ummulamrad_cover
ummulamrad_cover

UMMUL AMRADH – Himpunan Nasihat Maulana Zakariyya

RM20.00

Himpunan nasihat Maulana Zakariyya al-Kandahlawi berhubung cara merawat penyakit hati yang paling bahaya iaitu takabur. Kitab ini disusun oleh anak murid beliau iaitu Haji Sufi Iqbal dan diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh Maulana Abdullah Amir.

Product Description

Penyakit-penyakit rohani ada pelbagai jenis seperti penyakit jasmani. Sepertimana kesihatan akan diperolehi dan badan akan mendapat kerehatan dan ketenangan selepas rawatan jasmani dilakukan maka seperti itulah roh akan mendapat kerehatan dan ketenangan selepas ia suci dan bersih (daripada penyakit rohani). Satu bentuk rawatan melalui doktor dan tabib dan satu lagi bentuk rawatan melalui para masyaikh (syaikh-syaikh) dan para wali Allah (orang-orang yang hampir dengan Allah). Di antara semua penyakit rohani, penyakit rohani yang paling berbahaya dan membinasakan ialah penyakit takabbur yang dipanggil Ummul Amrāḍ iaitu ibu dan punca kepada segala penyakit rohani.

Kitab ini telah ditulis untuk mengenal pasti dan menerangkan kaedah rawatan untuk penyakit rohani ini. Kitab ini telah disusun oleh Haji Ṣūfi Muhammad Iqbāl al-Muhājir al-Madani dengan perintah daripada Syaikhul Ḣadīś Maulānā Muhammad Zakariyya al-Kandhalawi al-Muhājir al-Madani .

Saudara Mulvi Muhammad ‘Abdullah sedang telah menterjemahkan kitab ini ke dalam bahasa ibundanya (bahasa Melayu). Hamba yang hina ini berdoa supaya Allah $ menerima dan memberkati terjemahannya, dan Allah $ menjadikannya bermanfaat untuk seluruh orang Islam. آمين

 

 

SAYYID MUHAMMAD SYAHID AS-SAHARANPURI [1]

SETIAUSAHA AGUNG JAMI’AH MAZAHIR UL-‘ULOOM, SAHARANPUR, UP, INDIA

KUALA LUMPUR, MALAYSIA

25 RABI’UL THANI 1437 HIJRI

 

[1] Beliau merupakan cucu kepada Maulānā  Muhammad Zakariyya al-Kandhalawi 0daripada sebelah ibunya. Beliaulah yang bertanggungjawab menghimpunkan, mencetak dan menyebarkan hasil-hasil karya Maulānā  Zakariyya 0 sesudah kewafatannya. Beliau juga seorang pakar sejarah dan masih aktif menulis sehingga kini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “UMMUL AMRADH – Himpunan Nasihat Maulana Zakariyya”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge