Sale!
Khalifah Yang Tertangguh
Khalifah Yang Tertangguh

KHALIFAH YANG TERTANGGUH

RM20.00 RM18.00

Memaparkan cerpen-cerpen yang menyentuh perasaan berkaitan isu-isu kekeluargaan.

Touching babe!

Product Description

Komentar oleh Puan Ogy Yusof (Facebook)

 

1) MELIRIK KASIH
ALANG BUDIMAN

dapatkah kita tahu detik hati seorang anak bilamana ibunya meninggal dunia dan ayahnya pula asyik sibuk bekerja. dia tiada siapa yang berikan perhatian. kasih sayang seolah-olah pergi jauh darinya. ini yang dirasai oleh ayuni. razman seperti lupa yang dia punya anak setelah isterinya meninggal akibat kanser. kasihan ayuni, apa yang diharap pada ayahnya semuanya dukacita belaka…. sebak pula rasa bila ayuni mengadu pada kubur ibunya…

2) SELUAR JEANS BIRU
Dhodhenn Rasa

amat memalukan bila kesalahan kita di jaja dikhayalak ramai, betul kan? menanggung azab malu, cercaan orang lain yang suka menjatuhkan hukum. yang salah memang dah salah tapi bila ada aib di jaja adakala boleh buat manusia hilang kewarasan. tapi terfikirkah, kadang-kadang manusia ni perlu dibantu, perlu diberitahu apa yang dilakukan adalah kesalahan.. seperti ariffin, bila jeans birunya hendak dijadikan bahan bukti di mahkamah atas tuduhan merogol, dia bertindak. bertindak kerana tidak mahu aibnya dan juga isteri jadi tontonan masyarakat. sayu bila baca kebenaran yang sebenar…

3) MENGEJAR BAYANGMU
Pena Timur

aduhai….. tsunami. yang meragut banyak nyawa. yang datang tanpa di duga. yang buat kita manusia terpana dengan kehadirannya. pak man, sebak melihat kampungnya yang dilanda tsunami. dia turut sama menunggu khabar berita tentang aiman, cucunya yang turut hanyut dilanda ombak besar itu..gambaran tentang tempat kejadian, memang meruntun jiwa…mampukah pak man menerima khabar berita tentang aiman?

4) SAYANG BUYA, KASIH UMIE
DEANA APRIL (Nurdiyanah Dzulkarnain)

kasih sayang ibu bapa, selamanya. selagi boleh, selagi termampu mereka akan berikan, sediakan apa saja permintaan anak-anak. begitu juga menjadi penenang, pelindung dan kalau boleh segalanya. dina, razif dan rushdi yang amat rapat dengan buya dan umie mereka sedih bila tiba-tiba saja kehilangan buya. umie mereka pada mula tertekan tapi kemudian mula mengorak langkah untuk membesarkan anak-anaknya….

5) LYDIA SOFHEA WILLIAMS
Engku Muzahadin

pembawa sial?. nasib malang? apakah perasaan insan bila dilabel sebegitu?.. manusia suka menghukum kan? lydia sofhea ini antara mangsa. dibuang saudara bila kelahirannya menyaksikan kematian ibu bapanya. insan yang membawanya ke jalan yang benar iaitu Islam meninggal, dia turut dipersalahkan.. kenapa ada sikap sebegini?… bukan salah dia, hanya manusia yang tidak menerima qada` dan qadar Allah yang berani keluarkan kenyataan sedemikian….

6) KHALIFAH BUATKU
Halijah Tukiran

bila kematian menghidupkan penyesalan. inilah dia.. aman dan razif kembar tapi amat kontra perangai dan sifat. kerana silap pergaulan, aman bertukar sifat menjadi anak yang degil, tidak mendengar kata dan banyak lagi perkara negatif yang melekat pada dirinya. padanya, razif seorang pembodek. dapatkah razif menunaikan amanat pak dollah untuk menjaga adik kembarnya itu?

7) HARI-HARI TERAKHIR TOK WAN
NADZ ZUMIERAH (Nadz Othman)

kita nanti, bila tua, nak ke anak-anak kita dok menjaga kita?. anak-anak biasanya akan sibuk seperti mana diri kita sekarang, kan? tapi biasanyalah, mungkin akan ada seorang yang seperti rahimah, menjaga makan minum pak sidek yag lumpuh sebab strok. cuma dia. adik beradiknya yang lain punya pelbagai alasan. jauh, sibuk… sakinah pula, adik yang amat menyakitkan hati. kakak punyalah ikhlas tapi..arrghh… sakit jiwa betul dibuatnya bila baca…

8) MASIHKAH KAU INGAT
Noorlaila Ghafar

kenangan lama, walaupun ada yang duka ada yang perit bila bertukar menjadi kenangan semuanya akan menjadi indah. rabin yang terkenang kembali akan cinta pertamanya bersama siti aminah turut terkenang kembali kisah dia menghayati agama Islam. dari guru sementara beralih kepada polis dan kemudian menjadi pengamal undang-undang. merestui anaknya chandran yang memeluk agama Islam, seperti merealisasikan hasratnya yang terkubur suatu ketika dulu…

9) KENAPA AKU DIBUANG?
NOR CAHAYA

kerana harta, anak dibuang ketepi. kasihan aisyah, ibunya sanggup menghantar dia ke rumah anak yatim kerana mahu berkahwin dengan orang berada. kasihan aisyah, yang saban waktu bertanya kenapa dia dibuang begitu saja. kasihan aisyah, kasih sayang ibu bapa tidak dirasai walaupun punyai keduanya…

10) POTRET JIWA
Shahiran Ruslan

kesusahan mengajar manusia erti tabah pada yang positif menerimanya dan mahu berubah. sebab kesusahanlah, izzaty amat tabah dan berazam untuk memperbaiki kehidupan dengan belajar bersungguh-sungguh. cuma, dia lupa hendak mengajar anaknya bersyukur bila kesenangan diberi….

11) SEJATI SELAMANYA
NURIMAS SN

sahabat dan kekasih, mana lebih bermakna?.. citra dan balqis sahabat baik, sehingga susah senang bersama. apa berlaku semua berkongsi bersama. tapi wajarkah kerana seorang kekasih, mereka bercakaran?.. haruskah balqis membelakangkan perjanjian orang tuanya sedangkan dia sendiri tahu citra berpacaran?.. apa lagi yang lebih indah, bermusuh atau biarkan segalanya berlalu pergi?

12) RINDU MAMA
SHITA MUNIR

aduhai…nadia… keletahnya, manjanya… buah hati mama yang setelah lama dinantikan kehadirannya. adakala mama cuak atas perkara yang boleh membuat nadia pergi jauh.. kasihan mama. setelah berkorban segalanya demi nadia tapi akhirnya…..

13) KERANAMU NASI LEMAK
SYAHIDA HASSAN (Nurul Syahida Hassan)

nasi lemak yang membuka segala rahsia tanpa disangka oleh zahrah. kenapa kejamnya manusia yang memisahkan kasih sayang keluarga dengan cara yang maha kejam?.. tapi takdir Allah siapa menduga.

14) PERAIH SYURGA
TUN TEJA

kadang-kadang ibu bapa ni boleh bertindak di luar batasan fikiran. Sama ada terlalu sayang atau pun terlalu terluka. Arshad dihalau oleh ayahnya kerana terlalu mempercayai isteri barunya. Arshad, 10 tahun tidak pulang berjumpa ayahnya akhirnya tunduk dengan pujukan adik tirinya amira dan isterinya azie. Sebagai anak, memang tidak elok simpan dendam terhadap orang tua…

SECARA KESELURUHAN, apa yang tertera, ‘GERENTI TOUCHING’ sememangnya setiap satu karya amat menyentuh jiwa.. Dengan naratif yang amat molek lenggok bahasa buat pembaca terpana, dengan dialog yang ringkas tapi menusuk jiwa… Tidak satupun dari setiap 15 cerpen ini membosankan. Semua amat baik dalam menyampaikan cerita dan juga menyampaikan segala yang tersirat. KHALIFAH, sesuai dipilih sebab setiapnya menyampaikan kisah dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi. Sama ada lupa atau khilaf. Tahniah buat tuan penyelenggara tuan Khairy Tajudin Novelis sebab berjaya menjaga mutu dan kualiti hasil terbitan KTR. moga terus maju jaya buat semua..

Bintang bergemerlapan 🌟🌟🌟🌟

#20/2017
#antologicerpenterbaikawaltahun
Khairy tajudin resources

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “KHALIFAH YANG TERTANGGUH”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge