Sale!

Antologi Bebas

RM17.00

Menghimpunkan 20 buah antologi bebas yang menyentuh pelbagai isu dalam masyarakat, dari lorong yang sempit sehingga ke angkasa yang bebas.

Category: Tags: ,

Description

BARISAN CERPEN DALAM “ANTOLOGI BEBAS”

2060, TANPAMU
ALMARJAN

Memang antara pembuka antologi yang hebat! Gagasan pemikirannya besar, ianya menyentuh pertembungan antara revolusi ketamadunan manusia dan sifat hormat. Pemilihan kata-kata, susunan frasanya ditekankan secara gramatis dan tersusun.

Bayangkan jika tugas seorang guru tidak lagi diperlukan pada masa hadapan, atas alasan “kami semua sudah pandai”, “kami genius”, dan “semuanya ada di dalam buku”, bagaimana generasi tahun 2060 kelak?

TUK BA DAN SAF PERTAMA
NURIMAS SN

Naratifnya seperti laporan sesebuah peristiwa. Menariknya, ia mengangkat personifikasi emosi sebuah saf yang teruja diduduki dan dimuliakan. Ianya sebuah kisah dakwah, galakan/targhib supaya beribadah kepada Tuhan. Pemilihan perkataan juga menonjolkan penulis yang bereksperimen dengan perkataan secara sederhana, namun tak kurang meletakkan penulis selesa pada zonnya. Isu keagamaan yang dipilih bertepatan dengan tema.
Ada sesuatu yang disampaikan di akhir cerita, cubalah baca!

BUSUK HARUM DURIAN
-eartHDance-

Ya, cerita ini ada menghidangkan beberapa keenakan penceritaan untuk dinikmati. Ada beberapa pemerihalan yang bersahaja tapi sebenarnya sinis. Kisah rumah tangga biasa yang sering dilupakan, tetapi apabila diangkat menjadi sebuah karya, menimbulkan rasa untuk “termenung dan berfikir”.
Ada rasa teruja untuk mengetahui kisah seterusnya kerana berlaku perkembangan dalam watak. Isu kekeluargaan yang dibawa tidak terlalu besar sebenarnya, namun ianya berupaya menjadi bacaan santai dan bersahaja.

RODA KEHIDUPAN
CEMPAKA HANI

Suatu pujian harus diberikan atas cubaan oleh penulis kerana telah berusaha menghasilkan sebuah karya berbentuk naratif. Ada teladan yang ingin dikongsikan. Benarlah, agama tidak boleh dipisahkan dari kehidupan.
Isunya tidaklah terlalu besar namun boleh menjadi bahan bacaan yang baik kepada pembaca.

QAY ELFANSURI
LUTSINAR

Ada tanda tanya yang sengaja diwujudkan di awal cerpen menjadikan pembaca ingin tahu. Gaya penulisannya juga bersifat memancing dan beranalogi/ berfalsafah. Tahniah diucapkan! Jarang sebenarnya cerpen remaja pascamerdeka mengaitkan undang-undang dalam penulisan, tetapi penulis tegar mengambil risiko ini. Menarik sebenarnya.

PERJUANGAN
SA’ADIAH SHUIB

Saya suka naratif yang memperkenalkan cerita, boleh membuatkan pembaca larut dalam pemerian yang dilakarkan.

Penulis membuktikan beliau tidak kontang diksi. Titipan pesan yang halus di akhir penulisan di dalam cerpen ini meski tidak menimbulkan tanda tanya tetapi merupakan sebuah peleraian yang agak baik.

Daripada gaya penulisan, beliau bukan baru pertama menulis. Jika dia penulis baharu, pujian harus diberikan pada beliau atas usaha yang sangat baik dalam memberi pencerahan. Penulis barangkali seorang yang suka membaca dan membuat kajian. Saya masih mahu memuji. Kisah perjuangan bangsa moro yang sering diwar-warkan di media massa ternyata mengusik inkuiri penulis untuk menyebut tentangnya.

KOLEJ BERHANTU
ZAKUAN FAIZZ

Kisah yang unik dikepilkan di dalam antologi ini. Kisah syaitan yang masih bebas di kolej pusat pengajian. Umum mengetahui, kisah hantu/roh/syaitan sering menjadi modal cerita para pelajar yang masih menuntut ilmu. Jangankan mereka, msyarakat awam pun menggemari kisah sebegini.

Penulis menggambarkan ketakutan dan rasa seram dengan agak baik, mengajak pembaca untuk turut ‘meremang’. Pasti mengujakan! ‘Ending’ cerpen juga tak terjangka.

PERJUANGAN YANG KOSONG
HARUSAKI
Cubaan penulisan berbentuk futuristik yang baik!
Kajian berkaitan kucar-kacir akibat peperangan, prop dan instrumen ada diperikan dalam cerpen. Sebuah lagi cerpen yang mempunyai kelainan dalam eksperimen penulisan.
Pemerian dan penceritaan latar yang agak jelas. Tema yang dibawakan jelas dan mudah difahami.

TERBAIK BAGIKU
NOOR EZAHAIZA

Gaya penulisan yang memancing dan bersahaja. Seawal cerita sudah menjanjikan plot yang seronok untuk diselongkar. Ada pancingan untuk pembaca untuk terus ambil tahu. Isu yang dibawa tidaklah terlalu besar, tapi ada pengajaran yang disampaikan.

PINJAMKAN KALI KEDUA
NADZ ZUMIERAH

Tema yang dipilih ialah kekeluargaan. Cerpennya bergaya santai, menepati selera pembaca yang gemarkan cerpen bergaya cinta. Membaca cerpen ini mengenangkan saya (baca : pembaca) akan kuatnya cinta Nurhana pada arwah suaminya. Sesiapa yang memiliki pasangan hidup pasti tersentak walau sedikit.

NASIB
Amirul Syafiq

Tahniah! Ini yang boleh saya ucapkan pertama kalinya.
Cerpen ini adalah luar daripada konteks kebiasaan tema. Sesuatu yang mengesankan pembaca apabila di akhir cerpen, ia membenarkan pembaca terawang-awang membuat kesimpulan sendiri.
Pemerian cerita dipotretkan dengan agak baik, boleh tampak di imaginasi pembaca akan riuhnya suasana petak pertandingan berdasarkan konsep ‘nasib’.
Penulis bijak bermain emosi di dalam penulisannya.

CUPCAKE & CHEESE TART
HAFIZ MOHAMAD

Cerpen ini berbentuk santai, sesuai dibaca dan mempunyai garapan nilai moral seperti kerajinan dan usaha yang akan mendatangkan kelebihan kepada pelaku sendiri.

BRIM OH BRIM!
NIK HAZIMAH

Ia menceritakan bagaimana BRIM boleh dijadikan model menggerakkan cerita, mengembalikan watak pada ulang tayang, kisah rumah tangga yang rapuh umpamanya.
Benarlah, sesuatu yang kita anggap kecil, barangkali mempunyai maksud besar bagi kebanyakan orang.

BERAKHIRKAH BAHAGIA?
AZLINA ISMAIL

Tahniah! Penulis tidak gersang diksi. Menyatakan beliau sebagai bukan baharu menulis, atau juga tidak malas membaca karya orang lain.
Emosi. Pembaca ada rasa terjebak sama dalam emosi yang cuba dikait penulis. Ini berlaku sebab adanya pemerian dan naratif yang menyentuh. Cinta dan tanggungjawab seorang isteri yang tulus ikhlas diperihalkan dengan indah, menggamit jiwa saya sebagai pembaca.
Sehingga ke akhirnya, sebagai pembaca saya menantikan apakah selepas dan selepasnya adegan sayu ini, sehinggalah ke titik noktah pencarian, Suriani kekal menanti sang suami, sedangkan usianya sudah senja. Cinta mereka masih utuh tak diterkam zaman.

ASBAB
ANEM ARNAMEE

Cantik. Gaya penulisan yang baik.
Pengajaran yang murni dikepilkan di dalam cerpen. Islam mengajarkan perubahan yang sama dan seiring dengan nasihat. Dakwah secara hikmah dan berhemah juga utama terutama agar mad’u mudah menerima dan menghadam apa-apa yang disampaikan.(walau tak semua) Anis seperti ditelah sebenarnya lembut hatinya, tetapi teguran berupa tohmahan mungkin bisa menyebabkannya lebih jauh daripada agama sebagai “asbab” atau perantara sebab (dengan izin Allah)

Sangat banyak sebenarnya yang ingin disampaikan penulis meskipun dalam ruang lingkup cerpen yang sangat ringkas penceritaannya. Tahniah penulis! Anda telah menggunakan ruang ini dengan sebaiknya.

BELAIAN MEMORI
TENGKU SHAHIRAN TENGKU RUSLAN

Pertemuan di antara bekas pelajar dan seorang guru menjadi intipati dalam cerpen ini.
Isi yang disampaikan sudah tentu bermaksud dan sangat baik, ulang tayang sebuah kehidupan lampau. Bagaimana sang pelajar bertungkus lumus hingga menjadi berjaya, sangat berjaya sebenarnya. Tapi kekayaan bukan tentu ukuran sebenar kejayaan. Moral yang baik.

SUCI SEKUNTUM DAHLIA
NURUL SYAHIDA HASSAN

Pengisahan mengenai peluang kedua berkenaan insan bernama Dahlia. Walau hakikatnya tidak semua orang diberikan peluang kedua dalam hidup, atau peluang yang pernah ada disia-siakan.
Melalui seorang lelaki bernama Naim, kehidupannya berubah. Kesusahan dan kesakitan membuatkan Dahlia menjadi pendek akal.
Tauladan yang ingin disampaikan ternyata sangat bagus. Jangan menilai seseorang daripada masa lalunya.

LORONG
TUNTEJA

Ada mainan dan sentuhan emosi. Bahkan gaya penulisannya santai tetapi jelas dan berupaya menarik pembaca. Tidak bosan.

Kisah di lorong karya Nurul ini istimewa, watak walaupun sering dicemari dengan wajah-wajah yang tewas di lorong tetap tidak berganjak keputusannya untuk jadi ‘orang hebat’. Suatu kelainan.
Kelihatannya beliau biasa dengan penulisan, gaya dan pemilihan kata tidak kontang dan segar.

HIDUNG MERAH
FudZail

Tahniah! Ianya sebuah cerpen yang sangat baik untuk dibaca dan dihadam. Gaya penulisannya kreatif. Gagasan fikiran yang dibawakan besar, terlalu besar sebenarnya. pemilihan diksi dan pengolahan ayatnya mencirikan penulis sebagai seorang yang berani, banyak membuat kajian dan terpelajar. Antara cerpen yang saya gemari dalam antologi ini. Banyak ilmu boleh didapati, tak rugi menghadamnya

kOMENTAR DI ATAS DITULIS OLEH MANJA LELA – PENYUNTING

ANDA MAHU MENDAPATKANNYA?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Antologi Bebas”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge