Sale!
lucu tapi berilmu
lucu tapi berilmu

TUNGGU SAYA PULANG (Anekdot Daim #2)

RM30.00 RM25.00

 

Awak, ini adalah mesej terakhir saya sebelum saya matikan henpon ini. Sekarang, saya ada dalam flight menuju ke India. Awak tau tak, inilah kali pertama saya jejak kaki naik flight. Excited gila. Tapi, saya masih mampu mengawal rasa excited tu. Kalau tak, memang saya melompat-lompat dalam flight ni.

Pramugari dalam flight ni sangat menguji keimanan saya. Awak jangan jeles pulak. Tak, saya tak pandang mereka pun. Sipi-sipi gitu je saya pandang. Amersab cakap, kalau tengok kali pertama tidak mengapa. Yang kedua tu tak boleh. Jadi, untuk kali pertama pandang, saya pandang lama-lama. Takpe kan?

Kat sebelah saya ni, Abang Zali. Dia sekarang pun tengah menaip mesej kat henpon dia. Hantar kat wife dia kot.

Saya berazam untuk tidak membuka henpon ini sehinggalah saya balik ke Malaysia. Jadi, pesanan saya kat awak cuma satu. Jangan rindukan saya. Kalau awak rindu jugak, awak baca kitab taklim yang saya hadiahkan tu. Awak zikir banyak-banyak guna biji tasbih yang saya bagi tu.

Sebelum terlupa, terima kasih banyak-banyak sebab hadiahkan saya sepasang kurta biru. Saya tengah pakai ni. Rasa kacak la pulak. Patutlah pramugari ni asyik ushar saya je.

Awak tunggu saya balik tau. Jaga diri baik-baik. Doakan keselamatan saya.

-DAIM-

 

Product Description

KOMENTAR PEMBACA #1 (MONALITA MANSOR)

Assalamualaikum. Saya mula baca jam 6.00 lepas muah-muah flying kiss dengan bobot-bobot kesayangan. Hampir jam 8.00, selesai. Dan, tajuk Tunggu Saya Pulang tak sesuai. Patutnya Daim tak payah pulang. Tak cukup 293 muka surat tu bila baca pengalaman Daim.

Tunggu Saya Pulang (selepas ni, saya sebut TSP) sempoi daripada segi bahasanya. Mudahlah nak faham. TSP mengheret pelbagai persoalan untuk difikirkan dek akal yang mahu dan rajin berfikir. Kalau malas, tinggallah dia sekadar anekdot aje.

Sentap tak sentap terpulanglah pada penerimaan diri masing-masing. Cuma, sepanjang kembara di atas kertas bersama Daim ni, saya rasa lebih mudah mengetuk pintu kuil di luar negara daripada pintu-pintu rumah Muslim. Lagi-lagi di Malaysia. Sungguh. Ia pengalaman saya sendiri.

TSP ada penjelasan sejarah. Ada penjelasan mengenai persoalan yang pernah saya utarakan satu ketika dulu. Malah ia menjawab begitu banyak soalan integriti identiti Islam dan penganutnya.

TSP membuka pintu hati saya memahami aktiviti jemaah tabligh yang sangat ditakuti/digeruni/dimomokkan sebagai ekstremis agama. Ekstrem – cinta akhirat sehingga buang dunia. Ayat yang paling skema, ‘tinggal anak bini….’- sila sambung sendiri. Itulah jemaah tabligh yang diperkenalkan kepada saya sebaik saja mumayyiz.

Kitab Fadhilat Amal yang tak bergerak-gerak lagi muka suratnya tu, rupa-rupanya memudahkan lagi saya untuk menyelami TSP. Ditambah kesengalan Daim yang tak boleh ditolong-tolong. Rugi saya tak baca awal-awal.

Tahniah kepada penulis. Lain kali letak tajuk Jangan Pulang-Pulang.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “TUNGGU SAYA PULANG (Anekdot Daim #2)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge