TIPS MENYEMAI REZEKI (1)

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : ” يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، تُوبُوا إِلَى اللَّهِ قَبْلَ أَنْ تَمُوتُوا ، وَبَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ الصَّالِحَةِ قَبْلَ أَنْ تُشْغَلُوا ، وَصِلُوا الَّذِي بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ رَبِّكُمْ بِكَثْرَةِ ذِكْرِكُمْ لَهُ ، وَكَثْرَةِ الصَّدَقَةِ فِي السِّرِّ وَالْعَلَانِيَةِ ، تُرْزَقُوا وَتُنْصَرُوا وَتُجْبَرُوا…”

 

Daripada Jabir bin Abdullah r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. telah berkhutbah kepada kami, baginda bersabda: “Wahai manusia! Bertaubatlah kamu kepada Allah sebelum kamu mati; bersegeralah kamu melakukan amalan-amalan soleh sebelum kamu kesibukan; hubungkanlah apa antara kamu dan Tuhan kamu dengan memperbanyakkan zikir kamu kepadaNya, dan dengan memperbanyakkan sedekah baik secara sembunyi mahupun secara terang-terangan, kamu akan diberikan rezeki, dan kamu akan dibantu, dan kamu akan ditampal (segala kekurangan atau kerugian kamu).” (Riwayat Ibnu Majah)

 

Dengan melakukan:

  1. Istighfar
  2. Amalan soleh
  3. Mendekatkan diri dengan Allah
  4. Menghubungkan manusia dengan Allah
  5. Membanyakkan zikir
  6. Membanyakkan sedekah

 

Allah akan:

  1. Memberikan rezeki
  2. Membantu kita
  3. Memenuhi segala kekurangan

menyemaibenihrezeki_3dcover

Silakan share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge