Surat Daripada Umar Al-Khattab Untuk Sungai Nil

Amru bin Al-Ash RA merupakan seorang Sahabat Nabi SAW yang menjadi gabenor di Mesir pada zaman kekhalifahan Umar Al-Khattab RA. Ketika masuk bulan Ajam, beberapa orang rakyat Mesir datang berjumpa dengannya dan berkata, “Wahai Amir! Sungai Nil tidak mahu mengalir pada tahun ini. Sesungguhnya kami mempunyai tradisi untuk sungai Nil ini. Sungai Nil ini tidak akan mengalir kecuali dengan tradisi itu.”

Amru RA bertanya, “Apakah tradisi itu?”
“Sesungguhnya pada malam kedua belas bulan ini, kami akan menyediakan seorang gadis yang disayangi oleh kedua ibu bapanya. Lalu, kami akan menghiasi dirinya dengan pakaian yang bagus. Kemudian, kami menceburkannya ke dalam sungai ini,” jawab mereka.
Amru RA berkata, “Sesungguhnya dalam Islam tidak ada tradisi seperti ini. Islam telah menghancurkan tradisi seperti ini sebelumnya.”
Lantas, mereka berdiri dan berkira-kira untuk mengusir Amru RA keluar dari daerah tersebut. Melihat keadaan yang tidak terkawal seperti itu, Amru RA lantas mengutus surat kepada Umar Al-Khattab RA.
Tidak berapa lama kemudian, Umar Al-Khattab RA pun membalas surat tersebut. “Sesungguhnya kamu benar! Islam telah pun menghancurkan perkara seperti itu sebelumnya. Jadi, aku utuskan untuk kamu surat ini supaya kamu menceburkan kotak yang mengandungi surat ini ke dalam Sungai Nil.”
Surat yang terdapat dalam kotak itu tertulis, “Daripada hamba Allah, Umar Al-Khattab Amirul Mukminin kepada Sungai Nil penduduk Mesir: Amma ba’du. Jika sebelum ini kau rasa kau mengalir kerana kehendak kau sendiri, maka janganlah mengalir. Namun, jika Zat Yang Maha Esa lagi Perkasa mengalirkan kau, maka aku memohon pada Zat Yang Maha Esa lagi Perkasa agar kau mengalir.”
Lalu, Amru RA telah mencampakkan kotak yang berisi surat tersebut ke dalam Sungai Nil sehari sebelum penduduk Mesir mengadakan tradisi sesat tersebut. Mereka merasakan kehidupan mereka susah tanpa adanya air dari Sungai Nil yang biasa mereka gunakan dalam kehidupan seharian.
Pada keesokan pagi, iaitu pada hari Sabtu ketika mereka sudah pun berkira-kira untuk meraikan tradisi itu, Allah SWT telah mengalirkan sungai Nil dan takat airnya naik setinggi 16 hasta. Semenjak hari itu, mereka tidak lagi mengamalkan kepercayaan karut tersebut. Sehingga ke hari ini, sungai Nil masih mengalir dan menjadi sumber air utama untuk kegunaan rakyat Mesir.
(Tafsir Ibnu Katsir)

Kisah di atas adalah sebahagian daripada manuskrip yang sedang saya usahakan. Insya-Allah, karya seterusnya dari saya adalah Kisah Sahabat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

5 Responses

1. KISAH SAHABAT?
bile siap..

NOVEL yg kedua tu dah keluakan??
barapa??

2. Maisarah, novel kedua saya,"Budak Komik" sudah berada di pasaran. harga rm15…boleh juga dapatkan terus drpd saya dengan tambah sket duit pos RM 3…:-)

Kisah Sahabat tu lambat lagi nak terbit. Mungkin selepas April 2012

Doakan semuanya lancar,ya.

3. syahir nasir says:

AKu book siap2 Kisah Sahabat boleh?

4. syahir nasir says:

AKu book siap2 Kisah Sahabat boleh?

5. Syahir nasir, ya boleh ! lagi bagus kalau warwarkan kat org lain sekali..heheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge