Sale!

MANA TUNANG AKU?

RM17.00

Novel ini adalah sekuel GENG BUDAK SENGAL dan prekuel AWAK MEMANG NAKAL. Kisah ini berlaku dalam masa 3 hari! Daim telah diculik oleh Manap, Harith dan Paan tiga hari sebelum Daim akad nikah. Inspektor Tasha pula sedang mencari Manap untuk menyelesaikan kes kongsi gelap. Adakah penculikan Daim ni ada kaitan dengan kes tu? Apa yang akan terjadi kepada tunangnya Shasha yang menunggunya di hari pernikahan?

Category:

Description

Serbamula sekalung tahniah buat tuan Khairy Tajudin kerana berjaya membawa anekdot kembali popular di kalangan pembaca. anekdot ni sebenar dah lama tapi mungkin agak tenggelam di antara jenis penulisan yang ada. elok juga sebab bagi pihak yang agak kurang gemar membaca, anekdot ini boleh dijadikan sebagai bahan bacaan pilihan..

MANA TUNANG AKU? mengumpulkan kembali daim, manap, harith dan paan. manap, harith dan paan dalam perjalanan menuju ke majlis perkahwinan daim tapi rupanya diprank oleh sahabatnya itu bila mana sepatutnya majlis berlangsung 3 hari lagi. haa…. di sini mulanya kejadian hilangnya daim..

bermula dengan kisah mereka imbas kembali sewaktu bulan puasa kemudian babak dalam perjalanan mereka sewaktu melarikan daim. ada saja adegan mencuit hati berlaku termasuklah makan cendol errkk.. , ke rumah manap, misteri munculnya 3 paan, kereta masuk gaung, sesat dalam hutan dan rentetan peristiwa yang lain lagi.. pembaca tidak akan tahu siapa antara berempat tulis babak yang mana tapi perkara tersebut takkan menjadi masalah kerana setiap satu ceritanya memang menjadi..

anekdot ingat sekadar kisah kosong je ke? banyak pengajaran terselit sebenarnya. semangat setiakawan paling utama. usaha dan keyakinan dalam menjalankan suatu pekerjaan pun harus ada dalam kehidupan. jangan makan durian curi beb! jadi darah daging tu.. haha!! all the best buat keempat anda dan daim dan shasha, takkan tu je cabaran untuk anda berdua? manap tu bila nak abis berlari? paan ngan harith masing-masing macam mana pula?..

bintang? ????

#193/2017
#roafto250
#terimakasihuntukhadiahbukuini
KTR Press

Ogy Yusof

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “MANA TUNANG AKU?”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge