Seindah Gubahan Pertama


Cinta itu membuatku karam di dalam lautan hati. Cinta itu menyesatkan aku ke alam yang aku sangka syurga dunia. Cinta itu memisahkan antara akal dan realiti. Mengapa perlu pada cinta jika ia mengundang keresahan. Mengapa perlu pada sayang jika ia menyebabkan aku bermain dengan perasaan. Cinta memang gila. Bukan cinta itu yang gila,tetapi si pemabuk cinta itu yang gila.
Sayang,
Dulu awak pernah cakap, awak sayang akan saya. Awak berjanji akan mempertahankan cinta kita sampai ke titisan darah yg terakhir. Saya pun percaya dan yakin dengan janji awak itu. Setiap kali solat saya berdoa agar Allah menjodohkan kita. Setiap kali sebelum tidur saya akan ucap “Goodnite,i love you.”
 
Kemudian, awak akan balas “I love you 2,3,4,5 … hehe”

Maka saya pun tidur dengan nyenyaknya…
Keesokan hari, saya akan bangun awal Subuh supaya saya dapat buat “miss call” untuk kejutkan awak. Sebelum melangkah ke bilik wudhuk, sempat lagi saya buat begitu…
Kemudian, saya pun bersolat Subuh. Sepatutnya apabila saya solat,saya kena ingat Allah sahaja tetapi solat saya terganggu apabila wajahmu datang menyelit di celah-celah rukuk dan sujud. Waktu sujud terakhir saya tidak pernah ketinggalan berdoa agar jodoh kita berkekalan…
Hari demi hari, sayang saya semakin menebal. Rindu saya semakin memuncak. Sehari tidak SMS, macam-macam perkara datang dalam kepala saya. Awak rindu saya? Awak sayang saya? Jika awak sayang, kenapa tidak hubungi saya?
Resahnya hati. Gundah-gulananya jiwa. Inikah namanya cinta…
Tiap-tiap minit, saya mesti tengok telefon bimbit dan berkata,”Mana budak ini…tidak balas pun mesej aku.”

Selepas itu, saya buat miss called pun awak tidak balas juga. Alangkah tertekannya saya.
Sejurus, saya terus hubungi awak. Awak cakap, “Maaf, saya tiada kredit.”

Maka dengan serta merta saya pun tambahkan nilai ke dalam kad prabayar awak.
***
Hari demi hari perasaan saya lain macam sahaja. Awak sudah tidak semanja dulu dengan saya. Awak lebih suka menumpukan perhatian pada perkara-perkara lain selain saya. Awak tidak tahukah bahawa saya ini kekasih awak?
Peliklah…
Setiap kali saya ajak awak berjumpa, mesti awak kata “Insya-Allah.” Tatkala tiba tarikh dan masa yang ditetapkan, macam-macam alasan awak bagi. Awak selalu buat saya naik angin.
Saya selalu mengeluh,”mengapalah aku dapat teman wanita macam ini?”
***
Suatu malam,kita belajar bersama-sama di dalam perpustakaan ketika minggu peperiksaan. Saya tengok wajah awak macam tidak suka saja teman saya ulangkaji pelajaran pada malam itu. Selepas itu, saya ajak awak berbincang mengenai hubungan kita yang semakin suram. Panjang lebar saya meluahkan isi hati yang terpendam dan di hujung-hujung ayat, awak cakap,”Awak,boleh kita putuskan dulu hubungan kita dahulu, kemudian kita sambung semula selepas saya habis belajar?”
Kelu lidah saya untuk memberi jawapan kepada soalan yang amat drastik dan menusuk kalbu itu. Malam itu, saya resah, gelisah dan tidak tentu arah. Kemudian awak hantar SMS kepada saya,”Awak,maafkan saya. Mungkin kata-kata saya tadi mengguris hati awak.”
Saya hanya biarkan sahaja SMS itu tanpa balas.
***
Keesokan hari,saya ajak awak pergi makan tengah hari. Namun, hanya beberapa patah sahaja ayat yang keluar dari mulut awak. Sesudah habis makan,kita jalan sama-sama balik ke kolej. Sampai di satu perhentian bas,
saya ajak awak rehat sekejap. Awak cakap,”Mahu apa lagi?”
Saya minta penjelasan awak. Kenapa awak mahu putuskan hubungan kita?
Adakah saya ada buat salah dengan awak?
Awak cakap dalam nada yang keras, “I dislike couple! I dislike couple! I dislike couple. Do you understand?”
Saya pun hairan mengapa apabila orang marah, dia suka cakap dalam bahasa Inggeris. Cakap dalam bahasa Melayu pun saya boleh fahamlah!
Saya bersabar dan bertanya awak, “Mengapa dari awal awak tidak cakap pada saya? Mengapa sekarang baru awak cakap seperti ni? Adakah awak akan menerima saya balik lepas habis belajar nanti?”.
Awak jawab, “Tidak tahu lagi. Takdir di tangan Allah.”
Saya tanya lagi, “Adakah awak akan mencari orang lain selepas awak putus dengan saya?”
Awak jawab, “Bukankah saya sudah kata, saya tidak suka bercinta. Daripada saya bercinta dengan orang lain, lebih baik saya teruskan dengan awak.”
Saya mengiringi awak hingga sampai ke pintu kolej. Kemudian saya renung mata awak dalam-dalam. Kemudian saya minta awak ucap, “I love you.”
Agak keberatan untuk awak ucapkan ayat itu. Inilah ayat terakhir yang saya dengar dari mulut awak di depan mata saya, “Thanks for loving me.”
***
Beberapa ketika, saya mendapat SMS dari awak, “Awak, saya mahu minta sesuatu dari awak boleh?”
Saya jawab, “Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.”
“Bolehkah saya hendak tanggalkan cincin yang awak beri pada saya. Maafkan saya.” Sedu sedan saja saya membaca SMS itu.
Agak keberatan untuk menerima kenyataan bahawa awak bukan milik saya lagi.
***
Sudah seminggu lebih saya meronta-ronta kesakitan. Saya tidak tahu ke mana saya harus pergi untuk mengubat hati yang lara. Apabila teringatkan awak. Hati saya sedih dan menyesal. Apa salah saya? Mengapa jadi begini? Hati saya parah digigit memori.
Saya cuba memadamkan kenangan awak dengan saya. Semua SMS awak yang berbunga-bunga yang ada di dalam peti masuk semuanya saya buang. Gambar-gambar awak yang saya simpan dalam laptop sebagai wallpaper, semuanya
saya pindahkan ke recycle bin. Nama awak dalam handphone saya pun,saya buang. Saya fikirkan,apabila saya sudah padam nama awak, saya tidak akan bermesej dgn awak lagi. Rupa-rupanya tindakan saya itu bodoh sebab nombor
telefon awak adalah satu-satunya nombor yang paling saya ingat.
Suatu hari, telefon bimbit saya hilang. Bukan hilang telefon saja, malah IC,lesen,kad ATM,slip peperiksaan dan semua khazanah yang berada dalam dompet saya telah dicilok oleh makhluk yang bernama manusia. Saya berkata kepada diri saya, “Apakah hikmah semua ini. Sudahlah awak pun hilang. Harta saya pun hilang.”
Sudahlah saya sedang menghadapi peperiksaan. Fikiran saya berserabut. Slip pepriksaan hilang. Henndak belajar tiada mood. Jika saya gagal peperiksaan kali ini, tentu saya tidak akan maafkan awak seumur hidup saya. Begitulah buruknya perangai saya, menyalahkan orang lain atas kesilapan diri sendiri.
***
Hari demi hari, saya cuba untuk membersihkan hati daripada sifat mazmumah yang masih bersarang. Hati ini milik siapa? Hati ini siapa punya? Di manakah tempat yang paling efektif untuk saya merawat penyakit hati ini.
MASJID.
Itulah tempat yang paling suci di atas muka bumi.Itulah semulia-mulia tempat untuk menyelesaikan semua masalah dunia dan akhirat. Itulah tempat di mana saya terdampar persis seekor ikan lumba-lumba yang kepenatan di tepi pantai.

Di sinilah bermulanya makrifat …
Di sinilah bermulanya tariqat …
Di sinilah bermulanya hakikat …
Di sinilah saya mengenal erti CINTA YANG HAKIKI …
Di sinilah saya memahami tentang kebesaran ILLAHI  …
Di sinilah saya menyedari bahawa saya adalah umat NABI …
Di sinilah saya mula bercakap tentang wali-wali …
Di sinilah saya jadikan tempat untuk mengasingkan diri …
Tiada tempat yang lebih hebat daripada masjid …
Barulah saya tahu apa ertinya IMAN …
Barulah saya faham apa ertinya ISLAM …
Barulah saya mengerti siapa NABI-NABI …
Barulah saya sedar umat ISLAM ada tugas yang perlu digalas …
Ada hutan yang perlu ditebas …
Ada belukar yang perlu direntas …
Ada semak yang perlu dicantas …
Ada pintu yang perlu diketuk …
Ada hati yang perlu dibentuk …
Ada KUASA yang perlu saya TUNDUK…
Satu-satunya cara untuk saya lupakan awak ialah menyibukkan diri dengan hal-hal begini. Lalu saya hantarkan satu mesej utk awak, “Jadilah saksi untuk kenyataan ini: wahai dunia,aku ceraikan engkau dengan talak tiga.”
[send]
Lalu saya matikan telefon saya. Biarkan saja di situ. Ia sudah tidak penting bagi saya. Tatkala saya buka balik telefon itu, saya baca mesej awak, “Awak, maafkanlah saya. Jangan jadi macam ini. Hidup perlu diteruskan.”
***
Semakin jauh saya berlari, semakin kuat bayangan awak menghantui. Mengapa awak hendak berkawan dengan saya lagi? Awak juga yang kata. Saya ini kuat mengongkong, pemarah, tidak serasi, tidak sesuai dgn awak dan macam-macam lagi.

Awak juga yang kata, “kalau kita putus, kita tidak akan berhubung lagi walau sekadar kawan.”

Habis, kenapa awak masih hendak berkawan dengan saya lagi?
Dulu awak kata, awak tidak akan bercinta dengan sesiapa pun sebelum habis belajar tetapi belum sampai sebulan kita putus, awak sudah ada kekasih baru.Bodohnya saya kalau masih tunggu awak ibarat pungguk rindukan bulan.
Tolonglah awak, jangan bermain-main dengan hati saya lagi. Walaupun dalam hati saya masih ada rasa sayang pada awak, tapi jangan sesekali awak mengambil kesempatan di atas kelemahan saya. Awak harus faham sifat lelaki, mudah melupakan tapi tidak mudah memaafkan.
Awak selalu hantar SMS pada saya. Ayat yang paling kerap pernah saya baca, “Maafkan saya. Saya sudah banyak buat silap dengan awak. Saya mementingkan diri saya tanpa menghiraukan perasaan awak. Janganlah ada dendam antara kita.”
“Mengapa awak hendak berkawan dengan saya lagi. Awak sudah ada buah hati, nanti apa pula kata dia.”
Awak kata, “Kami sudah tiada apa-apa lagi.”
Eh,baru empat bulan bercinta sudah putus? Ingat mudah-mudah saya hendak percaya akan awak?
***
Saya menyusuri jalan-jalan yang pernah kita lewati bersama. Setiap kali saya memandang tempat-tempat itu, hampir-hampir airmata saya menitis atau setidak-tidaknya hati saya yang menangis.

Mengapa saya begini lemah, awak?
Mengapa saya tidak dapat menahan belasungkawa ini, awak?
Mungkin inilah kali pertama saya berhadapan tragedi sebegini.
Mungkin umur saya belum matang untuk belajar menerima hakikat.
Mujurlah, ada kawan-kawan yang mengajar saya hakikat cinta yang sebenar-benar cinta.
***
Awak, awak tahu? Selepas saja habis peperiksaan akhir, saya terus bawa diri sampai ke Johor. Selama 40 hari saya menjadi musafir, mengurungkan diri di dalam masjid dan menyibukkan diri membaca kitab. Takut rasanya mahu keluar dari RUMAH ini. Di luar sana pelbagai FITNAH menanti. Telefon saya terpaksa saya matikan bukan kerana saya tidak mahu diganggu tapi kerana saya tidak mahu menunggu mesej daripada awak. Apabila saya tengok telefon saya tanpa sebarang SMS, saya jadi macam entah apa-apapa. Tapi apabila saya baca SMS daripada awak, tidak pulak saya rasa hendak balas. Apabila saya tidak balas mesej awak, awak pun hantar lagi SMS kepada saya, “awak …”
“Awak, maafkanlah saya. Saya tahu saya banyak buat silap dengan awak.”
Saya biarkan saja SMS tu. Dalam hati saya cakap, padan muka, baru sekarang mengaku salah. Jahat bukan saya ini?
***
Hari itu adalah hari konvokesyen saya. Saya ada juga pelawa awak untuk datang. Awak cakap, “Awak … saya memang hendak datang sangat-sangat. Sudah lama saya tidak jumpa awak. Tapi,sekarang ini saya di kampung. Jauh hendak pergi sana.”
Sebelum saya naik ke atas pentas, awak hantar SMS kat saya, “Awak, tahniah! Saya bangga dapat berkawan dengan awak. Awak adalah contoh ikutan saya. Saya sayang awak.”
Untuk seketika, saya tersenyum sendirian.
***
Malam itu, saya tutup telefon sebab hendak caj bateri…
bila saya on je,saya tgk ada 7 missed called dari awak..
saya SMS awak,tanya kenapa awak missed called?
awak jawab,abah awak nak cakap dgn saya…haa!
lepas tu,abah awak call saya guna handphone awak..itulah kali pertama saya bercakap dgn abah awak..abah awak ucap tahniah kat saya kerana dapat first class..awak ada cerita pasal saya kat famili awak rupanya…
***

sejak hari itu,saya mula memasang angan2 untuk menambat hati awak semula..
tapi,jawapan awak tetap sama…awak tak mau couple atau terikat dengan
sesiapa pun termasuk saya…
aduh…kecewa lagi!
pada masa yang sama,saya cuba lari jauh2 dari awak dengan harapan awak akan
mengejar saya…tapi…semakin jauh saya lari,semakin kuat bayangan awak
menghantui sampai terbawa2 dalam mimpi…
saya pernah bergurau-gurau dgn awak:
“awak,saya nak pinang awak boleh tak?”
awak cakap,”dah cukup duit ke?”
saya rasa macam awak bagi lampu hijau…tapi..kemudian awak kata:
“awak,saya serahkan soal jodoh saya kepada abah dan umi saya..saya tak mahu memberi
harapan kosong pada awak..perjalanan kita masih jauh..belajar pun belum habis,kerja pun
tak ada lagi…saya harap awak faham pendirian saya”
mulai hari itu…saya tidak lagi membalas SMS awak…handphone saya dibiarkan tanpa kredit..
malas!
pernah beberapa kali awak menghantar SMS untuk saya,tapi saya buat tak tahu saja..
awak…saya dah bosan menunggu awak..
daripada saya menunggu awak,baik saya cari orang lain…
awak jangan salahkan saya jika saya tak mahu berhubungan dengan awak lagi..
mengingati awak adalah satu keperitan buat saya…
maafkan saya…

Yang benar,
Khairy Tajudin
_____________________________________________________________

Dapatkan Novel “Budak U” di Popular, MPH atau kedai-kedai buku berhampiran !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

3 Responses

  1. sy nak tanya ada kah novel ini dah di pasarkan kat sabah……..? bnyak budak ums nie suka baca blog tuan sy saya link kat group ums

  2. sabah dah ada kah novel tuan?

  3. insya-Allah, cuba tengok kt Popular atau MPH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge