Sketsa: Anggur ! Oh Anggur!

Syahir merupakan seorang penternak ayam. Dia mengambil keputusan untuk menjadi penternak sebagai kerjayanya. Pada suatu hari, dia didatangi oleh sahabat lamanya, Hakimi. Mereka berbual-bual di pondok tempat Syahir memantau unggas-unggas peliharaannya.

“Wah, ada ijazah rupa-rupanya kawan aku ni!” ujar Hakimi tatkala melihat resume Syahir.

“Tak ada maknanya. Dah empat tahun aku gagal mendapat kerja yang selayaknya,” balas Syahir agak kecewa.

“Kau memilih kerja sangat kut … ?” Hakimi cuba menduga.

“Memilih kerja apanya? Kau tak nampak ke aku dok bela ayam sekarang ni?” balas Syahir.

“Okay lah tu. Ada juga kerja.” Hakimi cuba menenangkan.

“Belajar tinggi-tinggi takkan layak jadi penternak je? Lebih baik tak payah masuk U kalau macam ni.” Syahir memprotes.

“Kau kena banyak bersabar, Syahir. Rezeki Allah dah tetapkan. Jika aku di tempat kau, aku pasti akan buat projek ternak ayam ni sungguh-sungguh,” ujar Hakimi lagi.

“Cakap pakai air liur senanglah. Jasad yang nak menanggung ni perit. Tiap-tiap bulan surat datang suruh aku jelaskan hutang PTPTN. Siapa nak bayar?” Syahir terus menzahirkan kekecewaannya.

“Aku dulu pun nak dapat kerja susah jugak. Maklumlah belajar setakat STPM je.” Hakimi terus menyabarkan rakannya.

“Walaupun kau belajar sampai STPM je, tapi gaji kau lebih tinggi daripada aku.” Ketidakpuasan hati Syahir terpancar lagi. “ Kalaulah aku tahu begini nasib aku, lebih baik aku kerja terus je lepas habis SPM dulu. Cuba tengok kawan-kawan kita yang terus kerja, sudah boleh pakai kereta. Tapi aku … ?”

“Syahir, kau tak boleh cakap begitu. Menyalahkan takdir namanya tu.” Hakimi cuba menenangkan kawannya yang agak tersasar. “Mesti ada hikmah mengapa Allah belum bagi kau kerja yang kau mahu.”

“Aku bukan menyalahkan takdir tapi aku tak puas hati!” Syahir bertambah geram.“Cuba kau tengok anak ketua kampung kita tu. Belajar bukanlah pandai sangat tapi dapat juga kerja dengan kerajaan sebab ayah dia rekomen jadi cikgu . Kita yang tak ada kabel ni nak minta tolong siapa?”

“Kerja kosong di jabatan lain kan ada lagi?” Hakimi menunjukkan iklan jawatan kosong di sebuah akhbar tempatan.

“Penipu semua tu. Sebenarnya jawatan tu sudah ada orang punya. Iklan tu keluar sekadar syarat dan prosedur je. Nak tunjuk kata mereka ni telus.” Api kemarahan Syahir belum padam.

“Jadi sekarang ni kau dah putus asa?” tanya Hakimi.

“Entahlah. Dalam dilema aku sekarang ni. Mak bapak aku asyik tanya pasal kerja. Aku bukannya tak mahu cari kerja tapi aku dah bosan dengan permainan kroni-kroni ni. Mak bapak aku tak paham. Zaman sekarang ijazah hanya sekeping kertas yang digunakan untuk mengemis kerja.”

“Jadi, sekarang apa rancangan kau?” Hakimi terus menerus cuba mengeluarkan rakannya dari kemelut yang dialami.

“ … ” Syahir hanya mendiamkan diri. Mungkin memikirkan sesuatu atau sudah malas untuk berfikir.

“Sekarang, macam ni lah. Aku keluarkan modal untuk besarkan projek ternakan ayam kau ni. Amacam?” Hakimi memujuk rakannya itu.

“Kau pun tahu kan? Projek ayam ni bukan boleh bagi untung serta merta. Hari ini buat, esok dah untung. Tidak.” Jelas Syahir. “ Kalau kau betul-betul ikhlas nak bagi, aku terima tapi bagaimana kalau tiba-tiba projek ni terkandas di tengah jalan? Ayam mati, kena curi dan sebagainya.”

“Rezeki milik Allah. Kita cuba dahulu. Untung dan rugi adat berniaga, sahabat!” Hakimi cuba menenangkan Syahir. “Seandainya projek ni berjaya dan menunjukkan prestasi yang baik, aku cadang nak berhenti kerja untuk buat penternakan ni sepenuh masa.”

“Kau ni pun satu. Dah ada gaji besar, sibuk nak berhenti pulak. Kalau tak nak bagi kat aku jelah.” Entah apa motif Syahir berkata begitu.

“Syahir, aku kerja ni untuk cari modal berniaga. Alang-alang aku dah ada kawan yang berpengalaman, lebih baik aku joint venture dengan kau aje. Sampai bila aku nak jadi kuli, bro? Aku pun teringin juga nak rasa bebas jadi tauke,” jelas Hakimi.

“Kalaulah kau propose benda ni awal-awal kat aku, taklah aku pening kepala nak cari dana. Aku memang dah lama nak besarkan projek tu tapi tak ada dana dan kawan yang memberi sokongan.” Kemarahan Syahir mula reda.

“Kenapa kau tak buat pinjaman ja?” tanya Hakimi pula.

“Berhutang ni adalah perkara yang paling aku takut dalam hidup. Hutang PTPTN pun tak bayar lagi. Nak tambah yang lain pulak?” jawab Syahir.

“Yelah, berhutang untuk berniaga apa salahnya? Jangan lari sudahlah,” ujar Hakimi.

“Malaslah nak pinjam-pinjam. Kena buat proposal la. Prosedur tu, prosedur ni. Kalau nak bagi pinjam, bagi jelah!” Syahir mengomel.

“Aku nak tanya kau, kalau ada orang datang nak minang anak kau, kau bagi terus ke atau siasat dulu?” tanya Hakimi.

“Mestilah siasat dulu. Takkan nak bagi macam tu ja. Dapat si penyagak, menangis tak berlagu la jawabnya,” jawab Syahir.

“Tahu takpe. Duit yang orang nak bagi kat kita pun, mestilah diorang nak tahu siapa yang pinjam. Boleh bayar balik ke tak?” jelas Hakimi.

“Betullah. Tapi bunga tinggi sangat. Dah jadi macam ah long.” Syahir pantang beralah.

“Cakap dengan orang tak mahu dengar nasihat macam kau ni payah jugak ya?” kata Hakimi agak kecewa dengan sikap Syahir.

“Sekarang ni macam ni lah. Kita tutup perbincangan kita. Aku nak pergi bagi makan ayam-ayam aku tu. Dah lapar agaknya. Pasal modal yang kau nak inject tu, terpulanglah kepada kau. Aku terima saja” jelas Syahir menamatkan perbualan mereka.
_______________________________________________


Sketsa di atas, saya post kembali di sini selepas saya post dalam blog saya Shawn Agro Farm...Saya juga memuatkan komen-komen pembaca seperti di bawah:


salam bro, aku sgt2 bersetuju dgn statement ko psl kroni & kabel ni. aku pn dah tension psl hal ni. nak keja skarang ni bukan “WHAT DO YOU KNOW?” tapi “WHO DO YOU KNOW?”.
aku dah setahun lebih jobless (bukan habis keja xde keja tapi diberhentikan keja sebab gawat minyak hari tu). keja kat website dan surat khbar banyak, tapi banyak semua atas kertas je, suma dah di isi walaupn baru 5 minit di iklankan.
sekarang kalau xde org dalam or kabel jangan harap la nak dapat keja. dulu swasta je, sekarang dah berjangkit ke kerajaan budaya kabel ni.
aku pernah sekali, terbaca satu iklan jawatan kosong di satu jabatan dalam kerajaan negeri, iklan tu belum cukup sehari diiklankan, aku pergi untk dapatkn borang dan bila sampai staf kat situ cakap jawatan tu telah di isi, hairan bin ajaib tak? baru je iklan dah ada org dah. seorang kwn aku pulak, yg pergi interview suma tak dapat, yg dapat yg x pergi interview.
satu lg, kalau interviewer tu lelaki, confirm dia akan ambik perempuan ramai. aku bukan bias dgn perempuan tp sesetengah jawatan lelaki lebih sesuai, contoh time aku keja dulu, aku seorang je lelaki, yang dua lagi perempuan, hampir semua keja aku buat (keja byk berjalan, jmpa org, masuk fabrication yard dll). pakcik aku lecturer kt sebuah IPTA, dia mntak research Assistant(RA) yg ada background fizik tp yg di hntr bukan setakat xde fizik malah xde degree.
jd kalau org ckp pekerja terutama org keja kerajaan xde kualiti mmg patut pn. sebabnya, ambl org yg x berdasarkan kelayakan & pengalaman tp ada org dalam ke x. aku sekarang dah malas nk isi borang keja, lau isi pn x berharap dpt or x, sbb budaya kroni kabel ni la puncanya.
aku sekarang br nk berjinak2 dgn bisnes. walaupn bisnes kecik je, tp tu je yg aku mampu, PTPTN kena bayar, ansuran keja pn kena byr, duit pampasan aku pn dah nk hbs dah. nasib baik aku x kawin lg, lau x confirm bini aku dah mntk cerai hahaha. semoga berjaya dalam bisnes bro.

____________________________________________________________

apa yang anda luahkan..sangat dekat di hati aku…aku & kau tak keseorangan. ramai lagi lepasan universiti macam kita yang jobless, under-employment etc. Government hanya tahu suruh kita belajar tinggi2, semua rakyat ada ijazah…tapi cara mengambil pekerja menggunakan kabel bawah tanah…oh Tuhan! Ampunilah dosa kami!

_____________________________________________________________

stuju2.. aku pn sama la nga korang nih.. aku lagi la ptptn diploma n degree lg.. aduh… nk cari keje mmg kene pkai kable ler,, leceh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge