Sale!
DAKA 2
DAKA 2

DIA ATUR, KITA AKUR

RM27.00 RM25.00

Buku ini adalah sebuah BUKU MOTIVASI, rangkuman pengalaman sendiri yang pernah melalui zaman pengangguran, zaman kesempitan hidup, zaman struggle nak bina bisnes, zaman terpaksa tebalkan muka meminta kerja dan zaman naik tangga turun tangga merayu, meminta dan memohon kepada makhluk yang tak mampu beri apa-apa.

 

Saya dedikasikan buku ini buat anda yang mahu memperbaiki ekonomi rumah tangga, buat anda yang mahu menambah pendapatan per kapita, buat anda yang sedang mencari kerja yang setaraf, buat anda yang mahu menambah keberkatan dalam rezeki – dan buat anda yang selalu merungut dengan GST.

Category: Tag:

Product Description

Mengeluwap-luwap pemikiran saya ketika mentelaah manuskrip tuan, saya teruja! Sungguh, Tuhan sebaik-baik Pengatur, sedangkan kita hanya perlu akur. Andai mahu keluar daripada arahan Allah SWT, maka pilihlah untuk hidup di dunia yang lain.

 

Saya dapat rasakan sungai ilmu yang mengalirkan istikhlas, asbab, intuisi dan ideologi. Ia rencam. Karya ini bukan sekadar sebuah naratif langka, tapi sebaliknya percantuman pelbagai benua pengalaman. Buku ini ‘bunting’ dengan kisah sebenar, jatuh bangun tuan yang mencemaskan, jerih perih hidup tuan sebagai persona (watak utama). Pembaca budiman, selamat datang ke dunia menternak rezeki!

 

Tahniah tuan, buku tuan ini keluar daripada kelaziman buku motivasi berkaitan rezeki yang ‘biasa-biasa’. Saya ralit menikmati kemanisan hikmah, nasihat dan tip-tip daripada buku tuan.

 

Sebetulnya, kontang fikiran saya seperti disimbah hujan ilmu. Sungguh, saya masih mahu menadahnya. Tuan tulislah lagi. Banyak kali juga saya disepakterajangkan dengan asbab teguran yang tuan nukilkan.
Terasa baik benar Allah SWT pada saya, cuma saya yang tak menyedarinya.

 

Terima kasih Allah, kerana jadikan makalah ini sebagai asbab alarm; membangkitkan saya daripada lena dunia yang panjang.

 

Manja Lela

(penyunting)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “DIA ATUR, KITA AKUR”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge