang berlainan parti sehingga ada ahli PAS yang kurang setuju dengan beliau. Ada yang nak jatuhkan beliau. Bagi aku, tindakan beliau tu betul sebab beliau adalah MB rakyat Kedah, bukan MB kepada ahli PAS saja.


3. Beliau ialah MB Kedah yang menggunakan kediaman rasminya untuk rakyat. Di dewan Seri Mentaloon, setiap hari sabtu ada kuliah agama. Dengar citer Dato Mukhriz teruskan aktiviti ini. Aku suka!

4. Jika anda perhatikan dalam media massa, aku lihat DS Najib tidak menyerang Us Azizan secara peribadi (kerana aku jarang tengok TV). Perkara ini menimbulkan keraguan sehingga ada ahli PAS menyangka Us Azizan sudah dirasuah oleh UMNO (agak lawak sangkaan ini).

Bagi membetulkan salah faham tersebut, beliau menceritakan sebabnya:

Dulu, sewaktu Tun Abdul Razak dalam keadaan nazak, tidak ada siapa yang berada di sisinya melainkan Us Azizan (yang ketika itu bertugas sebagai pegawai kerajaan). Us Azizan-lah yang membacakan al-Quran dan zikir di sisi Tun Abdul Razak.


Jadi, memang wajarlah DS Najib tidak menyerang peribadi Us Azizan demi mengingati jasa beliau itu.
5. Setelah keluar dari sidang DUN, beliau tidak terlepas daripada berpelukan erat dengan ketua pembangkang pada masa itu iaitu Dato Mahdzir Khalid (UMNO) walaupun ketika sidang berlangsung, kedua-dua pihak saling berbalah. Ini namanya professional.
6. Beliau tegas dalam soal integriti wartawan dan tidak suka berita yang putar belit. Beliau selalu menegur wartawan yang tulis berita tak betul.

7. Beliau pernah berpesan kepada seorang wartawan, “Sapa yang tulis berita merapu-rapu pasai saya ni? Kirim salam kat dia.” Sebenarnya, wartawan tu tulis berita yang memuji beliau tetapi beliau tidak suka dengan pujian itu (beliau pandai bergurau tetapi merendah diri).

8. Ustaz Azizan juga seperti warga Kedah yang lain, suka melawak cara kasaq. Ada seorang wartawan datang jumpa dia dan berkata, “Minta maaf ustaz, saya datang nak jumpa ni. Saya tau ustaz sibuk.” Beliau jawab secara bergurau, “Dah tau saya sibuk, mai jumpa saya buat apa?” Akhirnya, pertemuan itu berlangsung selama 2 jam dalam keadaan “sibuk”

9. Beliau pernah menjadi pensyarah universiti di Filipina.

10. Beliau mempunyai dua orang isteri. Isteri pertamanya lebih muda berbanding isteri kedua…


11. Beliau mempunyai dua buah rumah. Satu di Sungai Limau dan satu lagi di Alor Setar. Di rumahnya ada kereta Proton Saga warna putih. Kadangkala, beliau datang ke pejabat dengan kereta sendiri atau anaknya yang hantar naik VIVA. Semua buatan Malaysia.

12. Beliau mempunyai anak perempuan bernama Solehah. Dulu, waktu saya hantar kad jemputan kahwin, kawan-kawan saya ingat saya kahwin dengan anak beliau sebab kenduri tersebut dibuat di Kediaman Rasmi MB di Seri Mentaloon. (Memang isteri saya pun nama sama macam nama anak beliau)

14. Sakit ustaz sudah lama tetapi beliau melupakan kesakitannya untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai MB. Beliau tidak mahu duduk lama-lama di hospital. Selepas PAS tewas di Kedah, barulah beliau memikirkan keadaannya sendiri dan dapat rehat daripada berhadapan dengan segala fitnah yang dilemparkan oleh musuh dalam selimut dan di luar selimut.
15. Kali terakhir saya melihatnya adalah pada bulan Mei 2013, ketika beliau terlantar di wad ICU di Pulau Pinang. Beliau hanya mampu makan dan minum menggunakan tiub. Berat mana memandang, berat lagi bahu memikul. Isteri saya menangis. 
16. Selepas keluar dari wad ICU, beliau dimasukkan pula ke wad Hospital Sultanah Bahiyah dalam keadaan tanpa kaki. Hari Jumaat lepas (ketika artikel ini ditulis), kesakitannya semakin parah dan sukar untuk saya ceritakan di sini. Saya mengharapkan agar Allah mengampuni dan merahmati beliau.
17. Pada hari ini, (ketika artikel ini ditulis), saya mendapat berita bahawa beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir antara jam 11.10 – 11.20 tengahari di Hospital Sultanah Bahiyah.
Semoga Allah menempatkan almarhum di tempat yang tinggi di sisi Allah SWT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

1 Response

  1. Zul Fattah says:

    Al-Fatihah.. arwah seorang yg baik.. smoga Allah tmpatkan arwah d tmpat yg d janjikan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge